Monday, November 28, 2011

Profail Personaliti Tajma

21 - 23 November yang lepas ini aku telah menghadiri Persidangan Memperkasa Pengurusan Sekolah Menengah Kali Ke-2 Tahun 2011 di KL International Hotel Kuala Lumpur. Rasanya ini kursus yang bercirikan persidangan yang aku hadiri, sebelum ni kat IAB 25 - 28 Julai (Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Kali ke-18) dan SMK Serendah 9 November 2011 (Seminar Kajian Tindakan peringkat daerah Hulu Selangor). Ntahler, aku rasa macam besh sangat kalu dapat menghadiri seminar dan persidangan kerana dapat input-input baru daripada oleh pihak-pihak KPM ataupun para intelektual.

Penilaian terhadap diri ini ialah :

ASERTIF :

He.... he... he.... aku dapat asertif tinggi (aggresif)

Anda merupakan seorang individu yang aggresif dan tidak mudah mengalah. Anda kurang mempunyai sifat bertolak ansur dengan orang lain terutama sekali apabila berkaitan kepentingan dan pandangan orang lain terhadap diri anda.

ANALITIKAL :

Yang ni pun aku dapat analitikal tinggi. Gelak sakan sebab untuk analitikal tinggi : anda merupakan individu yang sangat peka dan berminat dengan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling anda. Anda suka membuat pemerhatian dan seterusnya menganalisa sesuatu perkara itu dengan terperinci. Anda akan berfikir berkali-kali dan mengkaji baik dan buruknya sebelum membuat keputusan.

KETERBUKAAN :

Yang ini aku hanya dapat 57% dan dianggap sederhana. Dalam level sederhana mengatakan secara umumnya, anda merupakan seorang yang suka bergaul tetapi bergantung kepada situasi dan tempat. Pada suatu ketika anda menunjukkan sikap ingin bersendirian . Anda juga akan memilih rakan yang tertentu sahaja untuk berbual.

KRITIK DIRI :

Yang ini aku hanya dapat 50%. Bila dirujuk, sederhana mencatat "Anda kadang kala merasa rendah diri, bimbang dan rasa bersalah dengan apa yang telah anda lakukan. Ada ketikanya, anda kurang yakin akan berjaya dalam setiap perkara yang anda lakukan".

KEPIMPINAN :

Yang ini jumlah skor aku ialah 90%. Pergh... kepimpinan tinggi.

Anda merupakan individu yang suka mengawal, mempengaruhi dan memimpin orang lain dalam setiap situasi dan tempat. Anda tidak suka berada di bawah telunjuk orang lain. Anda sangat yakin dengan kemampuan diri sendiri.

JATI DIRI :

Emmmm..... ini pun aku dapat 99% (Jati diri tinggi)

Anda merupakan seorang yang sangat tinggi daya ketahanan emosi dan mental. Anda sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu tugas. Anda tidak mudah mengalah dan akan meneruskan tugas sehingga selesai.


Sunday, November 27, 2011

Berat aku....

Dah dekat sebulan tak timbang berat..... ramai kata aku dah kurus sangat. Entahle ..... harap-harap jangat sakit. Sebelum bulan puasa, berat aku main dalam 79 - 82 kg.

Sekarang aku

1. kurangkan makan nasi (seminggu sekali)
2. amek Green Tea
3. amek Gamat Healin
4. joging seminggu dua kali
5. lari sambil naik tangga di pejabat

Jeng---- jeng...... berat aku semalam 75.3 kg

Berat unggul aku ialah 68 kg..... jauh lagi ni. Tapi orang kata baik cam dulu sebab sekarang aku nampak cengkung.....

Boleh plak....????

Malam tadi selepas menghantar adik balik ke rumahnya, aku ingat nak pergi ke Rawang sebab tak tau nak buat apa. Pergh..... jalan jam teruk kat Batang Kali dan aku ambil keputusan berpusing dan menuju balik ke rumah. Hujan turun renyai-renyai dan aku tak tau nak buat apa malam ni. Orang rumah ada di kampung. Hmmm...... baik aku pergi ke Tesco mencari tong sampah....Kena beli tong sampah bari sebab tong sampah aku dah kena curi dengan orang bengong mana...

Sampai sahaja di Rasa, azan Isya' berbunyi jadi aku mengambil keputusan untuk solat Isya' di Masjid Bukit Sentosa. Pecut punya laju kerana takut terlepas Isya'. Sesampai sahaja je di masjid, orang belum solat kerana ceramah Maal Hijrah sedang berlangsung. Jam menunjukkan pukul 8.45 malam. Malas pulak nak masuk dan amek keputusan dengar ceramah dalam kereta jer. Orang rumah call tanya kat mana dan dengan bangga bagitau tengah dengar ceramah. Abeh sembang pukul 9.00 malam dan ceramah masih berlangsung. Di luar hujan turun renyai-renyai dan udara dalam kereta amat sejuk. Aku menyandar dengan tenang sambil menghayati ceramah dan.....

Kenapa tiba-tiba masjid ni sunyi.....

Pergh.... aku boleh plak tertido dalam kereta kat parkir masjid. Parkir dah kosong, Jemaah dah semua balik dan bley plak aku tak dengar mereka solat Isya'. Yang tinggal beberapa AJK masjid kot yang sedang menutup lampu masjid. Dan yang paling cantik plak aku rupanya parkir kereta dan tido di sebelah kereta jenazah.... mak aiii...

PA LAGI CABUT ........ MALU + TAKUTTTTT.....

Tuhan Sedang Berbicara - 2

Korang ingat lagi tak tentang kisah abah aku accident. Kalau tak ingat, refer je kat entri yang sebelum ni. Lama aku berfikir dan berfikir, kenapa semasa abah accident dengan adik, takde siapa yang nak menolong dia. Akhirnya aku mendapat jawapan tersebut. Aku juga pernah menjadi seorang manusia yang tidak berperikemanusiaan. Ingat lagi satu pagi ketika aku terlewat nak ke opis dalam hujan renyai-renyai; kelihatan di satu simpang orang tengah ramai. Rupanya pagi tu ada seorang budak Perodua accident kat simpang tiga berhampiran ngan rumah aku.

Sian budak tu dengan terlentang dan mukanya penuh dengan darah. Baju dah tidak serupa baju. Apabila hampir di kawasan tersebut, kelihatan seorang lelaki dengan berbaju melayu dan kain pelikat sedang menahan kereta yang menuju ke Kuala Kubu Bharu untuk membawa budak Perodua itu namun tiada siapa yang berhenti. Semua meneruskan perjalanan tanpa ada rasa belas ikhsan.

Akhirnya tibalah ke giliran kereta aku. Lelaki itu menahan sambil tangannya menunjukkan ke arah budak Perodua tersebut. Hati berbicara untuk berhenti tetapi dalam berkira untuk berhenti, bisikan syaitan menerjah :

1. banyaknya darah kat muka budak tu...
2. kalau dia mati dalam kereta kau macam mana, kang berhantu pulak kereta kau; kau tak ingat bagaimana abang kau terpaksa menukar keretanya selepas seminggu orang meninggal dalam keretanya...
3. kau sanggup buat report polis kalau dia mati dalam kereta...
4. kang orang pukul kau masa di hospital KKB kerana dia menjangka ko yang melanggar dia
5. kang kereta kau kotor. Dah lah budak tu berguling dalam kereta, hujan bercampur darah, siapa nak basuh kereta....

YA ALLAH.... syaitan benar-benar menghasut aku dengan pelbagai pertanyaan dan akhirnya syaitan berjaya....

Aku tega meneruskan perjalanan dengan membuang perasaan ikhsan kepada budak Perodua, sambil merapatkan tangan menunjukkan tanda memohon maaf sambil menunjukkan arah jam (seakan-akan lewat) ke arah lelaki berbaju Melayu itu yang sedang kemarahan kerana melihat sikap aku.

Ya Allah, Kau maha adil. Apa yang aku lakukan kepada budak Perodua itu akhirnya diterima oleh Abah aku. Tiada siapa pun yang melahirkan rasa kasihan apabila dia dilanggar.

Teringat kata Sarjan Mejar di IPD KKB masa menemankan adik aku membuat repot polis "Sama ada korang langgar ataupun tidak, apabila ada kemalangan, bantulah atas rasa belas kasihan kerana satu hari akan kena pada keluarga sendiri" Marah beliau kepada seorang pemuda yang meninggalkan mangsa di tengah jalan raya.

P/s Aku dapat tahu budak Perodua itu dibantu oleh guru India sekolah berhampiran yang sanggup menukar haluan ke KKB dan membenarkan budak Melayu dimasukkan dalam kereta Honda City yang baru sebulan dibelinya. Argh.... aku dah guna kereta Gen 2 selama 6 tahun pun masih sombong dengan rezeki yang Allah berikan.

Sunday, November 20, 2011

Dalam perjalanan


Sekarang ni aku dalam perjalanan balik ke rumah. Sedang menaiki bas dari Ipoh ke Tanjung Malim. Pergh.... dah lama gak aku tak naik bas. Ada kat 5 - 6 tahun kot. Sebenarnya semalam aku hantar orang umah balik kampung. Sepanjang cuti semester ni dia dok kat kampung temankan mak mentua. Kesian mak mentua tak sihat sangat. Abang ipar ada menggajikan orang untuk bersihkan rumah tapi hampeh... ntah ape2 yang dibuatnya. Mak mentua minta lap almari pun dia bantai pi mop almari. Lantai umah pijak rasa berpasir macam tak pernah bersapu. Dengar khabar sekali datang RM 15 dan seminggu 3 kali. Tu yang kami pakat sepanjang cuti ni orang umah dok kat kampung temankan mak dia dan sekaligus adalah orang yang menjaga dia.

Ari ni, dalam usaha nak naik bas, aku belajo banyak perkara. Yang paling penting ialah rasa syukur yang amat sangat pada Allah kerana aku diberi kemewahan untuk mempunyai kereta Vios dan Viva. Selama ni tak berapa nak bersuykur. padahal Allah dah beri kemudahan kepada diri ini. Banyak kemudahan ada kereta berbanding orang yang nak kena naik bas ke mana-mana. Terpaksa berlari ke sana dan ke mari, terpaksa berhimpit dan terpaksa berpanas sehingga berpeluh luar dalam.

Dari Kuala Kangsar, naik bas pukul 1 pm stelah penat menunggu sejam. Sampai di Medan Kid, kena turun, aku berpanas terik bekejar ke Stesen Keretapi; ingat nak naik komuter tapi dimaklumkan perjalanan ke selatan ada pukul 7 pm. Menapak le stesen bas nak cari bas ke Tanjung Malim; tak der. Kena pergi Medan Kid. Menapak lagi dalam panas terik dan aku plak ari ni bleh plak pi pakai baju hitam. Pergh.... panas giler tu. Sampai Medan Kid, suasana macam kena langgar garuda. Tanya pemandu teksi, dia tunjuk tempat jual tiket ke Tanjung Malim. Berlari ke sana....

Ooooo kami tak jual tiket ke Tg Malim.

Mak ai..... adik bley tunjuk tak....

Ooooo abang kena pi ke stesen minyak Shell seberang jalan. Pergh jauh plak .... tepaksa la menapak lagi. Peluh turun bercucuran.

Sampai ke stesen bas yang ditunjukkan, aku pun bertanyakan kepada wanita yang menjaga kaunter..... Jawapan dia .... oooo kami jual tiket pi Grik. Kalau bas ekspress semuanya dah berpindah ke Medan Gopeng. Naik bas Perak Transit ke sana dan bayarannya RM 1.50.

Ughhhh.... kena pi Medan Gopeng. Tanya teksi kat sbelah hentian bas tu pi Gopeng brapa..... RM 12.00.....jawabnya kena menapak lagi ke stesen bas utama Ipoh. Sabo kata hati.

Dapat je naik bas Medan Gopeng, lega sebab air cond tersangat kuat. Tapi bas tu dipenuhi oleh warga Indonesia dan Bangladesh. Terasa aku plak mcm warga asing di tanahair sendiri.

Akhirnya sampai gak ke Medan Gopeng stelah dikerah turun oleh driver bas kerana bas tak masuk ke dalam. Manapak lagi tengah panas. Kat Medan Gopeng tercangak2 nak cari bas ke Tg Malim. Rupanya ada satu je sykt bas pergi ke Tg Malim. Itupun dah terlewat 10 minit. Berlari ke bas dan alhamdulillah bas masih belum berjalan. Ni yang sedang berada atas bas. Bas sejuk giler sebab kat luar ujan. Sampai Tg Malim nak solat jamak takhir dulu, sambung ke Kuala Kubu Bharu dan nak minta adik hantar aku kat umah. Itupun kalu dia tak tido, emmm kalau dia dah purrr....alamat cari teksi le balik umah.

Wednesday, November 9, 2011

ABAH ACCIDENT ...2

Dalam perjalanan ke tempat kejadian, habis aku telefon semua adik beradik. Risau yang amat sangat sampai rasa nak muntah. Sebenarnya aku allergic sangat dengan accident ni. Pak mentua aku meninggal akibat dilanggar oleh dua buah kereta yang sedang berlumba. Kesedihan menguruskan jenazah pak mentua masih terasa sehingga sekarang. Sehingga sekarang masih terasa pak mentua masih belum balik bekerja di Padang Rengas.

Alhamdulillah, adik yang kerja sebagai mekanik dah bawa abah pergi ke klinik. Adik yang kerja kat kilang berhampiran juga dah berkejar ke Klinik Syifa Serendah. Sampai di sana, abah dalam bilik rawatan. Habis luka-luka. Adik cedera sedikit dan dah dihantar ke kelas PDK dia. Bila abah keluar dari bilik rawatan, dia beritahu yang dia disodok daripada belakang oleh lori pasir. Lori %#&*^% tu terus pecut tinggalkan abah dan adik begitu sahaja. Yang paling sedih apabila abah bagitau tak der saper pun yang turun daripada kereta nak tolong mereka dua beranak. Sedih.... teringat kisah budak Cina kena langgar oleh lori.

ABAH ACCIDENT...

Pagi ni belum sempat bagi taklimat kepada semua hakim (kununnya jadi ketua hakim) bagi pertandingan "Team Talent Time" di SMK Bukit Sentosa (2), panggilan masuk. Masa tu baru tengah makan nasi impit, tiba-tiba panggilan masuk daripada abah.

"Jie, bah accident. Lori langgar. Kat bundle simpang Sungai Choh..."

Berderau darah aku dibuatnya. Langgar ngan lori? Sampai dia tak perasan dengan saper dia telefon.

Bah sorang ker?

Tak ngan adik....

Telefon mati.... Aku cuba call tapi tak berangkat.

Senak perot aku. Benti makan.... campak borang kehakiman dan terus chow....


CONSTRUCTIVE COMMENT...

Pergh.... baca tajuk punyalah gempak, tulis dalam bahasa omputih lagi.... ahak3. Constructive comment or idea, satu perkara yang kadang2 kita dengar tetapi tak tahulah sama ada kita praktikkan ataupun tidak. Why I bring this matter in my new entry; I hate enough to those who like to give comments or "ideas" by saying that as a value added ideas but when we read the ideas, but in reality just a nonsense idea, more provocative and sometimes can be labelled as "bullshit ideas". WHY????

Pengalaman menjadi pegawai yang menguruskan latihan mengajar dan memberikan pengalaman yang amat-amat menyakitkan. Salah satu prosedur dalam menguruskan kursus ialah pemberian borang maklum balas, penilaian kursus kepada para peserta. Kata SIRIM, itulah cara untuk menilai sejauh mana keberkesanan kursus dan boleh dijadikan penambahbaikan pada masa akan datang. Maka, sebelum balik daripada berkursus, terpaksalah pihak urus setia mengedarkan borang penilaian. Pergh.... percayalah apabila kita kutip balik borang.... bertuahlah kalau dalam sesuatu kursus tiada peserta yang tidak mengkomplen. Inilah ruang untuk membelasah penganjur yang sebenarnya berhempas pulas untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar.


Apalah masjid ni, bunga pun tak berapa nak tumbuh...


Memang sudah menjadi dasar para peserta (especially yang datang berkursus kerana dipaksa oleh pentadbir) akan menjadi satelit astro untuk mencari apa sahaja kelemahan pihak penganjur. Dari sekecil-kecil hama sehingga ke sebesar-besar gajah. Ada sahaja yang tak betul. Naik tension dibuatnya. Macam baru-baru ni aku organize kursus tingkatan 6, dari A - Z aku buat. Buat kat opis je sebab budget ciput. Dari fail, pendaftaran, makan, penceramah dan bahan serta tempat aku pastikan dalam keadaan tip top. Jaga kebajikan penceramah hinggalah ke peserta, so aku boleylah satisfied.....

Lastly bila analisis penilaian peserta terhadap keberkesanan objektif kursus; yang aku dapat daripada kumpulan guru ini ialah comments yang very disappointed :

1. kenapa tak sediakan gula-gula.
2. mana air mineral. Kalau kat hotel ada air mineral.
3. air cond sebelah pagi tak berapa sejuk....
4. air cond PPD ni naper sejuk sangat, nak bkursus pun tak boleh.
5. kenapa makan dahulu sbelum mula kursus.
6. kenapa beri bahan slot secara beransur-ansur...

Cross in my mind, all these comment should not coming from the group of teachers who are teaching form six (pre-U). A group of teachers who are holding DG 44 and DG48 which I think they should posses a lot of experiences to differentiate which one is more important, the tidbits or the objectives of that course.

Itu belum lagi ada satu sekolah dengan bangganya menganjurkan Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan peringkat daerah. Besh sangat sebab ramai guru yang membentang. Aku benar teruja nak membentang dapatan aku tahun hadapan. Tuan rumah sampai tak makan dan tak tidur nak mencari wang untuk memastikan seminar itu menjadi kenyataan. Pihak tuan rumah dan unit akademik memohonlah kepata para peserta komen membina agar seminar tahun hadapan akan menjadi lebih bermakna. Tapi apa yang dikomennya :

1. makan tak sedap.
2. sekolah ni bisinglah...
3. tempat makan jauh, kena turun ke bawah.
4. tempat seminar panas sebab guna kipas...
5. biilik-bilik seminar jauh, kami kena jalan ke sana.

Mengadulah tuan rumah dengan penuh kekecewaan .....

Jawapan saya cukup senang... itulah perangai orang kita yang tak sedar diri....

1. bukankah kita datang nak berseminar dan bukan nak berkelah.
2. sekolah memanglah bising, nak senyap pi library atau kubur.
3. mcmlah sekolah dia punya kantin dalam bilik guru, nak makan pun kena turun gak.
4. panas.... tak sedar diri... bilik darjah mana yang ada air cond kat dalam daerah ini.
5. jalan jauh .... pergh ni mesti peserta pemalas dan kena paksa pi seminar.

So kesimpulannya.... orang kita ni memang pakar untuk mencari kelemahan orang. Tak caya, cuba tengok, kalu kenduri kawen, dah ler orang jemput makan, mata....mak ai macam radar nak cari kelemahan tuan rumah. Ayam tak sedap, nasi keras, plamin senget dan paling tak besh ... oits pengantin laki ngan pompuan tu tak ngam langsung.....

Thursday, November 3, 2011

Tuhan sedang berbicara - 1

Pergh.... tajuk entri kali ini tak ingat langsung. Gaya macam sasterawan zaman dulu. Ni kalau zaman kesultanan Melayu lama-lama, sure da kena tangkap dan dipancung. Atas alasan telah mempersekutukan Allah. Sebenarnya ini ialah bahasa pelambangan bagi menyampaikan sesuatu kepada si pembaca atau pendengar.

Jangan risau .... aku tak nak memeningkan diri aku dan apatah lagi sesaper yang terajin membelek blog ini. Statement di atas sebenarnya aku cedok daripada filem Indonesia yang aku minati .... Ayat-ayat Cinta. Sesaper yang follow citer ni sama ada di buku atau filem, sure terkesan ngan citer ni. Best dowh .... masalahnya..... biler tengok, jap dah berangan jadi Fahri. Sorang pemuda Indon yang digilai ramai cewek....(pergh cakap Indon plak). Tak leh langsung tgk citer yang berunsur romance, sah dah perasan jadi hero yang nampak ideal sangat.

Saper yang tgk filem ni, sure maseh teringat maser Fahri difitnah oleh seorang wanita yang menuduh Fahri telah merogolnya. Fahri dilokap dan semasa dilokap dia berasa amat sedih dan menyalahkan Allah.Dia merasakan yang dirinya sudah banyak beramal tetapi Allah masih menimpakan bala. Tiba2 di dalam lokap, terdangar suara sorang banduan menegur sikap Fahri. Maser tu ler terkloa ungkapan di atas. Wahai pemuda, mengapa kamu meratap dan meraung? Sesungguhnya Tuhan sedang berbicara dengan kamu...... Puhh... makan dalam siot...

Sebenarnya, aku ingin berkongsi pengalaman yang aku terima baru-baru ini. Aku telah menjadi urus setia dalam suatu mesyuarat yang dijalankan di sebuah hotel di tengah-tengah bandaraya metropolitan, Kolompo. Malam akhir, kami telah mengadakan majlis perpisahan kepada 7 orang pegawai yang akan dan telah meninggalkan opis. Pergh.... tema malam tu, berpakaian ranggi. Apa maksud ranggi .....ntah le but based on dictionary .... ranggi can be defined as handsome, smart, conceited and proud. So which one, you may choose yourself.

Malam tu aku dengan bangganya memakai baju merah, seperti yang tertera di atas. Puh.... macam dalam surat rasmi kerajaan plak bunyinya. Punyalah nak melaram sebab baju ni beli maser hari raya yang lepas dan baru kali kedua dipakai. Malam tu dengan kembang kuncup beberapa orang memuji pakaian aku yang kata mereka ala-ala raya Cina dan ada yang cakap ala-ala alas meja hotel. Hmmmm..... lantak ko lah janji aku punya suka. (Kalau kata Azwan Ali .... ada aku kesah....).

Yang pastinya, daripada sahaja nak melaram, rasanya nafsu telah mengatasi segalanya. Apatah lagi malam tu aku jadi mc. Macam baguslah plak walaupun aku tahu orang dah bosan asyik muka aku jadi mc. Bila hati dah kembang, orang asyik puji gaya penampilan, nah aku mula lupa bahawa segala puji itu sepatutnya hanya bagi Allah s.w.t.

Setelah majlis selesai, naiklah ke bilik. Dalam lif menuju ke bilik yang sendat dengan rerakan, tetiba ex-boss perempuan memuji penampilan aku. Wah.... tak pernah pakai baju warna merah .... nampak ceria malam ni. Hmmmm...... palagi, semakin mengepaklah aku di dalam lif sambil tersengih cam kerang busuk.

"Hmmm.... tu lah masalahnya, bila orang tua nak tak sempat nak bergaya masa muda. Pakai baju pun mac am orang muda....!!!!" Tetiba keluar satu suara dari penjuru lif.

Suara ex-boss lelaki aku yang dengan selamba mengutuk dan menyebabkan satu lif senyap tanpa suara. Bayangkan daripada mengepak tadi, aku rasakan lif itu bagaikan terputus dan terhempas ke lantai. Malu....hanya Tuhan sahaja yang malu. Nak menjawab.... lidah dah kelu. Muka bagaikan disimbah setangki lori air Indah Water. Cepatlah lif tiba dan cepatlah buka pintu....

Rasanya Allah bayar cash kat aku. Manusia yang Allah hanya hantar sehelai baju tapi riaknya menggunung-gunung. Belum lagi Allah hantar baju sutera atau barangan emas. Ntah2, dunia pun lupa. Terduduk aku di bilik malam tu sebelum keluar pekena sup urat di sebelah KLIH. Sebenarnya, aku memunyai banyak baju berwarna merah dan aku jangka, merah bukannya warna untuk kita menunjukkan yang kita ini muda. Kalau benar, rasanya setiap kali aku menghadiri mesyuarat, aku akan suka memakai T' Shirt berwarna merah.

Tapi kali ini, Allah telah berbicara dengan memalukan aku di hadapan rakan-rakan di dalam lif dan bukannya di padang Mahsyar, Sesungguhnya, pengalaman yang memalukan ini mengajar aku erti kesyukuran apabila dipuji dan sentiasa merendahkan diri kerana Allah sentiasa melihat dan mendengar walaupun terlintas di dalam hati ini.


Tuesday, November 1, 2011

OS 21000 !!!!


Pergh..... gambar kat sebelah sebenarnya gambar air terjun on the way ke Bukit Fraser. Gambar ni sebenarnya tidak ada kena mengena dengan tajuk, tak relevan lansung tapi apa yang aku nak kongsi ngan semua guru kat daerah ini ialah berita paling indah yang kami terima hari ini ialah wang OS21000 telahpun diturunkan oleh KPM kepada daerah ini. Oits .... bestnya kalau semua cikgu tau.

Difahamkan wang Pentadbiran Negeri dan wang menengah telahpun dikunci masuk. Maknanya..... Unit Kewangan akan mula membuat pembayaran tuntutan perjalanan @ T n T @ Mileage semua pegawai dan guru-guru di daerah ini yang paling akhir dibayar pada bulan Februari 2011. Hmmmm, ramai akan sambut cuti akhir tahun ini dengan wang tunggakan mileage. Bayangkan kalau seorang guru yang tertunggak RM 200.00 sebulan. Maka, dia akan dapat paling cikai RM 1600. Biler dapat duit tunggakan, bolehlah bawa anak-anak bini naik ke Bukir Fraser bercuti. Ha3 .... paling cikai pun, kalu nak jimat duit, mandi je sambil berkelah kat water fall ini. Insya Allah selamat kerana tidak ada kepala air.

Kepada sesaper yang bukan guru, sebenarnya isu tuntutan perjalanan ni adalah isu yang paling panas sekali di daerah. Kekadang sian kat cikgu kerana keluar merata tempat, mesyuarat, kursus dan bawa budak tetapi tak dapat tuntutan perjalanan. Aku sendiri maser pegang bahagian aduan, pernah dapat surat layang maki hamun kerana si penulis geram kerana menyangka kami menyimpan wang tersebut.

Aku masih ingat simpan surat tu .... "Bayarlah duit perjalanan, saya nak beli underware pun tak ada duit nak beli ...."

Ada kawan minta aku siasat siapa yang menulis surat layang tu. Cadangan dia yang cukup praktikal, (kami tahu
kumpulan mana yang tulis)....setiap kali kumpulan ini datang ke opis, kau seluklah seluar mereka, siapa yang tidak memakai underware, maka itulah orang yang menulis surat itu. PERGH....GILER dah tak der kerja lain agaknya nak menyeluk seluar orang. Silap2 ditahan reman kerana mencabul. Aku paham, setiap kali amek surat, pi mesyuarat, kursus, taklimat atau apa sahaja, bukan dekat2. Banyak duit minyak yang terpaksa dikeluarkan. Hati dalam panas juga ada......

Oleh sebab itu, dengan berita yang diterima hari ini, didoakan agar hati semua kakitangan pendidikan di daerah ini akan menjadi sejuk air water fall di atas. Biarlah kebungkaman di dalam hatti kerana tidak mendapat duit mileage akan mengalir keluar.

Kepada Unit Kewangan, selamat bekerja keras. Chaiyok....chaiyok.... kurangkan makan, banyakkan kerja dan akhir sekali.... jangan terlalu stress dan nak terjun ke dalam Sungai Perak di atas ni melalui Jambatan yang terpanjang di Kuala Kangsar.

Ha....ha...ha....dapat duit, boleh balik Kuala Kangsor!!!!