Friday, January 6, 2012

Terima kasih Tuan PPD...




Semalam ialah hari akhir Tuan PPD di opis. Mulai minggu depan dia akan berada di jabatan kerana dinaikkan pangkat. Pergh.... DG 54 sekarang dah dia. Tahniah....

Since dia sampai kat daerah ini, aku raser dialah antara the best PPD yang kami ada. Segala tindak tanduknya sewajarnya sebagai seorang PPD, tidak emotional dan yang penting aku suka sekali ialah dia sentiasa berada di atas pagar dan tidak akan mudah mendengar kata2 mana pegawai di opis. Hmmm.... mungkin sebab dia dah lama service kat PPD dan dia dah tahu tindak tanduk setiap pegawai. Bukan aku kata ex-PPD yang lain tak baik kerana setiap PPD mempunyai keistimewaan masing2. Cuma yang ini aku rasa lebih dekat di hati, berjiwa staff dan seronok berurusan dengan nya kerana dia lebih bersifat kebapaan rather than bersifat seperti boss. Fuh... aku nak jadikan dia idola dalam kepimpinan.

Aku ingin berkongsi beberapa perkara / amanat yang sering diwara-warakan kepada kami....

1. Nikmat yang paling besar dalam hidup kita ialah kesihatan yang paling terbaik dan kepada yang sihat perlu sentiasa menghargainya.

2. Penjawat awam perlu terima apa sahaja arahan daripada pihak atasan dan akur kepada apa sahaja yang diarahkan ole h KPM.

3. Jangan sentiasa memandang ke atas kerana kita akan sentiasa tidak mencukupi tetapi pandang mereka di bawah dan kita akan rasa keinsafan.

4. Jangan sentiasa meminta jawatan kerana jawatan akan mengejar kita. Orang yang meminta jawatan ialah sebenarnya orang yang tidak tahu membuat kerja. Percayalah jawatan akan mengejar mereka yang cemerlang dan ikhlas dalam berkhidmat.

5. Permudahkanlah urusan orang lain, insya Allah, Allah akan permudahkan urusan kita pula.

6. Percayalah, jawatan tinggi yang kita idamkan sebenarnya tidak ada apa2 kecuali tanggungjawab yang semakin besar.

7. Sentiasa redho dengan apa sahaja yang Allah berikan kerana lambat bagaimana sekalipun, Allah sahaja yang tahu dan sesungguhnya dia akan berikan yang terbaik kepada yang sabar.

8. Jangan sombong kepada orang bawahan kerana suatu hari nanti kita juga akan berada di bawah dan pada masa itu kita akan tahu siapa kita sebenarnya.

9. Kalau rasa diri tidak layak dan tidak mampu berada di PPD, lebih baik balik kes ekolah daripada sentiasa dikata oleh guru2 di sekolah. (ini yang paling aku suka).

10. Jangan jadi pemimpin yang digeruni oleh kakitangan bawahan kerana mereka akan berpura2 bekerja dengan kita dan akan menunjukkan belangnya apabila kita tidak ada di pejabat.


Kepada Tuan PPD, selamat bertugas di tempat baru dan semoga tuan akan sentiasa mewangi dan menjadi benih yang baik, di mana sahaja dicampakkan, tuan akan menjadi pulau buat manusia menumpang dan berteduh.

No comments:

Post a Comment