Saturday, January 14, 2012

Al Fatihah


Sepanjang aku sakit (sebenarnya aku dah mula sakit dekat sebulan bermula aku demam sebelum amek orang umah kat Kuala Kangsar), aku banyak belajar tentang kehidupan. Salah satu daripadanya ialah rebutlah 5 sebelum datangnya lima perkara. Satu perkara yang sejak dulu aku dengar tapi tak berapa nak amek port sangat. Nah, apabila dah jatuh sakit, baru tau bahawa kesihatan yang Allah beri sebelum ini begitu besar nikmatnya. Alhamdulillah, sekarang aku bertambah sihat tetapi ada dalam kalangan rakanku semasa belajar di Seremban dan Ipoh sudah menyahut seruan Illahi.

1. Mohd Nizam Noor Kamal : 
    Seorang rakan yang aku rasa amat baik, tak pernah menyakiti hati orang lain dan sentiasa  
    tersenyum. Ntah ler, orang kata orang baik selalunya pergi cepat. Arwah dikhabarkan  
    meninggal ketika jatuh di kawasan air terjun semasa kami menunggu SPM.

2.  Azizi Tate
     Dia class mate aku. Anak orang putih, ayah dia seorang pakar sejarah berbangsa Inggeris 
     dan merupakan penulis buku teks sejarah ; ibunya seorang Melayu. Arwah meninggal 
     dihempap oleh dinding rumahnya akibat tanah runtuh sebaik sahaja balik daripada makan 
     bersama-sama ibu bapanya.

3.  Hishamuddin
     Seorang yang suka tersenyum dan rajin membantu rakan-rakan. Khabar yang aku dengar 
     arwah meninggal akibat barah lidah. Terkejut aku mendengar bahawa lidah pun ada kanser 
     tapi itulah kenyataan yang harus diterima.

4.  Yazman
      Member baik aku yang suka sembang apabila dia balik dari rumahnya di Ampang semasa 
      aku sekolah dahulu. Kenangan pasal dia yang tak akan aku lupakan ialah aku selalu cilok 
      buku rujukan SPM dia (dia anak org kayer) pada sebelah malam untuk study sebab aku tak 
     der duit nak beli reference books. Arwah meninggal kerana diserang strok. Hmmm.... HBP....

5.  Wan Aziz
     Member aku maser kat college. He was very nice person, humble, creative and very talented.
     Ex-YDP PGP kitaorang dan suker sponsor orang makan. Arwah orang yang pertama telah 
     meninggalkan bidang perguruan dgn membayar bond pelepasan RM 20k. Dia buka syarikat 
     dan sebelum pergi, arwah merupakan seorang usahan yang berjaya. Meninggal ketika 
     berehat selepas bermain golf. 



Kepada semua rakan-rakan ku yang telah berada di alam barzah, aku doakan kamu semua Allah tempatkan bersama-sama para sahabat.

Al Fatihah buat rakan-rakanku.

No comments:

Post a Comment