Friday, December 29, 2017

Sesi Persekolahan 2018 sudah menjengah...

Tinggal 3 hari lagi persekolahan 2018 akan kembali menjengah.  Sepanjang minggu ini, aku berkampung di sekolah bersama guru-guru.  Cuma aku tak sepenuhnya berada di sekolah sebab terpaksa berlari ke Hospital Selayang sebab ayahku terpaksa dimasukkan ke wad Surgical 4B.

Alhamdulillah, sekolah yang ditinggalkan berjalan seperti biasa.  Penolong-penolong kanan yang hebat terutama Mr. Aimy yang bekerja keras membantu aku menjaga sekolah.  Cikgu-cikgu yang hebat, tidak perlu dipantau tapi terus dengan perancangan yang telah dibuat.  Sehingga petang tadi, semua mesyuarat panitia bilangan pertama telah siap dilaksanakan.  Tinggal mesyuarat kewangan sahaja yang tidak berlangsung kerana aku tak der masa tu.



Padang di atas yang selama ini sunyi akan kembali gembira.  Sebenarnya aku tak sabar nak tunggu 1675 orang anak murid aku kembali ke sekolah terutama bebudak 6 Amanah yang comel-comel dan tak reti nak berenti bercakap.  Walaupun agak sedih 10 orang murid kesayanganku (dua tahun bersama-sama mereka ), terpelantik ke kelas lain.  Apa nak buat, dah banyak kali pesan baca buku betul-betul tapi korang buat dunno jer....ha kan tahun ni kita tak dapat bersama-sama.

Apa-apa pun, jangan cakap cikgu tak payung ya...