Wednesday, January 18, 2012

Ya Allah, hebatnya mereka....

" ...A general who protects his soldiers like infants will have them following him into the deepest valleys. A general who treats his soldiers like his own beloved sons will have their willingness to die for him."
Quoted from Sun Tzu's Art of War

Rasa diri ini bagai pin boling menunggu dijatuhkan...

Ya, Allah hari ini saya benar-benar terpukul dengan entri yang lepas. Arghhh.... mungkin semasa saya menulis tempohari saya berada dalam keadaan kesakitan, kesunyian serta kesedihan. Ini menyebabkan saya menulis ikut perasaan apabila mempersoalkan rakan-rakan sepejabat termasuk orang atasan. Uhhh... dangkal serta bersifat prejudis terhadap mereka. Memang benar kata orang, apabila kita sakit, kita muda terasa dan mudah kecil hati. Dan pada masa inilah syaitan menjalankan aktivitinya menghembuskan rasa tidak senang kepada rakan-rakan.
Di Aras 2 ini membongkar segalanya...

Kenapa saya bercakap begitu??? 
Sebabnya pada hari ini setiap kali bertemu dengan rakan-rakan, mereka semua bertanya khabar. Saya  terkesima apabila setiap orang di pejabat mengetahui yang diri ini tidak sihat sehinggakan kakak security pun bertanya khabar. Semua prihatin dengan bertanya sakit apa, dah sihat ke, jangan lupa makan ubat. Apabila saya pergi ke Aras 2, seorang rakan panggil dan bertanya khabar. Sambil bersalaman, saya bertanya, "Eh, ko pun ambil berat tentang hal aku ker...." sambil tergelak. "Yalah, timbalan siap buat pengumuman semasa perhimpunan bulanan lagi."Hmmmm....
Tertutup mulut aku jadinya,,,,
Saya berlari ke atas bertemu dengan rakan di sebelah meja bertanya tentang akan perkara tersebut. Ingin mengetahui kesahihan cerita yang baru saya dengar. Betul katanya. Timbalan mengajak mendoakan ko cepat sembuh dan kami semua bersimpati. Mak ai.... setakat ini saya belum pernah lagi mendengar rakan yang sakit disebut dalam perhimpunan dan didoakan agar cepat sembuh. Arghhhh.... murninya hati rakan-rakan yang telah saya persoalkan kesetiaan dan semangat ukhwah mereka. Ya Allah, Kau ampunkan dosa aku. Rakan-rakan, kerana kebaikan anda semua dipersoalkan dalam alam maya, maka di sini juga saya memohon ribuan kemaafan. Semoga persahabatan kita akan semakin akrab kerana seperti yang yang telah saya nyatakan sebelum ini, kesakitan ini mengajarkan saya akan banyak perkara tentang kehidupan, persahabatan, erti kawan, maksud saudara dan definisi abang dan adik.

Hu3... saya malu dengan prasangka saya yang sehuduh wajah ini ...

No comments:

Post a Comment