Monday, September 24, 2012

Congratulations on ur zuriat...


3 minggu lepas aku terkejut apabila terlihat permohonan salah seorang rakan kami memohon guru ganti. Mak ai..... rupanya dia dah sarat mengandung. Alhamdulillah awal bulan September 2012 dia dah selamat melahirkan seorang baby perempuan. Mesti suami dia gembira giler biler dapat baby ni....
Ni bukan baby dia tau...

Naper aku terkejut sebab orang lain pun mengandung dan beranak (opss....bersalin) gak..... tapi yang sepesel tentang kawan aku ni ialah dia dan suami dia lebih awal kawen daripada kami. Kalau kami pun dah hampir 16 tahun, maka dia lagilah lama. Alhamdulillah, berkat kesabaran mereka akhirnya mereka dapat juga zuriat sendiri. Ni yang buat kami teruja dan tahu bahawa Allah tidakk dan sama sekali tidak akan melupakan hamba-hamba-Nya.

Yang beshnyer, kata suaminya yang juga kawan aku dalam bola tampar suatu masa dulu, korang buat IVF atau IUI ker, atau makan ubat ker, atau urut ker....jawab suami dia yang mereka dah malas nak buat suma tu dan hanya berdoa dan ber&^%$ sahaja. He...he...he... tetiba sahaja wife dia mengandung....Beshnyer dengor. Mungkin berkat anak angkat perempuan yang dibelanya dengan penuh kasih sayang. Tu yang orang umah nak sangat amek anak angkat la plak.......(Aku cakap x yah pening2...sebab aku dah amek sorang kat opis dan tgh belajo....nanti habeh belajo bulan2 dia hantar duit kat kita ...ha2)

Anyway to Shahrin and Su.....congratulations and we always pray to Allah that your baby will bring cherish and joyful to your family....Jgn lupa next year fitrah dah bertambah sorang....

Monday, September 17, 2012

HAPPY BIRTHDAY YANG TAK HAPPY...



Happy birthday to me….Ha2…hari ni 18 September 2012 ini bermakna it is almost one month I celebrated my birthday. Pelik ya naper dah dekat satu bulan baru nak cerita pasal birthday. Sebenornye nak citer pasal rasa ralat saya tentang sambutan birthday. Nak dengor citer ker???

Hadiah belum bukak lagi.

 Tahun ni birthday saya disambut dalam bulan Syawal; 24 Ogos 2012 bersamaan 6 Syawal dan pada hari itu saya start balik bekerja selepas 6 hari cuti raya. Tahun ni plak saya rajin, raya kedua dah start pose Syawal sebab dah target hari Ahad tu nak celebrate birthday. Harap2 tahun ni ramailah orang wish birthday pada saya ….hmmm kalau last year ramai orang wish sebab saya ada account fb, jadi semua orang tau my birthday.

Birthday card from my beloved wife...


Tepat pukul 12 tengah malam, first sms masuk wish birthday ….dari BN, pagi esoknya sms kedua masuk dari member Sarala….next daripada anak murid (tapi tak tau siapa namer). Lepas tu tak der saper pun wish …..hu…hu…hu…betol2 terasa sebab selama ni biler birthday adik beradik ke, member baik ker….saya lah orang yang wish atau ingatkan adik beradik untuk wish kepada yang celebrate. 



Ruang tamu tempat saya bukak hadiah...


Abah ngan mak pun tak tak wish gak cam selalu….orang umah pun tak wish (dia luper ker…) …adik kat opis pun tak wish…..hu2. Alhamdulillah, dalam rasa kesedihan sebab tak der orang wish, balik umah jer tgk orang umah dah tunggu dengan hadiah. Kelako gak hadiah yang saya dapat tahun ni, baju, kad dan wall drill….ha2


Hadiah birthday saya tahun ni...

 Cukup seminggu, tetap adik beradik memang dah luper birthday saya….dan maser tgh ziarah sedara mara, orang umah hint lah pasal birthday saya….barulah adik pompuan dgn mak perasan yang birthday saya dah lepas….the rest still tak wish apa2….

Ayah Aiman antara wish saya tahun ni....
 
Anyway, this year walaupun paling teruk dalam sejarah hidup orang tak wish namun byk yang saya pelajari tentang kehidupan…ada benda yang kadang kiter ingat sgt penting dan  dan mempunyai nilai sentimental; namun ianya tidak sama dengan orang lain.

Beshnyer kalau ader orang nak bagi hadiah ni...
  
Pada saya, hadiah bukanlah suatu benda yang penting tetapi ucapan yang kita zahirkan kepada sesorang adalah suatu tanda ingatan kita dan di mana kita letakkan seseorang itu di hati kita. Sebab itu, saya suka hantar wish birthday kepada orang yang saya sayangi sebaik sahaja jam menunjukkan pukul 12.00 tengah malam.

Calculator tu bukan hadiah ya....

 Ingatan dan ucapan yang diberikan sebenarnya tanda kita meletakkan orang itu sebagai keluarga, rakan, guru atau insan yang mempunyai seribu makna kepada diri kita.

Tahun ni x der kek birthday...


Kesimpulan saya cukup mudah….saya beritahu orang umah saya…apabila ramai orang tak wish kita, kita sebenarnya tiada apa erti dan kita harus muhasabah diri sejauh mana erti kekeluargaan serta persahabatan antara kita dan mereka yang kita nantikan wishnyer. Benar antara maxim yang saya pegang, jangan terlalu mengharap sesuatu yang belum pasti kerana jika terlalu mengharap akan kecewa.

Pada kelab kebajikan yang bagi hadiah jam, thanks sebab biler tengok jam yang saya letakkan di dapur, terubat sedikit kesedihan kerana pada tahun ini hanya 7 orang yang ingat my birthday…

 

Persoalannya, perlukan saya meneruskan tradisi saya wish pada orang atau sudah cukuplah apa yang telah saya buat selama ini …..

Saturday, September 15, 2012

Alhamdulillah, selesai juga...

Alhamdulillah, selesai juga kes yang aku kena siasat....huh... sampai pening kepala nak menyelesaikan masalah yang timbul. Alhamdulillah berkat pernah berpengalaman menyelesaikan kes interlok yang tercetus, kali ini dengan pengalaman yang telah diperolehi, saya dapat settlekan issue yang timbul. Rasanya kes ini bolehlah dianggap kes berprofil tinggi...ha2 macam CSI punyer agen lah pulak.

Hmmm....nanti masa dah free, saya akan ulas kes ini daripada sudut pandangan seorang cekgu kay, tapi saya tak akan bincang kes ini daripada cerita atau isu tersebut sebab salah kerana isu ini hanya boleh diulas oleh KPM sahaja.

Tuesday, September 11, 2012

Utusan Malaysia

Suspennya hari ini sebab semalam di daerah saya ada kes yang amat besar. Jenuh kena turun siasat samapai lewat malam. Yang tak beshnyer, wartawan Utusan Malaysia dah tau; namanya Badrol. 5 kali kali dia call saya tapi tetap maintain jawapan,
"Hmm....saya tak boleh release statement ya sebab pihak press kena tanya Tuan Pengarah Negeri"
tapi wartawan ni cukup baik, cakap lembut dan pandai provoke orang....He2
Tetapi jawapan tetap maintain....
"Saya tak berhak kloa statement ya...."

Boleh tak saya guna nama encik untuk dimuat dalam surat khabar kami?

"Hmmm....tak boleh ya sebab saya tak cakap apa-apa pun....

Ok...cuma saya nak maklumkan bahawa berita akan kloa dalam UM esok ya...tapi maaflah sebab cerita ini akan jadi tidak seimbang kerana pihak tuan tak nak beri laporan daripada pihak yang kena tuduh...

Tolong! Tolong! Tolong! Maner nak sorok ni....
"Gulp.....kloa paper esok ...mati aku...."

ADUAN

Pergh...banyaknya aduan hari ini. Rasa dah tak terlayan hari ini, Dengan pelbagai aduan daripada ibu bapa, guru dan rakan sejawatan. Itu belum lagi kes murid bukan warganegara. nak sekolah tapi sijil nikah mak dengan ayah dah hilang. Petang plak dikejutkan dengan berita yang paling besar lagi maha dahsyat .... alamak matilah aku.....camner ni.....Hu2

Monday, September 10, 2012

Bengang Day!

Semalam ialah hari yang paling bengang pada saya....Pagi-pagi lagi hati dah mendidih apabila mengenangkan sikap pegawai atasan saya. Mau tak tension dibuatnya... sepanjang minggu lepas saya kelam kabut dengan kerja tak berkesudahan; kemudian kena siapkan kertas kerja untuk sekolah pusat. Kena cari bahan, turun sekolah, lari buat kerja yang berlambak di atas meja dan ntah apa lagi. Belum lagi attend mesyuarat, dengar masalah cikgu dan berurusan dengan sistem atas talian yang macam sistem atas ampaian sahaja.

KIP yang saya lawati...
Dah ler kena pergi ke KIP untuk ambil gambar dalam KIP...ada plak cikgu yang simpan barang dia dalam rumah kosong dan kendian pi kunci rumah tu. Dah ler kelam kabut nak cari bahan, dia plak pi kunci kena balik. Tak per lah, siapkan lah jugak. Siap kena lari ke sekolah berhampiran berbincang dengan cikgu-cikgu sampai petang hmmm....

Hujung minggu baru nak berehat, boss tu suruh hantar gak kertas kerja dengan cepat. Saya bagitau on the way nak siap, kang siap kita hantar. Jap...jap...telefon..... amek ko...last-last saya tak angkat. Berbulu betul kalau berurusan dengan orang tak faham bahasa. Tapi tak sampai hati...hari Ahad lepas dalam pada sakit perut, bangkit pukul 2 pagi siapkan kerja sampai pukul 5.45 am (uhh...sanggup tak tidur malam). Siap jer terus e-mel.

Sampai jer opis, member call...saper nak kertas kerja. Kami nak secara excell....perghh...mana camner plak tukar.... Dia sound kami dah hantar secara emel right after balik meeting kat KPM.... Puas saya selongkar inbox...langsung x ader. Maka dia pun e mel ler tapak yang baru dan saya terpaksa taip balik. Hati dah panas tapi tahankan. Pukul 11 siap trus e mel.

Pukul 2.30 petang, baru jer letak punggung jer kat kerusi, telefon masuk marah-marah bagitau saya tak hantar apa-apa pun. Dia bagitau dia hantar satu Selangor except my district atas alasan saya seorang sahaja tak hantar. Saya bagitau saya dah emel tapi dia bagitau yang member saya di SB tak dapat....Hmmmm malang ler sebab dia bagitau saya yang member tak terima....

"Betulkah Y tak terima Pn?"
" Ya, dia yang bagitau saya yang awak tak hantar kertas kerja bersama gambar-gambar. Awak seorang sahaja engkar..."
" Oooo saya seorang sahaja yang engkar...Pn, kalau saya seorang sahaja yang tak hantar, kenapa Y pagi-pagi buta beritahu yang dia tak nak kertas kerja dengan gambar yang saya hantar sebab dia nak cara excell. Sekarang Pn kata dia bagitau saya tak hantar...Hmmm...lain kali call dia dulu untuk discuss cara nak gertak saya kan cerita dah tak sama....."
" Oh ya ka.....Nanti lah saya call dia...."
" Tak per Pn. ....nanti kalau dah sama cerita bagitau saya supaya senang saya hantar yang baru...."

Huh... sorang nak kertas kerja...sorang nak excell....Bikin panaz.....Lepas tu nak ugut-ugut cam kita budak darjah Tadika.... Awak dah lah ngantuk sebab tak tido, tambah lagi dia tak nak kerja yang kita dah buat kat seminggu. Lepas tu kelentong hidup-hidup orang plak.... memang ler menempah maut..... Hmmm m rasernya ni ler first time aku soung orang  atasan secara sinikal.... mati ler lepas ni kena black listed....he2....dah ler adik tempat saya discuss tentang masalah seminggu pi mesyuarat....hmmm dengan saper nak lepas perasaan ni......Tu yang balun main game tu....