Monday, January 23, 2012

Arghh, bodohnya....

Pagi ni saya buka e-mel sebab dah lamer tak bukak; banyaknya tapi semuanya spam nak jual ubat kuat la, majalah la, ubat itu dan ini. Hmmm .... bil Maxis pun dah ader. Tapi tak ambik port sangat sebab dah bayor advance. Rasanya dalam RM 150 dan baru tiga hari lepas dah bayar untuk bulan Februari; so tak risau sangat. Most probably advance dalam RM 180.00 tapi down load jer lah. Nak tengok berapa bil bagi bulan ni.

Ehhh...pasal apa ada tunggakan kat RM 500 - ni yang buat hati panas ni. Takkan tersalah masuk duit masa bayar kat Public Bank. Ini sudah mendatangkan kemarahan. Cari bank of statement bulan lepas, ehhhh.... memang dah bayar dan no sama. Ini menyebabkan nak naik hangen musim2 cuti ni. Setelah berpeluh menggeledah dash board kereta Viva, catatan menunjukkan bahawa bil telah disetelkan mengikut tarikh dan tidak pernah ada tunggakan.... Ini tak boleh jadi, kena telefon 123 Maxis.

Tergerak nak belek bil. MAK AI .... Catatan Maxis Mobile Internet menunjukkan penggunaan 90 220 KB = RM 902.20 Ya Allah giler, saper plak pakai internet sampai kat RM 1000. Palagi, telefon 123 Maxis dengan kadar segera. Maka menjawablah si customer service officer :

"Mengikut catatan sistem kami, penggunaan ini daripada telefon Nokia E72 encik"
"Hmm... saya mana ada guna. Lagipun saya tak reti nak pakai internet kat hp. Lagipun saya adalah pelanggan Maxis Broadband, naper plak saya nak guna HP" (dengan nada bengang).
"Mungkin HP encik telah diset, sebaik sahaja SIM Card dimasukkan, dia akan trus detect Internet dan akan terus berjalan. Yang ini kami tak boleh tolong, encik yang kena buat sesuatu dengan HP encik..."
" Jadi apa yang perlu saya buat..."
" Jangan guna atau encik block penggunaan internet tetapi encik tak boleh buat MMS"
" Hu3..."
Bayangkan, saya kena kloa RM 902.20 dan kalau tak silap bulan lepas ada bayor RM 48.00 jadi cincai2 dah kena bayar RM 950 padahal tak pernah gunapun. Arghhh....padahal duit tu bley ...
Kalau beli sloa Jeans dah bley dapat 3 helai.
Dah boleh bayar sebulan duit Vios kesayanganku @
Makan chicken chop di UP Town Bukit Sentosa = 86 kali@
380 biji burger ayam biasa @
6 hari bermalam di Hotel Shahzan Inn @
Dah boley setel utang HP dgn Ah Chin (Upah dia siapkan longkang di luar rumah)

Arghh.... bodohnya aku. Sekarang nak pi tidor sebab stress sgt....




No comments:

Post a Comment