Friday, January 27, 2012

Majlis Bacaan Yassin

Solat berjemaah ... gambar dapat dalam FB saper ntah

Malam ni orang umah saya pergi ke sekolah kerana ada Majlis Solat Hajat, jemaah Maghrib, Isya' dan bacaan Yassin bersempena bermulanya program Tahun Enam 2012. Saya tak join walaupun orang umah ajak sebab baru balik dari berjoging di Taman Milinieum. Ramai gak ibu bapa yang hadir dan habis separuh jalan disekat dengan kereta. Alhamdulillah, itulah kehebatan ibu bapa yang mengharapkan Allah memberkati ilmu dan amal nak-anak mereka.

Cuma satu yang saya risau kalau orang umah balik nanti menangis macam tahun lepas. Manakan tidak, tahun lepas sekolah buat program majlis bacaan Yassin untuk calon-calon UPSR 2011. Ada pulak mulut cikgu perempuan (besalah orang pompuan) boleh sound direct kat orang umah; apahal plak datang, awak bukannya ada anak. Lainlah ada anak, seronok lah sket untuk baca Yassin dan solat Hajat. Bayangkan, hati orang rumah saya; nak menantikan majlis selesai kerana dia orang yang dipertanggungjawabkan untuk majlis itu; menantikan majlis itu selesai. Menangislah dia sambil mengaji dan bersolat hajat menahan kepedihan mendengar kata si mulut jahat.

Biler dia balik, mengadu, saya cakap tak per. Saya tak kan maafkan si mulut jahat sehingga dia sedar bahawa lidah dia umpama pedang yang tajam. Pesan saya kepada orang rumah, sabar kerana hanya Allah sahaja yang tahu perasaan dia. Ingat, cikgu tu ada anak dan kita tak tahu, hari kita sakitkan hati rakan; Allah maha adil ... mana tahu lagi 10 atau 20 tahun akan datang. I always keep in my mind, whatever you give, you will get back. So, just wait and see.

Harap malam ni tak ader mulut yang jahat !!!!!

No comments:

Post a Comment