Friday, August 2, 2013

Raya datang lagi...

Raya datang lagi seperti tahun-tahun lepas.  Ramai yang telah mula bersalam-salaman dengan rakan-rakan sebab start hari ni mereka dah nak bergerak ke kampung halaman masing-masing.  Cam biasa, saya tak ambil cuti sebelum raya sebab orang rumah ajak balik raya kedua.  Ini adalah disebabkan selepas tu dia akan bercuti selama seminggu kat kampung.

Satu yang besh tentang balik raya kali ini ialah saya balik semula ke Kolompo sorang-sorang dengan menaiki bas Tranasional (betoi ker ejaan cam salah jer).  Sebenonye saya dah tak sabo nak naek bas....turun kat kat Pudu Raya (sangat nostalgic sebab dah lamer giler tak turun Pudu Raya) Last pi Pudu Raya zaman kat maktab dulu biler balik dari Ipoh dan kena turun kat Pudu Raya.

Adik bagitau, lepas turun di Pudu Raya kena pi belakang cari LRT. Lepas amek tiket ke KL Sentral dan sambung ngan komuter. Turun kat stesen komuter seterusnya, naik teksi ke rumah mak dan sampai kat umah nanti, minta adik pi hantar ke rumah saya. Mak ai, berapa banyak ler kenderaan yang akan digunakan....terujanya nak tunggu 13 Ogos 2013.

K, nak balik dulu....

p/s  Ari ni asyik senyum sorang-sorang sebab ramai puji saya hensem sebab pakai ketayap putih.  Ader member sound, buat pertama kali dalam hidup dia lihat muka saya berseri-seri seperti orang yang beriman....mak ai dahsyat punya statement....
Kalau pakai topi yang beli kat Vietnam tak hensem ker???

Thursday, August 1, 2013

6 hari lagi nak raya...



Ha….ha… Ketika berita ini ditulis, raya tinggal lagi enam hari untuk menjengah. Tak sangka cepat sangat masa berlalu sehingga tak perasan dah lebih 3 minggu kita berpuasa.  Nak tengok amalan, macam last year gak, tak bertambah cuma sesekali termalas nak pergi tarawikh sebab ngantuk sangat.  Kekadang pelik gak naper ler mater kalu lepas Maghrib jer dah melekat dua klopak mater.  
 
Kalau tak layan, perghh… maser solat Tarawikh pun bley lajak ke depan maser imam baca Fatihah.  Apatah lagi kalau dapat imam yang bacer surah panjang-panjang.  Memula, otak ligat berfikir itu dan ini, esok kat opis nak siapkan kerja aper, lepas solat nak pi makan kat maner, hujung minggu ni jadi tak nak beli baju raya AEON ler, PKNS ler dan entah maner-maner tempat boley appear maser tengah solat.  Biaser ler solat tak pernahnya nak kusyuk.  Orang kata maser bulan puasa semua setan dah kena ikat, maka …..rupa-rupanya kita yang setan….ha…ha…ha…

 
Ini makanan orang Vietnam, actuallynya kalu kat Malaysia; buat lempeng intinya taugeh dan carrot. RM 19.90


Apabila fikiran melayang-layang tetiba suara imam dah tak terdengar, badan rasa terhoyong hayang....badan tak bley dikawal dan kakipun terdorong ke depan. Amek kau...orang laen elok jer dalam satu saf awak sorang sahaja yang berada di hadapan. Itu pun naseb baek tak menyembam kat orang laen.  Teringat ari tu tengah elok jer awak baca tahiyat akhir, tetiba terasa ada orang lentok kat bahu ...baek punyer....rupanyer dia bley tertido kat bahu.  Tak sampai ati ler plak nak kejut dia bangun tido.  Dalam ati terfikir kalu awek gagah ler gak tapi diamkan jer.  Sambil-sambil doa ler gak  jangan sampai yang tido kloa air liur suda...ha3 kalau tak jenuh nak pi basuh.....Yang beshnyer....awak dah siap bagi salam ke kiri dia maseh lagi sdap tido....

Setelah berdehem...baru dia tersedar.....merah padam muka tapi demi mempertahankan maruah dia awak buat slamber jer....he...he...he....
Nasi Goreng Phataya kat Vietnam - RM 29.90. Tom Yam dia ....pergh sedap giler...


Naper entri kali ni papar gambar makanan ya?????