Sunday, August 30, 2009

Solat Tarawikh - Bab 3

Satu benda lagi yang aku pelik masa pi solat tarawikh apabila lihat bebudak remaja ni. Depa pi masjid bukan pi nak solat tapi nak borak dan main mercun. Kalau rasa tak nak solat, napa tak pi tempat lain. Napa masjid dijadikan port untuk membuat kerja-kerja yang lagho.

Macam semalam masa aku pi masjid, ada le beberapa orang budak yang lepak kat belakang rumah tong sampah. Bercerita perkara lucah tentang perkara tak senonoh (nak cerita pun tak seronok sebab ni bulan pose). Pada masa yang sama lalu bebrapa mak cik yang membawa anak-anak mereka dan crita ini didengari oleh orang yang lalu lalang. Aku yang jantan ni pun rasa malu apatah mak cik tersebut menggeleng-geleng kepala sambil menarik anak mereka cepat-cepat.

Itu belum lagi dibantainya main mercun. Tengah kusyuk orang mendengar alunan surat imam hafiz (pergh... macam kusyuk je), POOOM mercun berbunyi. Nak tercabut jantung kita dibuatnya. Itu le yang dalam hati maki hamun bebudak tu; ntahle, sah ke tidak solat Tarawikh aku bila hati aku terdetik memaki hamun bebudak tu. Patutle aku rasa pahala aku macam sket je setiap malam.

Ada sekali tu (tahun lepas punya cerita le ni), tengah imam syok duduk baca surah; berdentum punyalah kuat mercun, naik terperanjat imam tu. Dia yang memang hafaz Quran dah kelam kabut. Nak sambung dah tak tau mana hujung, mana pangkal. Orang yang duduk kat belakang dia setakat Hafaz 6 juzuk buku Iqra'. Takde sorang yang mampu bantu imam ingatkan tempat yang dia sangkut. Akhirnya, terpaksale imam tu sambung baca surah lazim. Aku rasa, suatu hari nanti apabila ada makmum yang sakit jantung terkejut atau mati, barulah wujud larangan bermain mercun di kawasan masjid ketika orang tengah beribadat.

Apa kata Jawatankuasa Masjid tangkap bebudak tu semua, bakar mercun dan sumbat kat dalam mulut mereka. Baru depa ada akai. Sebenarnya aku bukan anti depa main mercuin, cuma tempat dan masa tak strategik langsung...

Hepi Merdeka 52

Hari ni Tanah Melayu sambut hari jadinya yang ke-52. Malaysia sambut birthday pada 16 September; ada beza ha... Aku mulakan hari ni dengan membuta selepas sahur sampai pukul 10 am. Buka mata, hari dah cerah. Rasa malas yang menjalar menyebabkan indahnya membuta pada pagi hari.

Petang nanti diarahkan ke rumah parents sebab depa ajak berbuka. Malasnya sebab tak tau nak bawa apa. Orang umah ajak pi pasar beli ayam, carrot sebab dia nak buat roti jala. Pergh, malasnya nak buat roti jala sebab kerjanya rencam + panas + selekeh satu dapur. Tak bleh ke kita pi sana cuma bawa air soya je ke atau bawa air cincau ke?

Turun bawah pi beli barang, hajat hati nak cari pisang tanduk sebab teringin nak goreng pisang tanduk tapi hampeh... Pelik ya, napa satu benda tu kalau kita cari mesti takde. Tapi kalau kita tak nak, mesti berlambak-lambak. Aku perasan sejak dari kecil lagi. Bab tunggu bas. Bila kami nak pi Masjid Tanah je, bas kontot yang ditunggu tak datang-datang. Tapi kalau tak nak pi, stiap setengah jam dia lalu.

Bercakap pasal Masjid Tanah, aku teringat lagi keenakan makan cendol mamak. Dia guna tangan dan mesin air batu dia sangat lawak. Air batu dipegang dengan papan yang telah siap berpaku. Yang pastinya paku tu dah berkarat pun tetap beli. Langsung tak peka dengan kesihatan sebab cendol punyale sedap. Lepas tu mesti mak aku ajak makan mee bandung kat gerai belakang. Sumur hidup aku, mee bandung situ le yang paling sedap yang teramat sangat.

Ada sekali tu aku makan mee bandung satu pinggan selepas tala cendol satu mangkuk. Perut macam nak pecah. Masa tunggu bas, perut dah tak tahan langsung aku muntah. Tau muntah kat mana.... muntah depan kedai buah. Yang aku dengar ah sow tu mengamuk sebab buah oren dia habeh kena muntah aku. Yang aku ingat satu lagi, masa muntah, beberapa ekor udang kloa dari mulut aku yang belum hadam. Maka... sejak ari tu aku tak bleh makan udang sebab teringat kesah udang kloa daripada perut aku. Masa aku darjah berapa ya... ???

Solat Tarawikh - Bab 2

Sejak pemerintahan baru ni, ada style baru di mana diadakan slot tazkirah semasa solat tarawikh. Aku bukannya tak suka; aku rasa best sangat dapat dengar tazkirah ni sebab aku ni jenis malas nak pi masjid untuk cari ilmu. Tapinya, ada beberapa perkara aku tak berkenan ... Pelik gak, napa aku suka komplen macam aku ni bagus sangat. Betul jugak ada satu artikel yang aku terbaca bahawa orang yang lahir dalam bulan Ogos ni suka sangat komplen. Cam baguih sangat.

Aku tak berkenan sebab orang yang nak anjurkan tazkirah ni buat lebih kurang walhal ini majlis ilmu. Orang yang hadir ramai dan mereka cukup berminat nak dengar. Napa aku cakap gitu sebabnya :

1. hamba Allah ni bangun dan bagitau kami dah menjemput ustaz dari Kedah le, dari Terengganu le, Pahang le, Penang le dsb. Kami cuba kol banyak kali hari ini tapi tak berjawab, di luar kawasan, tengah bagi ceramah kat tempat lain le. Yang syoknya, siap buat pengumuman, kpd Ustaz sipolan bin sipolan, kalau anda ada kat sini sila tunjukkan muka. Sila tampilkan diri. Macam panggey orang kat kenduri kawen je.

Napa ya tak panggey alim ulamak ke, ustaz ke daripada sekitar daerah ni. Tak de le asyik luar kawasan je. Kalu sekali tak pe le, tapi kalau asyik dua tiga kali ayat yang sama, orang pun perasan ada yang tak kena. Kat daerah ni ada 16 buah sekolah menengah yang ada ustaz yang hebat, ada Darul Quran, ada Darul Atiq, ada ustaz-ustaz j-QAF yang beri ceramah merata. Setakat nak bagi ceramah, insya-Allah depa tak menolak. Tapi asyik nak panggey ustaz luar kawasan, itu yang asyik berada di luar kawasan.

2. Satu lagi, aku tak berkenan kalau bagi ceramah dengan nada terjerit-jerit macam kempen politik plak. Bukan aper, dalam masa lima belas minit, kita gunakan masa yang sedikit tu dengan sebaik-baiknyer. Kalau dah terjerit-jerit, susah nak dengor sebab kita dalam masjid. Bergaung bunyi suara kerana bahagian atas masjid ada kubah. Melantun-lantun bunyi dan dahle speaker tak berapa baik. Susah betul nak tangkap apa yang mereka cakap. Lain le kat padang, suara akan bergerak terus tanpa dilantunkan balik ke setiap dinding sebab dinding masjid tidak bersifat akustik yang boleh menyerap bunyi.

3. Ceramah yang bersifat sindiran. Gunakan gelanggang tu untuk melepaskan geram, tak best ler. Kan kita ada 15 minit, gunakan untuk memberi ilmu kepada semua jemaah yang kebanyakannya nampak muka hanya pada bulan Ramadhan (macam aku). Napa nak belasah parti yang lama, ungkit pasai dulu dia tak boleh sampaikan ilmu di masjid sebab dia pembangkang. Kalau dia tak ungkit pasai tu orang akan nampak dia penceramah yang berhemah. Skurang-kurangnya puak yang tidak menyokong Parti X merasakan ustaz Parti X ni seorang yang berwibawa kerana hanya mengajarkan ilmu sahaja tanpa menelanjangkan kejahilan orang yang lalu.
Teringat kata ustaz tu dengan nada yang geram dan lantang;

" Saya tau dalam masjid ni ada SB! Mana dia SB tu? Ada di celah-celah jemaah kita. Biasale, bila ada ceramah, mesti ada SB. Tuan-tuan tau napa SB ada pada malam ni? Napa SB ada dalam masjid kita ini?

Semua jemaah diam. Ada yang gelak, ada yang tertanya-tanya dalam hati, aku ni kat kempen politik atau dalam ceramah agama...

Jawapannya ... SB tu nak solat gak. Dia pun manusia macam kita gak... Orang dok pakat gelak ramai-ramai...

(Walaupun mungkin ustaz tu nak buat lawak tapi jika katakan ada polis atau SB yang memang nak solat, ayat-ayat pertama tu dah menghiris perasaannya; bukankah dia manusia juga bekerja dan mencari makan untuk anak bini. Kalau dia terasa dan tercalar, bagaimanakah kita ingin memohon maaf daripadanya. Bukankah kesalahan antara manusia haruslah dimaafkan oleh orang yang telah kita lukakan perasaannya.

Wallahuaklam...

p/s Masih menantikan seorang ustaz yang benar-benar menyampaikan ilmu tanpa menyinggung mana-mana pihak, tidak berpihak mana-mana parti dan tidak menggunakan ilmu demi kepentingan agendanya sendiri...

Solat Tarawikh - Bab 1

Fuhh, lama gak tak hapdet blog. Bukannya malas tapi banyak kerja kena buat kat dissertasi. Semalam dapat balik. Conceptual frame work kena ubah lagi. Yang peningnya ialah CFW yang kena ubah tu sama je macam first time aku presented. Hari tu ubah tak nak yang tu tapi kali ini ubah balik nak macam tu. Anyway aku tak kesah sangat sebab aku tabik kat supervisor, dia punya rajin lebih rajin daripada aku. Next week husband dia nak kena operation. By pass katanya jadi dia tak bleh concentrate dengan aku punya proposal.

Setakat hari ni, aku blum buka di rumah parents. Bukan malas tapi sebabnya memang malas. Nak rush buka kat sana and then nak rush untuk tarawikh kat Masjid Bukit Sentosa. Macam mana lambat pun, aku tetap solat kat saf pertama. He... he... he... sebabnya aku solat kat sayap kiri bahagian luar. Kat dalam panas. Tahun ni tak berapa bising, budak-budak tu dah insaf ke atau sumanya dah baligh. Anyway, aku tertarik dengan Masjid Kuala Kubu Bharu (ala tempat Akil Hayyi kahwin dengan Waheeda Wassini Wassana); bebudak yang datang ditempatkan di sebuah bilik dan diberikan aktiviti. Aku tak tau plak mereka buat aktiviti apa, tido kot. Aku rasa nak pi check le apa AJK masjid tu buat.

Tapi aku ada suatu cadangan kepada semua ajk masjid kat Malaysia ni, apa kata untuk mengelakkan bebudak memekak masa orang tengah solat tarawikh, kita himpunkan bebedak ni dalam sebuah bilik yang terhebat di setiap masjid (masjid besar le) iaitu yang lebih dikenali sebagai BILIK PENGURUSAN JENAZAH. Letakkan keranda, kain kafan, bebahan mandio dan kafan mayat dan bagitau bebudak tu; sapa yang memekak masa orang solat, Imam akan masukkan dalam keranda.

Aku rasa, sok malam masjid akan senyap sebab ada dua perkara :
1. bebudak tu akan ikut solat sambil mata pandang ke arah belakang
2. pakat tak datang dan sanggup dok kat rumah tengok tv.

Jangan lupa, dalam bilik jenazah tu letakkan replika kubur dan batu nisan...

Monday, August 24, 2009

Birthday Boy...

Semalam ialah Harijadi aku yang ke 30an. Orang pertama yang wish aku ialah my ex-student, Sakinah. She will wish me every year without miss. Bagus budak ni; adik beradik 3 orang tapi sorang dah meninggal (adik lelaki) kerana demam panas. Balik dari tuition biologi, dia call aku.

My wife buat surprise, I thought dia dah lupa. Yahoo.. aku dapat dua helai baju Polo, mahai shiot. Aku ni malas betoi nak pakai baju mahal-mahal sebab aku ni clumsy sket. Kang ada minyak nasi lemak plak, kang ada dakwat pen dan ada itu dan ini. Mulalah orang umah bising, maklumle dia yang basuh dan beli baju tu. Nak harapkan aku beli baju, cis ckup malas. Ntahle, dalam banyak adik-beradik aku, sorang yang malas pakai baju cantik-cantik. Bukan ape, sen tadak. He... he ... he. Duit gaji habis bayar kat ALONG MELAYU @ Bank Rakyat. Mana taknya, umah ni aku renovate pakai duit depa pasai aku kena tipu hari tu. Keta yang bawa aku pi pejabat pun depa punya...

Anyaway, thanks dear. Baju kemeja tu abang nak pakai masa viva nanti kalau abang habis disertasi this semester. InsyaAllah walaupun ramai geng aku ajak extend...

Hari ni ada dua perkara yang buat aku sedih :

1. Pagi tadi on the way ke opis (bolan pose ni aku masuk pukul 8.00 am dan boleh balik pkul 5.00 pm); di Sinar FM tengah bincang pasal emosi anda dalam Ramadhan tahun ini. Ada satu caller tu call dengan girangnya bagitau yang for the first time after 11 years married, wife dia pregnant. Syok gila tu; aku tak boleh bayangkan kalau benda ini jadi kat aku. Dia 11 tahun dah call radio, kalau aku yang dah 16 tahun ni, mahu buat kenduri. Aku still remember my nazar untuk pose seminggu dan my wife suh pi masjid kalau dia pregnant; insyaAllah. Semoga bulan pose ni akan memberikan kami sesuatu yang terbaik.

2. Yang kedua, takde sorang pun daripada adik beradik aku yang wish padahal setiap kali depa punya birthday, aku siap hantar mesej. Takkan lupa kot maklumle dalam bulan pose. Rasa sayu campur nak marah. Dah le makan kat Mama Seafood Tomyam depan Klinik Dharan Rawang tak sedap lannggggsung (jangan pergi). Dah le masak tak sedap ada hati plak nak niaga. Muka dah le ketat masa layan orang. Minta telur dadar bagi telur mata yang goreng hangus. Minta keropok dia tak bagi tapi caj dalam bil. Siap sound plak kena bayar sebab dah minta. Mangkuk punya cashier; kira nak untung. Astaghfirullah, napa aku ngata orang ni...kan bulan pose. Kalu opis mate aku dengar tentu dia urut dada sambil cakap ana soim....

Itule, kcik ati kat adik beradik, ingat malam nak celebrate kat tempat bagus sebab teringin nak makan chicken chop, dah le rush ke Parkson kena tukar baju nak kena ambil saiz XL ( ntah napa baju baru hadiah tu mengecil masa aku buka wrapper dia tadi). Last-last orang umah kena tempias, sian dia. Tak pe malam ni aku akan masak sahur... sebab aku belum tido lagi sebab buat assignment...

Monday, August 17, 2009

Kelas Ethic


Tiba-tiba aku terbuka fail lama. Actually this is my class photo; taken right after we finished organizing a seminar. Class Ethics and Integrity in Administration; paper berhantu because very hard to pass with flying colors. Our lecturer, Assoc. Prof. Dr. Posh taught us this subject. She is brilliant and energetic woman. Pity to her, on that semester her beloved husband passed away. Masa tu dia kat Italy, presenting paper regarding Ethics. Anyway, kesedihannya tidak mengeffectkan our final paper. Best gak buat seminar, tempah makanan sendiri, rasmi sendiri, makan sendiri dan syok sendiri. And then puji sendiri sebab seminar berjalan dengan suksesnya.

Topik yang disentuh berkaitan guru yang dalam dilema nak hukum budak atau tidak, pasal UMNO dan APnyer, polis dengan integriti - tanpa rasuahnya, bincang pasal banglo Datuk Zek dan sebagainya. Kelas ni best because there is no right or wrong in discussing the case. Everything done due to the justification that the person assumed that it is right for him to do that. People always take Machivalian as the way they act if they feel that they can't get that things in the right way.

Sunday, August 16, 2009

Anak buah

Setakat hari ini, aku ada 7 orang anak buah bawah aku dan dua orang bawah orang umah.

1. Akak @ Dilla (14 years)
2. Abang @ Asyraf (12 years)
3. Adik @ Mira (11 years)
4. Akim (9 years)
5. Fakhrul (3 years)
6. Aziq ( 1.5 years)
7. Farhana ( 1year)

Belah orang umah :

1. Along @ Aqil (8 years)
2. Adik @ Aqim (6 years)




Yang baju jingga itu Along dan yang baju merah tu adik @ Aqim. Yang lain tu inter frame. Apapun, Aqim still the best kalu nak borak, cakap macm orang besor. Soalan-soalan dia suma tangkap maut punyer.



Farhana (paling kcik tapi asyik gelak) Orang tak agah pun dia gelak, mesti dia ingat orang semuanya badut kot...


Abang yang dah pandai melaram. Paling banyak kali masuk spital. Tangan dua belah dah out. Sah dah tak bleh jadi askar macam umi dan babah dier...




Ini Fakhrul. Dia punya ganas, tuhan je tau. Kalau tak; tak kan bapak dia nak bagi kat orang.


Akak dengan Aziq. Aziq belagak le, suma orang nak pegang dia. Aziq tengah kemaruk berjalan, dari pagi hingga ke petang macam toy yang dikunci dengan spring...



Semuanya ganas, naik runtuh umah mak aku dengan rumah mentua kalau depa berkumpul.
Nanti aku upload gambar lagi dua orang. Mana ntah?

Kolokium Bahasa Inggeris


Semalam selesai dua program perdana. Best jugak walaupun amat meletihkan apatah lagi kena uruskan dua program serentak yang sepatutnya melibatkan 450 orang guru but only 350 turned up. Why ??? Cikgu malas menuntut ilmu ke ? I will post my own perception regarding this issue. Benda yang paling menakutkan akhirnya terjadi... makanan tak cukup walaupun jumlah participants yang tak hadir ramai.

My hypothesis mudah sahaja :
1. Auditorium was so cold and the audience were very hungry.
2. The caterer cut the volume in order to increase their profit,
3. The participants (yang beratur awal) eat more than the allocation meaning to say patutnya ambil makanan satu senduk, depa ambil tiga senduk.

Sebagai urus setia, I cuba pujuk diaorang, katerer budget masa masak sorang ambil satu senduk. Bila time makan, yang awal ambil 3 senduk, lepas tu group ke dua ambil 2 senduk, next group ambil 1 senduk and orang yang suka makan lambat-lambat sebab malas beratur hanya akan dapat senduk.

Last-last katerer beritahu makanan tertinggal kat kantin tempat masak. Bila dibawa, nobody wants to eat sebab depa kata dah takde mood, hati dah terluka dan tidak mampu memujuk hati untuk makan walaupun makanan masih panas. Itulah dikatakan sentap.

Thursday, August 13, 2009

SELESAI...

Alhamdulillah, everything were well organized today. The ICTL course and two meetings that organized touched down as planned. Even though I've to rush from Regency in heavy rain, met with an accident between bus, lorry and car; heard a sad new (our neighbour) passed away ; Asri Rabbani who collapsed during rehersal or recording at RTM.

All tasks regarding our colloquium and seminar have been well preapared and waiting to be done. By the way, I would like to share with you my experience organizing course at Regency in my next post.

Wednesday, August 12, 2009

KURSUS PEMANTAPAN ICTL GURU TAHUN 1 -3

Jam menunjukkan pukul 10.50 malam. Para peserta semuanya dah lari masuk ke bilik. Geng lelaki ajak keluar ngeteh but I reluctant to go. I could not extend anymore, so tired because I woke up at 3.30 am, doing my assignment. Head ache and maybe my blood presure naik.

Mana tak, semalam di Regency, rasmi program, pagi tadi pukul 5.00 am rushed back to my home. Rasmi program Zoom A, petang siapkan surat, confirm tempahan seminar dan coloqium. 7.00 pm rushed ke Regency balik, ni tengah menaip.

Sok penutupan kursus and rushed back to office, ada meeting and visit auditorium. Friday meeting model CO, petang siap sedia program, and Saturday morning handle Mathematics Seminar and English Colloqium.

Bila aku nak buat dissertation ha..........

Saturday, August 8, 2009

Penat Lagi....

Fuh, whole day I slept because really damn tired coming back from Pulau Langkawi. Journey of experience. Best jugak naik Air Asia walaupun rasa naik macam naik bas tapi it was worth it compare with the price. Before this I always using MAS and check in at KLIA but check in at LCCT pun ok gak. Very efficient walaupun there were lot of tourists from Arab Saudi, Iran and Mesir. Agaknya kot sebab asyik cakap Arab.

Anyway, right after I learn how to upload videos that I have taken during that journey, nak pi tido lagi. He... he... hee...

Monday, August 3, 2009

Penat

Penat betol hari ni. Juz came back from my wife home town. Two days more going to Langkawi. I still can not solve transport to LCCT. On the same time, my uncle called my mom to inform that our grandpa is not feeling very well. Hope that Allah will give him the best of health. Insya Allah. Actually I did not know how old is he. Maybe around 90 years old.

Anyway, I will posting some pictures to tell about my activities at Kuala Kangsar. C u soon...