Wednesday, September 18, 2013

Appoinment abah....

Hari abah saya ader appointment kat sebuah poliklinik kerajaan. Sampai sahaja ke poliklinik tersebut, naik buntang bijik mata tengok ingat kita paling awal. Sekali tengok kereta bersusun kat tempat parkir sahaja sampai berlapis. Sehingga n3 ni ditulis jam menunjukkan pukul 11.15 pagi dan abah belum mlepasi zon check darah. Lepas ni nak tunggu result darah dan selepas tu barulah boleh jumpa doktor. Tak tau la bila dia boleh jumpa doktor. Mata dah ngantuk giler ni dengan udara dalam poliklinik yang anat berharap dengan kipas sahaja.

Sepatutnya klinik ni mempunyai 5 orang doktor barulah dr yang bertugas tak stress. Tu blum kira doctor on duty dah break ke belum. Ini dua bilik sahaja yang berfungsi. Kat luar ni radanya ada dalam 200 orang yang menunggu. Camner ler dr banyak yang mohon nak cabut lari. Air cond x berfungsi, patient dengan bermacam macam penyakit, mana nak dengar, mana nak fikir dan mana nak prescribe ubat.....apapun dah x der duit dan x mampu buat kat private hospital, maka mengadap ler situasi yang membosankan ini.

Friday, August 2, 2013

Raya datang lagi...

Raya datang lagi seperti tahun-tahun lepas.  Ramai yang telah mula bersalam-salaman dengan rakan-rakan sebab start hari ni mereka dah nak bergerak ke kampung halaman masing-masing.  Cam biasa, saya tak ambil cuti sebelum raya sebab orang rumah ajak balik raya kedua.  Ini adalah disebabkan selepas tu dia akan bercuti selama seminggu kat kampung.

Satu yang besh tentang balik raya kali ini ialah saya balik semula ke Kolompo sorang-sorang dengan menaiki bas Tranasional (betoi ker ejaan cam salah jer).  Sebenonye saya dah tak sabo nak naek bas....turun kat kat Pudu Raya (sangat nostalgic sebab dah lamer giler tak turun Pudu Raya) Last pi Pudu Raya zaman kat maktab dulu biler balik dari Ipoh dan kena turun kat Pudu Raya.

Adik bagitau, lepas turun di Pudu Raya kena pi belakang cari LRT. Lepas amek tiket ke KL Sentral dan sambung ngan komuter. Turun kat stesen komuter seterusnya, naik teksi ke rumah mak dan sampai kat umah nanti, minta adik pi hantar ke rumah saya. Mak ai, berapa banyak ler kenderaan yang akan digunakan....terujanya nak tunggu 13 Ogos 2013.

K, nak balik dulu....

p/s  Ari ni asyik senyum sorang-sorang sebab ramai puji saya hensem sebab pakai ketayap putih.  Ader member sound, buat pertama kali dalam hidup dia lihat muka saya berseri-seri seperti orang yang beriman....mak ai dahsyat punya statement....
Kalau pakai topi yang beli kat Vietnam tak hensem ker???

Thursday, August 1, 2013

6 hari lagi nak raya...



Ha….ha… Ketika berita ini ditulis, raya tinggal lagi enam hari untuk menjengah. Tak sangka cepat sangat masa berlalu sehingga tak perasan dah lebih 3 minggu kita berpuasa.  Nak tengok amalan, macam last year gak, tak bertambah cuma sesekali termalas nak pergi tarawikh sebab ngantuk sangat.  Kekadang pelik gak naper ler mater kalu lepas Maghrib jer dah melekat dua klopak mater.  
 
Kalau tak layan, perghh… maser solat Tarawikh pun bley lajak ke depan maser imam baca Fatihah.  Apatah lagi kalau dapat imam yang bacer surah panjang-panjang.  Memula, otak ligat berfikir itu dan ini, esok kat opis nak siapkan kerja aper, lepas solat nak pi makan kat maner, hujung minggu ni jadi tak nak beli baju raya AEON ler, PKNS ler dan entah maner-maner tempat boley appear maser tengah solat.  Biaser ler solat tak pernahnya nak kusyuk.  Orang kata maser bulan puasa semua setan dah kena ikat, maka …..rupa-rupanya kita yang setan….ha…ha…ha…

 
Ini makanan orang Vietnam, actuallynya kalu kat Malaysia; buat lempeng intinya taugeh dan carrot. RM 19.90


Apabila fikiran melayang-layang tetiba suara imam dah tak terdengar, badan rasa terhoyong hayang....badan tak bley dikawal dan kakipun terdorong ke depan. Amek kau...orang laen elok jer dalam satu saf awak sorang sahaja yang berada di hadapan. Itu pun naseb baek tak menyembam kat orang laen.  Teringat ari tu tengah elok jer awak baca tahiyat akhir, tetiba terasa ada orang lentok kat bahu ...baek punyer....rupanyer dia bley tertido kat bahu.  Tak sampai ati ler plak nak kejut dia bangun tido.  Dalam ati terfikir kalu awek gagah ler gak tapi diamkan jer.  Sambil-sambil doa ler gak  jangan sampai yang tido kloa air liur suda...ha3 kalau tak jenuh nak pi basuh.....Yang beshnyer....awak dah siap bagi salam ke kiri dia maseh lagi sdap tido....

Setelah berdehem...baru dia tersedar.....merah padam muka tapi demi mempertahankan maruah dia awak buat slamber jer....he...he...he....
Nasi Goreng Phataya kat Vietnam - RM 29.90. Tom Yam dia ....pergh sedap giler...


Naper entri kali ni papar gambar makanan ya?????

Tuesday, July 9, 2013

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan....

Ya Allah tak sangka malam ni saya diberi peluang untuk menulis semula. Sebenonye dah lamer nak mnulis tp x berkesempatan. Anyway untuk entri malam ni sy nak ucapkan selamat datang buat Ramadhan. Tak sangka cepat benor maser berlalu dan Ramadhan datang lg. Ada byk nak story, pasai pengalaman NPQEL, trip pi  Cambodia, trip pi Vietnam , kes sy kena tikam dari blkang, pak cik aku mninggal, saya jadi ketua merisik dan byk dan byk lagi nak citer.

Sebenornya nak bgtau satu benda, maser saya tulis entri ni kat luar masjid tunggu mam solt tarawikh. Saya solat gak tadi. Tempat kitorang 4 rakaat stop untuk tazkirah setengah jam. Nak jadi citer maser tazkirah nak habeh jari ni gatal pi kopek satu benda kat kaki. Raser cam tahi lalat kekdang tgk cam jerawat kkdang tgk mcm bulu roma togel. Tap... Terkopek!!!! Pergh....meleleh darah kloa sampai ke buku lali. Saya tahan bili angkat dari ttp meleleh. SlOa dah kener darah. Tak kondipen nak solat so pi basuh kat tempat wuduk tp kloa gak. Pi kat keter amek sapu tangan ikat baru dia nak stop. Suspen gak kalu darah x nak benti kang x sempat nak pose sok pagi, kenduri arwah kang org umah saya sok. Ituler citer naper saya di keter dan org umah di dalam masjid. Hajat hati td nak amek gambo masjid dah penuh tak tercapai....hu3

Saturday, March 23, 2013

On the way balik kg....

Buat maser ni aku on the way balik ke Kuala Kangsor. Org umah nak balik kampung sepanjang cuti ni nak jaga mak dia. Aku balik ari ni sok petang nak naik ketapi pkul 4:30 petang. Harap2 tak delay cam ari tu berbulu aku tunggu train kat stesen ketapi kuala kangsar. Dari pukul 4:30 delay sampai pkul 9.00 mlm. 

La ni tgh stop kat RTC Simpang Pulai. Ari ni letrik x der kat tempat makan so x jadi nak makan sgt. Bukan aper biler thh panas suasana tak kondisif langsung. Yang besh kat sini ialah tempat beli belah ader yg berair cond. tu yg aku sukerlepak. Tak berpeluh sht tspi masalahnyer byk yang masih  tutup. Orang umah aku dok sibuk beli aper ntah kat kedai Inggeris. Lantak ler sebab duit dia, aku no hal punyer. Tapi yg penting satgi nak singgah Taiping aku nak ketuk doa sebab dia aderbyk dit. Dia alan dapat tunggalan next week, laye giler. Takkan x bley belanja baju kot ha3....

Nanti aluupload gambo kat RTC sini. Tapi x leh pakai iphone aku sb naper ntah. 

Friday, March 8, 2013

Berakhirnya NPQEL Fasa 1

Pintu masuk ke asrama aku....sekali jer aku tido kat asrama ni....

Siapa sangka selepas 3 minggu aku turun-naik, turun-naik ke Genting Highland, tetiba semalam kursus kami bagi Fasa 1 telahpun berakhir. Yang pastinya aku sudah pandai merindui rakan-rakan yang mana masa minggu satu aku tidak begitu diterima oleh rakan-rakanku. Maybe sebab aku ni kan jenis lambat warm-up. No wonder ader member yang bagitau....hmmm....encik ni ok gak buat kawan. Tengok muker cam sombong jer. Tapi biler aku dah boleh adapt ngan diorang; aku akan jadi baek cam orang laen.

 
Pemandangan daripada balkoni bilik aku....
 
Kan kater wonder pets...apa yang penting bekerjasama. Jadi aku pun sukerler bekerjasama dgn diorang. Ader beberapa kakak (kakak la sangat ...memang ler aku tetap maintain nak muder....ha...ha...ha) yang asyik syis..syiss...syisss..... maser tengah belajo. Ader yang mintak tolong pasang LCD, betolkan lappy jorang, angkat barang ler kat foyer.....ader ler plak dia kater aku tak sombong walaupun datang dari PPD...pergh....orang PPD ni sombong2 atau berlagak ker???? Hmmm ni nak kena muhasabah sket ni.....
Favorite aku setiap pagi bihun goreng...budak kantin tu pun dah tau ...

Satu benda yang aku tak gemor dalam kelas ni ader tiga perkara :
1.  biler ader slot yang lecturer hentam orang PPD ...perghhhh panas telinga bro biler suma gelak2 ....lpas tu lecturer akan tanya apahal gelak....suma orang akan tunjuk kat arah aku....muler ler lecturer ngelabah minta mahap....
2. biler jorang suker panggey aku Encik PPD....kadang2 suker (aku aminkan sebab harap2 bley jadi PPD.....mak ai ni kalu bos aku bacer n3 mampus aku kena halau dari PPD ni). Kekadang cam tak besh ler plak sebab biler jorang panggey cenggitu cam tak mesra jer.
Tapi biler aku tanyer jorang kater x per sebab sajer nak hormatkan aku...hmmm suker ati ler....
3. biler jorang asyik nak tengok gambo anak aku dan nak tau yang sulong dah tingkatan berapa. Apa la diorang ni asyik nak tanyer soalan sensetif jer....
Tangga sihat yang benar-benar mencabor golongan 4 series untuk mendaki...

Tapi biler semalam salam nak balik, aku raser cam sedey plak. Tu yang aku tak suker biler dah baik ngan orang. Aku missed group aku Nazha (PK HEM yang dah 2 kali pi interview lecturer IAB), Seow (SU Sukan yang rajin bertanya dan akhirnya kloa gak present depan kelas), Lim (nyonya Melaka yang rajin beri pendapat), One (PK 1 yang suker terlelap dalam kelas - agaknyer sebab dia antara yang renjong dlm kelas) dan Mohidi (mat Sarawak yang kawen orang Johor yang mempunyai mater sepet ala2 ciner).
Lim dengan Seow tengah buat assignment ler kot...
 
Sehari meninggalkan kelas, ader banyak perbezaan mulai dirasai. Apa yang penting, lepas ni banyak kerja kursus yang nak kena setel.....(nanti aku ceritakan beberapa memori aku kat saner).
Kelas ini akan kosong sehingga kami datang kembali untuk Fasa 2

Thursday, February 28, 2013

Esok hari Sabtu...

Hari ni Jumaat. Cepat no maser berlalu. Diam tak diam dah dua minggu aku belajo kat IAB. Maser aku tgh taip ni aku kat dalam masjid kat Genting Highlands. Rasernyer namernya ialah Mashid Yayasan Noah. Smentara menunggu masuk waktu solat Jumaat, aku isi maser lapang dengan menaip n3 kali ini. Raser cam dah berabad tak mengentri.

Malam ni aku nak orang umah pi tesco nak beli kertas pendua nak buat assignment. Sok nak hantar viva ke perodua servis seban diaorang dsh buat prpblem kat keter aku. Lpss tu nak pergi maxis center btolkan broadband. Ptg spk mak jawapan Mi uang tanya passl prrtukaran. Tak baik org tettunggu- tunggu, kay nak solat dah.

Saturday, February 16, 2013

NPQEL

Hmmm sebenonye aku tgh teruja utk menantikan next monday sebab aku akan memulakan kuliah kat IAB. Actuallynyer aku terpilih untuk menghadiri program NPQEL kat Institut Aminuddin Baki Genting Highlands selama 6 bulan. This year cara baru isitu 3 minggu kat IAB lepas tu balik ppis buat pengajian cara on line.

Sok petang kena lapor diri kat asrama dan bermula ler episod kehidupan sebagai student. Beshnyer dapat sambung belajo balik. Tak sabo nak buat assignment dgn duduk amek exam. Pape pun tgk ler mon ni biler start kelas dgn new friends dan new lecturer. Satu je yg aku malas ialah aku ni jenis lambat warm up utk berkwn dgn orang hu3

Anyway aku akan story ngan korang citer aku kat IAB biler aku dah start kuliah ...
See yer....

Balik Kuale

Perghh.... Dah lama gak aku tak hapdet blog aku. Bukan malaz tapi keje sgt sampai kekadang nak tido pun tak sempat. Seb baek ler awal bulan Februari ni ader budak UUM buat latihan industri kat opis aku  jadi aku attached kan dier bawah aku. Bukan pasal aku nak suruh dia buat keje aku tapi dia belajo public admins so dah samer ler dgn bidang aku dulu maser buat diploma. By the way aku kena jaga bhg GRO kat opis ni jadi sswai ler kalu dia dok bawah aku.

Hmmm selain dier ade sorang budak sijil dari kolej Chedang praktikal kat opis aku. Next week budak USIM plak praktikal kat tempat aku. Bln 4 kang ader budak sains sukan plak. Yang dah mohon nak masuk praktikal dan aku dah bg green light ialah budak website PUO dan 3 orang budak UUM bhg International Studies akan buat praktikal. Anyway saper yang praktikal bwh aku memang perit sket sb aku kedekut markah .... Ha3 tapi kalu fulfill requirement mesti A+++ punyerler. Tak caya smlm budak UiTM ucap tk sb praktikal dia dpt  A. Sebenornyer markah supervisor x penting tapi yg penting ur willingness nak obtsin sebanyak maner experience kat ssbuah organisasi. 

Ehh sebenonyer aku bukan nak citer pasal praktikal. Nanti saya citer camner nak skor A dalam praktikal drpd pengalaman aku menyelia drpd guru pelatih hingga kpd bidang aku sekarang yang kena selia budak latihan industri. Sbenonye mlm ni aku nak citer aku balik kuale ziarah mak mentua. Mlm ni pi pekan sorang2 sebab nak cari baju kerja. Terbang hak 100 lebih beli baju casual . Baju kerja tak beli pun. Mentang2 tgh Gong Xi Fa Chai, suma baju warna merah. Dah raser cam pakai sarung angpau le plak. Lepas beli aku lepak kat gerbang pekan kuale. Cantek biler disinari spot light dan aku raser nak share ngan korang tapi tak reti nak upload pic dari hp aku ni. Biler nak upload dia suruh download aplikasi iphone ler plak. Tak per ler sok aku balik umah aku upload gambor tu. Sebenonyer kat umah mak mentua coverage Maxis langsung tak der perghhh raser cam duduk kat hulu sgt padahal 8 km jer dari pekan kuale. Ok chow dulu sebab dah dekat 453ml darsh aku diteguk dek nyamuk...

Saturday, February 2, 2013

TANYALAH USTAZ

INTI PATI TANYALAH USTAZ ZAHZAN :

1.  APABILA KITA DITIMPA MUSIBAH, BERBICARALAH DENGAN ALLAH DAN JANGAN TERLAMPAU SUKA BERBICARA DENGAN MANUSIA KERANA TERDAPAT DUA GOLONGAN MANUSIA YANG BERADA DI LUAR SANA :
1.1  YANG AKAN BERSIMPATI DENGAN MUSIBAH YANG KITA TERIMA
1.2  YANG AKAN BERGEMBIRA DENGAN MUSIBAH YANG KITA TERIMA DAN MEREKA BERPURA-PURA BERSIMPATI DENGAN KITA.

2.  APABILA KITA DITIMPA MUSIBAH, BERDOALAH KEPADA ALLAH DAN REDHO DENGAN APA YANG TELAH ALLAH BERIKAN. HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU KENAPA DIA MENURUNKAN MUSIBAH TERSEBUT. BERDOALAH AGAR MUSIBAH ITU SEBAGAI PENEBUS DOSA (SEBAGAI KAFARAH).

3.  MUNGKIN SELEPAS MUSIBAH TERSEBUT ALLAH AKAN MEMBERIKAN SESUATU YANG LEBIH BAIK DARIPADA YANG ADA SEKARANG.

4.  JANGAN SAMA SEKALI BERPUTUS ASA DAN BERPUTUS HARAP KEPADA RAHMAT ALLAH. JANGANLAH SAMA SEKALI BERSANGKA BURUK KEPADA APA YANG ALLAH TURUNKAN KEPADA KITA KERANA DIA TAHU APA YANG PALING TERBAIK KEPADA KITA.


5.  PERCAYALAH BAHAWA ALLAH TIDAK AKAN MEMPERKENANKAN SEMUA YANG KITA HARAPKAN SUPAYA KITA TIDAK MUDAH BERASA TAKBUR DAN EGO SEHINGGA MENYEBABKAN KITA AKAN LEBIH JAUH DARIPADA ALLAH.

Alamak Ustaz Zahzan, saya lupa doalah hari ni......

 

Monday, January 14, 2013

Al Fatihah - Kematian 2

Sebaik sahaja aku selesai solat jenazah isteri rakan ku di Sabak Bernam, tetiba aku terperasan ada banyak miscall yang masuk dalam henpon aku. Ini mesti abah ni. Apalah yang dier nak ni. Aku pun pi kat beranda masjid dan terus menghubungi abah.

"Naper bah...?"

" Aaaa...nak bagitau kat ko, Azhar dah tak der. Dia meninggal accident kat Putrajaya pagi tadi"

Terkejut aku dibuatnya. Majlis ziarah isteri kawan belum selesai tetiba dah dapat panggilan yang baru. Termenung aku sekejap sebab tak tau nak buat apanya. Lama-lama terfikir plak idea. Aku terus call boss maklumkan bahawa aku minta EL sebab aku ingat tak nak masuk ke opis sebab nak sambung lawat jenazah Azhar; jiran aku.

Peperiksaan Akhir Semester

Sekarang tengah berlangsung exam final semester di kebanyakan IPTA. Kepada semua students, aku ingin ucapkan selamat berjuang. Sesekali teringin gak nak amek exam cam dulu. Berhempas pulas study and then masukkan kat dewan. Maser aku study, dewan popular ialah Dewan Raja Muda Musa kat Seksyen 7. Teringat lagi kenangan dipanggil masuk subjek demi subjek. 

Ini di Menara UiTM maser aku konvo untuk degree.

Nak ikutkan banyak dewan yang aku dah masuk untuk exam. Paling cikai pernah kami gunakan untuk exam ialah dewan makan sebab masa tu student dah terlalu ramai dan dewan tak cukup. Dengan panas sebab kipas tak cukup dan bau makanan ...pergh...

Paling besh...cita2 nak terima skrol daripada Sultan Terengganu tercapai.

Anyway, member2 tak suker dok sebelah aku maser exam sebab aku suker mintak kertas...depa kater aku suker psiko jorang...pe la orang nak jawab pun dengki. Sebenarnya tulisan aku besor2 sebab tu la aku suker banyak menulis dan satu lagi aku kan cekgu BM  jadi aku ni part goreng sure hangus punyer ha2. Sebab tu walaupun carry marks tinggi giler (among top ranking dalam kelas) tapi biler final mesti truk. Lecturer cakap aku suker merapu he3. Normally, aku akan jadi orang paling akhir kloa dan stiap kali habeh mesti ader lecturer yang kenal aku akan sound....
Bukti penat lelah setelah berpuluh kali ambil final kat UiTM.

"Sudah ler cekgu...banyak tulis kang letih plak kami nak periksa...."

Ha....ha...ha....beshnyer apabila korang satu2 nyer cekgu dalam fakulti. Mesti orang akan jadi terkenal. Bayangkan ler aku ni kan alumni terlama kat fakulti aku.... 13 sem (Diploma), 8 sem (Degree) dan 5 sem (Master). Bayangkan fakulti tu dah 3 kali bertukar nama fakulti aku still kat saner. Seb baek ari tu fakulti pangey buat PhD kat saner aku tak pi, kalau tak ....ha...ha...ha...boley jadi dean kat saner...
Favourite ayat maser exam : Maser tinggal lagi 15 minit...

Oh ya...buat maser ni adik aku pun tengah amek exam final kat UiTM. This semester dia amek 5 papers. Sekarang ni tengah strugle maut kot sebab aku sms banyak kali kat dier tanyer perkembangan revision camner, langsung  tak berbalas. Perghh..panaz btol aku tunggu reply text tak balas2...agaknyer concentrate giler kot kat mind mapping sampai tak terdengar bunyi text masuk. Hmmm cam dia sorang je exam.  Risau gak kalau otak dier jam. Aku nak gak bantu esp bagian case study sebab suker sgt jwb bagian tu maser study dulu. Pergh....kununnya nak jadi part time tutor...tapi org tak nak pertolongan, aku pun simpan ler hasrat aku ni. Yg penting dia boley study dan amek exam dengan baek dah kira orait. Aku pun malaz nak kacau dier...
Hadiah kepada yang dapat flying colors maser exam.

Pe pe pun, aku doakan adik aku dan semua students UiTM esp BAS FSPPP dapat jawab exam dengan baik dan dapat grab dean list. Untuk adik aku, oleh kerana mail box ko maybe dah penuh.....abang cuma nak ingatkan betting untuk ko still berjalan cam biasa....lulus semua paper RM 50 dan jika reach 3.0; plus RM 50.  Ha2 

Lepas exam dapat pi bercuti mesti besh giler....
 

Thursday, January 10, 2013

Al Fatihah - Kematian 1

Pagi ni sebelum nak solat Subuh aku terima SMS memaklumkan isteri rakanku pulang ke rahmatullah. Baru smlm dapat cerita rakanku minta cuti panjang nak jaga isteri yg sakit kanser pagi ni dapat tau plak isteri dia mninggal. Hebat rakanku sebab tidak pernah bercerita tentang ksusahan diri dia. Dia redho dengan ketentuan Allah.

Masjid di mana tempat arwah disolatkan.
  Mulanya aku tak nak pergi sebab jauh beratus km dan aku takut boss tak kasi pergi. Tapi biler member ajak pi aku pun amek keputusan nak pi ziarah . Rasanya tak salah kalau kita pi mlawat sebab kita tak tau biler turn kiter nanti kang tak der orang plak nak ziarah. Jauh pun tak per ler sebab ader rakan buat bersembang.  So aku hantar text pader boss nak minta half day dan within 10 monitues dia cakap ok. So aku amek member kitaorang pi breakfast dulu and then speed ke sabak bernam. Naseb baek member aku ni orang Kuala Selangor so dia tau ler jalan short gut ke Sabak Bernam.

Masjid mulai dibanjiri oleh para jemaah yang datang ingin solat jenazah.

Sampai jer kat saner kami dimaklumkan bahawa jenazah dah nak bergerak ke masjid so kami diarahkan ke masjid sahaja. Awal gak mereka siapkan jenazah maybe nak kejar nak solat Jumaat. Hebat arwah ni kan, meninggal pagi Jumaat dan semua kerja dipermudahkan untuk dia berjumpa Khaliqnya. Mungkin arwah redho dgn penyakit yang Allah berikan kepadanya dan sebab itu Allah permudahkan segala urusan.

Yang aku takjub sangat apabila mulai pukul 10.30 pagi, orang ramai mulai membanjiri masjid. Macam dah nak solat Jumaat. Ya Allah ramainya orang yang hadir dari seluruh pelusuk daerah dan kampung. Oleh kerana suami arwah pernah bertugas di jabatan; ramai juga orang jabatan yang turun katanya. Hebat ya, agaknya apalah amalan arwah. Kalau nak kira, sekali imbas aku lihat ada 9 baris yang solatkan arwah. Dari kiri dan ke kanan, rapat. Agaknya 200 -300 orang yang solatkan dia.
Jemaah sedang menanti kehadiran jenazah.

Apa yang terharu, apabila van jenazah sampai, aku lihat sahabat aku turun dari dalam kereta jenazah. Dalam hati, aku ingin ucapkan takziah kepada beliau. Tapi apabila dia nampak aja aku; ayat pertama yang keluar daripada mulutnya ialah:

"Ya Allah, sahabat baikku dari jauh pun sanggup datang..."
Jemaah sedang memberi ucap takziah kepada rakanku.

Lidah aku kelu. Aku hanya dapat peluk dia  tanpa mengeluarkan sebarang perkatan. Tapi di dalam hatiku ini aku berdoa agar beliau diberi kekuatan untuk menerima ujian Allah dan semoga arwah isterinya ditempatkan tempat orang yang soleh. Amin ya Allah.

Air mengalir lesu seakan-akan mengerti kesidihan sahabatku....

 

Tuesday, January 8, 2013

Pertukaran Guru 1 Januari 2013 - Part 6



 Sekadar nak berkongsi dengan korang perkara di bawah...




Berita Harian bertarikh 12 November 2012 – PERMOHONAN BERTUKAR DITOLAK dan 14 November 2012 – GAGAL BERPINDAH SELEPAS 8 TAHUN MENGAJAR
02 January 2013
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Guru Dedikasi, Ipoh” dan “j-QAF Senior, Sarawak” dalam ruangan Forum akhbar Berita Harian bertarikh 12 November 2012Permohonan bertukar ditolak dan 14 November 2012 – Gagal berpindah selepas 8 tahun mengajar.
 Dasar pertukaran guru adalah seperti perkhidmatan lain iaitu berasaskan kepada keperluan perkhidmatan yang bersandarkan keperluan opsyen ataupun mata pelajaran yang diajar. Pengisian pertukaran juga melihat kepada kekosongan jawatan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) semasa di negeri yang dipohon.
 Selain itu, pemohon juga tertakluk kepada perjanjian semasa menerima tawaran jawatan tersebut. Bagi sekolah rendah, permohonan untuk masuk ke negeri yang tiada kekosongan jawatan dan opsyen tidak dapat diluluskan kerana emolumen (gaji) sesebuah negeri berasaskan kepada ABM yang diluluskan untuk negeri tersebut.
 KPM perlu menimbangkan kebajikan murid-murid mengatasi guru kerana kekurangan guru sesebuah negeri akan menjejaskan pelan tranformasi KPM dan pembangunan modal insan.
 Kedudukan guru sehingga 31 Oktober 2012, negeri-negeri berikut tidak dapat diluluskan kerana tiada kekosongan jawatan iaitu: 
  1. Perlis
  2. Kedah
  3. Pulau Pinang
  4. Perak
  5. Pahang
  6. Kelantan
  7. Terengganu
 KPM memberi pertimbangan sewajarnya dalam memberi kelulusan permohonan guru khususnya bagi kumpulan guru yang menghadapi masalah kesihatan kritikal seperti kanser dan sakit jantung.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Saturday, January 5, 2013

Program Hari Ahad Pertama 2013

Beshnyer kalu dapat pi joging kat sini...
 Pagi ni sepatutnya kami telah merancang nak pi berjoging kat Bukit Fraser sebab dah lamer tak pi saner. Ader orang pelik kerana aku sanggup meredah beratus km hanya utk berjoging. Sebenonye sesekali dapat berjoging kat saner besh giler. Joging sambil meredah kabus di tepi2 pokok bunga. 

Lensa kamera out sebab berkabus...perghhh....

Still tringat aku pernah tinggal satu hari kat Shahzan Inn, tengah mlm aku buka pintu bilik kat balkoni sambil menghirup kabus sambil berada di bawah gerimis hujan. Tak berbaju sambil pakai boxer.... He2 x dapat pi Korea, kat Fraser pun jadiler.... Seb baek x demam. 
Tempat aku akan berjoging sambil mendaki bukit...

Korang nampak tak kabus sedang bertiup????

One more thing, biler aku pi Fraser, aku nak pi makan nasi lemak kat sebuah gerai sambil minum tea tarik. Pergh aroma nasi yang dibungkus dengan daun pisang, perghh tak hengat. Yg aku tau, dah dua tiga kali pergi saner sebab nak mkn nasi lemak dier sampai tuan gerai dah tau perangai aku. Ader skali aku pi saner, tuan kedai bley plak bagi percuma satu nasi lemak.
Sedapnyer nasi lemak ni.....hmmm...masih terasa aromanyer...
 Tapi apa yang dirancang tak kesampaian sebab tetiba orang umah kensel nak pi Fraser. Hu hu hu frust giler aku dibuatnyer. Anyway aku tak kisah sangat sebab 'prrot aku tgah senak'. Jadi tak pergi tak kesah sgt sb aku bley ler ..... . 
Wakaf ni terletak di depan gerai tersebut.

Hmmm tetiba pagi tadi pukul 5.30 am orang umah sibuk kejut ajak pi solat Subuh kat masjid. Pergh aku sbenonye ader benda laen dah rancang dlm pala otak; tetiba dia ajak pi masjid. Palagi biler aku liat, pkul 5.40 am aku dah kena sekolah dengan orang umah .... He2

Papan kenyataan yang citer pasal beburung kat Fraser....

Sebenonye maser aku post entri ni,  kuliah Subuh sedang disampaikan oleh seorang pensyarah dari universiti maner ntah. Tajuk kuliah dia pagi ni ialah 'Kemelut di Mesir pada masa kini'. Dia tengah menerangkan tentang referendum Munsli Presiden Mesir. Dia citer ttg siksa yang presiden ini hadapi nak bangunkan semula negeri Mesir selepas era Hosni Mubarak; seperti menggubal undang2 syariah, ekonomi yang semakin merudum sehingga perlu meminjam daripada luar, rezab wang yang dah defisit dan kadar pengangguran yang semakin tinggi. Itu yang menyebabkan mereka asyik berdemonstrasi. Kadar jenayah pula yang semakin meningkat.

Bunga ni ntah aper namer dier....



 Lepas balik masjid ni aku ingat nak pi breakfast kat tepi jalan utama dan aku harap tuan punya kedai roti canai tak sibuk nak citer pasal anak dier jer. Lepas tu aku nak basuh kereta yang dah lamer mereka tak mandi. Sekarang dah tak ujan lagi jadi dah boley basuh keter. 

Naper kalu kita tanam kat umah dia tak mau jadi cenggini yer?????

Lepas tu sebelah petang ni aku ingat nak pi lawat member opis yang telah dibedah sebab sakit jantung dan nak ngeteh dengan adik aku sebab dia nak ajak aku bincang pasal next month ader orang nak merisik dier. Malam kang nak gosok baju  kerja sambil tengok AJL 2012. He2... Maka lengkap ler satu hari program aku ari ni.

Orang umah aku suka bunga ni.....
Persoalannyer, biler yer aku boley pi Bukit Fraser ni??????

On the way balik boley mandi kat sini....hmmmm