Monday, December 21, 2009

LAMA TAK BERBLOG

Lama sungguh aku tak buka blog. Ada lebih daripada sebulan. Selepas balik dari Cameron Highland, aku diuji Allah dengan kesakitan. Mungkin ini adalah kafarah yang Allah nak kenakan padaku. Ntah, napa ya.... bila sahaja sakit, kita mulai mendekatkan diri pada Tuhan yang pencipta. Solat dengan penuh tertib, mulut tidak berhenti bertasbih memuji Allah dan lidah tidak berhenti memohon keampunan Allah.

Sihat... kita mudah melupakan Tuhan pencipta alam ini. Solat kalau boleh dekat nak abeh waktu, nak bertasbih, punyalah liat. Nak ke masjid apabila hari Jumaat; itupun apabila khatib dah nak duduk antara dua khutbah. Belum sempat imam sapu tangan kat muka, kita dah sampai ke muka pintu.

Kekadang tertanya-tanya dalam diri, perlukah Allah menurunkan penyakit pada setiap minggu atau berselang hari agar kita kembali patuh kepada-Nya. Persoalan-persoalan yang sering hinggap di dalam minda tapi ada suara-suara yang membisikkan di dalam hati ... ala... mati lambat lagi. Cukup masa kang kita bertaubat.

Persoalannya, sempatkah kita bertaubat kerana ajal itu adalah rahsia Allah. Rasanya, kejahatan yang aku lakukan di muka bumi ini telah melayakkan aku untuk dihumban ke dalam neraka. Tapi aku pasti yang aku tak sanggup menahan azabnya api neraka...

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa ku dan jadikan aku manusia yang istiqomah dalam melakukan ibadat. Semoga 1431 Hijrah dan kesakitan yang aku tanggung setelah pulang dari Cameron akan mengajar aku untuk mengejar keredhaan Allah. Amin ya Allah.