Tuesday, November 9, 2010

Kuatnya Setan...

Minggu ni rasanya minggu yang paling sibuk dan amat meletihkan. Dengan dissertasi yang perlu dihabiskan dan pelbagai karenah manusia, kadang-kadang menyebabkan diri makin jauh dengan Allah. Entah le, orang slalu bising...."Abang, kalau kita hidup zaman Nabi, dah lama rumah kita kena bakar. Bilalah abang nak pi berjemaah kat surau...."

Masalahnya, bila kena leter ngan isteri, insaf pun datang. Hati berkobar-kobar. Tapi bila balik kerja, badan tengah penat, setan pun apa lagi, terkinja-kinja dia menggoda dan akhirnya....
"Nor, sok kot pi jemaah kat surau...."

Mulalah dia berleter dan meleter, cam biasa, ego pun mulailah menjelma. Boleh tak you jangan bising. Abang kan tengah penat.

Maka diamlah seorang isteri. Tapi waktu Isya', dia akan berbunyi lagi. Tapi, telinga ini boleh pulak menjadi pekak secara tiba-tiba.

Padahal aku tahu, nanti bila dah mati, barulah aku akan menangis sambil merayu kepada Allah agar dikembalikan ke dunia ini untuk diberi peluang beribadat. Nak derma. Nak sedekah. Nak solat dan solat dan solat dan solat. Nak jaga aurat. Nak cium tangan mak dan ayah. Tapi bila tiba waktu azan nak berkumandang, mulalah lupa segalanya. Padahal, masa dengar ceramah, sampai meleleh air mata dibuatnya.

Semoga suatu hari nanti aku akan berubah dan pada masa itu aku tidak terlambat....


Sebenarnya gambar ni ialah gambar belakang umah aku, lihatlah betapa pemalasnya aku nak mengemas belakang umah. Ini yang menyebabkan orang umah bertambah meleter. Aku slalu jawab, bukannya malas tapi nak bagi tumbuh sampai ke langit macam cerita Jack and The Beanstalk. Ha...ha...ha...