Thursday, January 26, 2012

Cat Kelas

Ingat tak lagi kisah saya kemas kelas tempohari ... ops bukan kelas saya tapi kelas orang umah. Kalau ingat, cuba baca entri yang sebelum ini. Sambungan daripada hari itu, hari Rabu yang lepas saya telah apply cuti untuk bantu dia kemas kelas semula dan cat dinding kelas tersebut. Warna yang dipilihnya warna green macam tulisan wording ni ataupun dalam bahasa percatan ialah "Garden Fantasy". Bermula dari pagi kami mula mengemas dan saya mula mengecat, akhirnya berlakulah perubahan terhadap kelas tersebut.
Hari pertama orang umah dapat kelas ni.


Ada banyak perkara yang saya tak faham kepada kelas-kelas di dalam sekolah ini semasa saya terlibat kepada dengan pengemasan dan pengecatan. Pergh... bahasa apa yang saya guna ni. Kalau dibaca oleh anak murid mesti mereka gelak. Emmm.... sambung balik kepada kehairanan tadi, kenapa di sebuah sekolah rendah yang terletak di kawasan yang saya anggap kawasan penduduk yang terpelajar dan elit, kebanyakan pintu dan cermin kelas telah tidak ada. Hmmmm.... terlupa pula saya nak ambil gambar kelas-kelas tersebut. Kebanyakan tombol pintu kelas yang masih berpintu pun sudah tercabut walhal kelas itu belum lagi berusia 1 dekad. Mengapa ya? Ganas sangatkah budak-budak sekolah ini sehingga semua pintunya boleh tercabut dan cermin gelangsar semuanya hilang. Kalau cermin jenis nako mungkin saya boleh pertimbangkan kehilangannya.
Jangan risau, wayar ni tak merbahaya pada memurid.


Sepanjang pengalaman memantau ke sekolah-sekolah, kebanyakan sekolah yang bermasalah dengan fizikal ialah sekolah menengah. Alasan yang diberikan ialah murid-murid leaki suka merosakkan pintu, meja, papan kenyataan dan kerusi. Pernah saya memantau sebuah sekolah menengah di daerah ini, hampir kesemua pintu tandas lelaki di sekolah tersebut telah tidak berpintu. Menerut pengetua, entah berapa kali dibetulkan tapi begitulah perangai anak muridnya. Pantang kawan di dalam tandas, cara nak mengacah kawan ialah dengan menendang pintu ketika rakan tengah oook. Apabila pintu dah tak ada, pandai-pandai lah kamu nak cover mana yang patut ketika nak oook. Itu belum lagi papan kenyataan yang berlubang dan pintu yang dah berlubang. Mungkin pening pengetua fikirkan cara nak memperbaiki fizikal sekolah setiap tahun apatah lagi peruntukan pembangunan untuk sekolah semakin berkurangan saban tahun.
Kenapa budak suka cap tapak kasut kat dinding ha....


Apapun, banyak perkara yang saya tidak akan menyalahkan murid-murid semata-mata. (Maaf kalau ini agak keterlaluan sebab sepanjang saya bersekolah, saya tidak pernah berada di sekolah yang pintu semuanya hilang - arghh mungkin saya bernasib baik bersekolah di sekolah yang muridnya baik2. Semasa sambung form six di sebuah sekolah di sebuah pekan, masih teringat pengetua boleh menyediakan kerusi untuk murid lelaki duduk dengan alasan boleh digunakan untuk menanti turn untuk ook ketika tandas penuh dan kami gunakan kemudahan yang pengetua berikan dengan sebaiknya wpun pada masa itu cadangan ini dibantah oleh ustaz kerana pada pendapat beliau tandas adalah tempat syaitan dan tidak elok duduk lama-lama di dalam tandas. Rasionalnya memamng benar tetapi saya nampak pada masa itu, tidak ada sesiapa pun di dalam dunia ini suka duduk lama2 di dalam tandas kecuali memang sudah terpaksa. Alhamdulillah, kerusi di dalam tandas terjaga dan saya hairan pada masa itu, semasa kami melawat ke sekolah jiran, tandas mereka, amat memualkan dan boleh mematikan keinginan untuk oook.
Kesan tapak kaki ini yang memenatkan mater memandang...


Berbalik kepada pendapat saya tadi, pada saya; apa sahaja yang berlaku di sekolah banyak bergantung kepada sikap guru. Adakah mereka menganggap sekolah itu hanya tempat untuk mencari makan atau menganggap sekolahku syurgaku. Satu tagline yang sering saya lihat dipaparkan di dinding sekolah yang hanya ditujukan kepada murid dan bukan kepada semua warga sekolah. Sekadar mengambil kata-kata Kamal Azizi (penganalisi jenayah Malaysia); setiap kejahatan atau masalah jenayah itu berlaku apabila sipelaku merasakan merek mempunyai peluang dan ruang. Setiap kesalahan itu akan berlaku kerana dijemput, atau secara kebetulan dan atau memang dirancang.
Yang kat sbelah kanan yang inter frame itu ialah guru kelas

Sudah rasmi seorang murid apatah lagi remaja yang sedang naik dan baru belajar nak baligh, darah muda meluap-luap apatah lagi ketika sedang beraweks, menunjukkan kemachoan kepada kalangan gadis2 adalah amat penting supaya saham melambung dan menjadi rebutan melainkan memang semasa di sekolah memang dah set dalam kepala hotak .. sorry for woman, study come first...(pergh... macam tagline saya jer dulu..) Dalam masalah merosakkan harta sekolah, ada setengah murid  memang merancang nak buat vandalism sejak dari rumah kerana geramkan guru, ada yang tidak sengaja, elok belajar di dalam kelas, kawan sakitkan hati, tergaduh, tengah gaduh tersepak kerusi lalu patah. Dan yang dijemput ialah apabila papan kenyataan yang tidak diurus dibelakang kelas, murid melihat sakit mata, ada pulak yang dah kopek soft board tersebut dan akhirnya ada pulak kepala giler yang menganjurkan pertandingan dart di belakang dan juga acara menumbuk soft board.
Jenis cat ini ialah "Garden Fantasy"

Nah, perkara ini mungkin tidak akan terjadi sekiranya dalam apa jua keadaan dan waktu; guru dan pengawas sentiasa berada di dalam kelas. Kalau guru mesyuarat, pengawas mengambil alih. Kalau pengawas tidak mampu, jangan gila buat mesyuarat setiap pukul dua belas tengah hari. Kebanyakan mesyuarat di sekolah berbentuk mesyuarat melarat. Banyak perkara tak penting dimasukkan di dalam agenda sehinggakan cikgu pagi tak sempat nak hantar anak ke sekolah agama, solat Zohor santak pukul 3.00 pm dan cikgu petang kelam kabut masak sebab nak sampai ke sekolah pukul 11.30 am. (Kan senang buat hari Sabtu tanpa mengganggu waktu P&P) Waktu hujung minggu? Nah itukan berbalik kepada sikap kita.
Peralatan mengecat yang terpaksa diangkut ke Aras 4... Uhhh...

Kalau setiap masa guru ada di kelas, murid tidak ada peluang untuk melakukan perkara yang melawan kehendak manusia. Kita lebih gemaar berada di dalam staff room kerana boleh menanda buku, boleh bersembang, boleh baca akhbar di pantri, boleh bergossip dengan member sebelah, boleh berbincang tentang kedegilan dan perangai murid-murid di dalam kelas dan rakan tukan menguatkan evidence yang murid itu memang bermasalah tahap gaban. Kelas dibiarkan kosong. Kalau masuk kelas hujung selalu lewat kerana dalam hati sudah melabelkan, aduyai naper ler aku dapat kelas hujung. Kawan yang mengajar kelas hujung sharp maser dah tak sabar nak kloa, next change plak tengak bergerak ke kelas dengan kadar 35km/jam.
Siap gak menghilangkan cap tapak kaki bebudak dengan warna ijau...

Tanpa kita sedari, peluang dan ruang inilah yang membenarkan sekolah dirosakkan oleh segelintir murid kita yang tidak sayangkan sekolah tempat dia mencari ilmu. Keadaan ini menjadi semakin kronik setiap kali habis periksa. Kelas semakin kerap ditinggalkan atas alasan menanda kertas dan silibus dah habis. Hmmm... nasib baik periksa setahun dua kali, kalau dibuatnya setahun 12 kali, pergh... makin hancurlah sekolah.
Keadaan di hadapan kelas setelah selesai sesi mengecat.


Itu belum lagi dapat lagi sikap guru yang tak ambil kesah dengan dunia sekitar. Pernah saya pergi memantau sekolah, sambil diiringi pengetua, murid-murid lelaki sedang bersembang di atas meja tetapi di hadapan kelas seorang cikgu sedang membuat kerja apa ntah... bayangkan .... (boleh bayang tak muka pengetua bila ini terjadi sedangkan dia sedang menceritakan ke hebatan pentadbirannya kepada pelawat). 
Sejuk sket mater memandang warna hijau dalam kelas....

Berbalik kepada sekolah orang rumah, dia memaklumkan bahawa punca pintu tercabut adalah kerana ditiup dik angin. Hmmmm....persoalannya, kenapa guru kelas akhir tak reti nak tutup. Kenapa di sekolah lama saya dahulu, semua guru akhir telah tahu tanggungjawab akhir mereka ialah menutup pintu dan tingkap. (Oit, ko ingat kami ni kuli? - mungkin itu yang akan diungkapkan oleh guru) Mudah jawapannya, minta sahaja setiap murid di tepi pintu dan tingkap tutup dan ketua kelas yang akan menutup pintu hadapan kelas apabila semua murid meninggalkan kelas jika guru merasakan mereka tidak layak menutup pintu. Bukankah mudah dan alasan pintu tetcabut ketika ditiup anging pada hari Sabtu dan Ahad atau cuti dapat dielakkan.
Harap-harap budak kelas ini menghargai usaha guru kelasnyer...


Buatlah undang-undang, kelas paling akhir (bagi sekolah 2 sesi), akan berhenti 10 minit lebih awal untuk mengemas kelas seperti meluruskan meja, menyapu sampah, mengosongkan bakul sampah, memadamkan papan tulis, membetulkan papan kenyataan agar murid yang akan menggunakan kelas tersebut pada sebelah petang atau pagi esoknya akan selesa ketika memulakan kelas kerana bilik darjah berada dalam keadaan kondusif. Sikap kerjasama dan tolenrasi sebenarnya telah dipupuk dalam kalangan murid-murid.
Border papan kenyataan yang telah ader tangan yang mengopeknyer.
Nah itu hanya sekaadar pandangan sahaja. Pandangan ini timbul setelah saya pergi dari satu kelas ke satu kelas ketika penat mengecat kelas orang rumah. anakan tidak, keadaan kelas yang pada pandangan mata saya amat menjengkelkan kerana setelah 3 minggu kelas telah bermula, lantai kelas tidak boleh dipijak, dalam meja murid macam lori majlis bandar raya, kerusi meja tidak tersusun sebelum kelas ditinggalkan, alas meja guru koyak rabak, bunga atas meja (subsidi kenduri kawin) berhabuk, papan kenyataan masih tidak berusik, jadual bertugas tidak ada, jadual kelas masih mengharapkan jadual printed komputer yang diberikan oleh PK 1 (itupun dah koyak) dan yang paling sedih ialah di papan kenyataan, senarai nama murid 2011 masih terlekat dan kertas pembalut hadiah yang dilekatkan di papan kenyataan kelas yang terkoyak masih terkoyak seakan-akan guru yang keluar masuk ke dalam kelas itu tidak ada perasaan langsung. Bukankah tag line, sekolahku, syurgaku itu sepatutnya diselami makudnya oleh mereka yang berjiwa guru.


Maaf jika kenyataan ini agak keterlaluan tapi saya berani bercakap bukan kerana saya sekarang duduk di atas tetapi saya juga dahulu pernah menjadi guru kelas dan alhamdulillah, semasa saya menjadi guru kelas dahulu, minggu kedua pekara ini telah tidak ada di dalam kelas saya. Jadual kelas telah up di papan kenyataan walaupun rakan-rakan beritahu jangan dulu kerana jadual belum mantap. Apa susah kata saya, tukar sahaja; kita tampal catakan komputer di atasnya. Kalau ditakdirkan jadual bertukar setiap bulan, maka tak yah ler naikkan jadual waktu kelas sepanjang tahun. Dan yang paling penting, kebanyakan kerja menghias kelas dilakukan oleh murid kelas kerana ketika mereka menolong menghias kelas, saya tanamkan sikap sayangkan kelas kerana mereka sendiri yang mengeluarkan peluh untuk mengecat, menampal artikel, memasang kain sebagai pelapik papan kenyataan, memasang alas meja guru dan menggantung langsir.
Merehatkan urat setelah diserang sinus akibat habuk yang bterbangan

Ini adalah kerana saya orang yang berpegang teguh kepada semangat "esprit-de-corps". semangat setiakawan dan toleransi kepada organisasi inilah yang akan menjadi sesebuah organisasi itu berjaya. Kalau tidak, tak kan saya sayu melihat beberapa orang murid membawa kain basah ke tapak kelas untuk mengelap tapak kaki di dinding kelas yang mereka cat yang dilakukan oleh murid sesi petang. Mlereka sayang akan kelas mereka kerana mereka tahu bahawa cat itu datangnya daripada duit cikgu kelas tapi peluh yang menitik untuk emngecat kelas itu datangnya daripada tubuh mereka yang ingin belajar dalam kelas yang kondusif.





No comments:

Post a Comment