Monday, January 14, 2013

Al Fatihah - Kematian 2

Sebaik sahaja aku selesai solat jenazah isteri rakan ku di Sabak Bernam, tetiba aku terperasan ada banyak miscall yang masuk dalam henpon aku. Ini mesti abah ni. Apalah yang dier nak ni. Aku pun pi kat beranda masjid dan terus menghubungi abah.

"Naper bah...?"

" Aaaa...nak bagitau kat ko, Azhar dah tak der. Dia meninggal accident kat Putrajaya pagi tadi"

Terkejut aku dibuatnya. Majlis ziarah isteri kawan belum selesai tetiba dah dapat panggilan yang baru. Termenung aku sekejap sebab tak tau nak buat apanya. Lama-lama terfikir plak idea. Aku terus call boss maklumkan bahawa aku minta EL sebab aku ingat tak nak masuk ke opis sebab nak sambung lawat jenazah Azhar; jiran aku.

Peperiksaan Akhir Semester

Sekarang tengah berlangsung exam final semester di kebanyakan IPTA. Kepada semua students, aku ingin ucapkan selamat berjuang. Sesekali teringin gak nak amek exam cam dulu. Berhempas pulas study and then masukkan kat dewan. Maser aku study, dewan popular ialah Dewan Raja Muda Musa kat Seksyen 7. Teringat lagi kenangan dipanggil masuk subjek demi subjek. 

Ini di Menara UiTM maser aku konvo untuk degree.

Nak ikutkan banyak dewan yang aku dah masuk untuk exam. Paling cikai pernah kami gunakan untuk exam ialah dewan makan sebab masa tu student dah terlalu ramai dan dewan tak cukup. Dengan panas sebab kipas tak cukup dan bau makanan ...pergh...

Paling besh...cita2 nak terima skrol daripada Sultan Terengganu tercapai.

Anyway, member2 tak suker dok sebelah aku maser exam sebab aku suker mintak kertas...depa kater aku suker psiko jorang...pe la orang nak jawab pun dengki. Sebenarnya tulisan aku besor2 sebab tu la aku suker banyak menulis dan satu lagi aku kan cekgu BM  jadi aku ni part goreng sure hangus punyer ha2. Sebab tu walaupun carry marks tinggi giler (among top ranking dalam kelas) tapi biler final mesti truk. Lecturer cakap aku suker merapu he3. Normally, aku akan jadi orang paling akhir kloa dan stiap kali habeh mesti ader lecturer yang kenal aku akan sound....
Bukti penat lelah setelah berpuluh kali ambil final kat UiTM.

"Sudah ler cekgu...banyak tulis kang letih plak kami nak periksa...."

Ha....ha...ha....beshnyer apabila korang satu2 nyer cekgu dalam fakulti. Mesti orang akan jadi terkenal. Bayangkan ler aku ni kan alumni terlama kat fakulti aku.... 13 sem (Diploma), 8 sem (Degree) dan 5 sem (Master). Bayangkan fakulti tu dah 3 kali bertukar nama fakulti aku still kat saner. Seb baek ari tu fakulti pangey buat PhD kat saner aku tak pi, kalau tak ....ha...ha...ha...boley jadi dean kat saner...
Favourite ayat maser exam : Maser tinggal lagi 15 minit...

Oh ya...buat maser ni adik aku pun tengah amek exam final kat UiTM. This semester dia amek 5 papers. Sekarang ni tengah strugle maut kot sebab aku sms banyak kali kat dier tanyer perkembangan revision camner, langsung  tak berbalas. Perghh..panaz btol aku tunggu reply text tak balas2...agaknyer concentrate giler kot kat mind mapping sampai tak terdengar bunyi text masuk. Hmmm cam dia sorang je exam.  Risau gak kalau otak dier jam. Aku nak gak bantu esp bagian case study sebab suker sgt jwb bagian tu maser study dulu. Pergh....kununnya nak jadi part time tutor...tapi org tak nak pertolongan, aku pun simpan ler hasrat aku ni. Yg penting dia boley study dan amek exam dengan baek dah kira orait. Aku pun malaz nak kacau dier...
Hadiah kepada yang dapat flying colors maser exam.

Pe pe pun, aku doakan adik aku dan semua students UiTM esp BAS FSPPP dapat jawab exam dengan baik dan dapat grab dean list. Untuk adik aku, oleh kerana mail box ko maybe dah penuh.....abang cuma nak ingatkan betting untuk ko still berjalan cam biasa....lulus semua paper RM 50 dan jika reach 3.0; plus RM 50.  Ha2 

Lepas exam dapat pi bercuti mesti besh giler....
 

Thursday, January 10, 2013

Al Fatihah - Kematian 1

Pagi ni sebelum nak solat Subuh aku terima SMS memaklumkan isteri rakanku pulang ke rahmatullah. Baru smlm dapat cerita rakanku minta cuti panjang nak jaga isteri yg sakit kanser pagi ni dapat tau plak isteri dia mninggal. Hebat rakanku sebab tidak pernah bercerita tentang ksusahan diri dia. Dia redho dengan ketentuan Allah.

Masjid di mana tempat arwah disolatkan.
  Mulanya aku tak nak pergi sebab jauh beratus km dan aku takut boss tak kasi pergi. Tapi biler member ajak pi aku pun amek keputusan nak pi ziarah . Rasanya tak salah kalau kita pi mlawat sebab kita tak tau biler turn kiter nanti kang tak der orang plak nak ziarah. Jauh pun tak per ler sebab ader rakan buat bersembang.  So aku hantar text pader boss nak minta half day dan within 10 monitues dia cakap ok. So aku amek member kitaorang pi breakfast dulu and then speed ke sabak bernam. Naseb baek member aku ni orang Kuala Selangor so dia tau ler jalan short gut ke Sabak Bernam.

Masjid mulai dibanjiri oleh para jemaah yang datang ingin solat jenazah.

Sampai jer kat saner kami dimaklumkan bahawa jenazah dah nak bergerak ke masjid so kami diarahkan ke masjid sahaja. Awal gak mereka siapkan jenazah maybe nak kejar nak solat Jumaat. Hebat arwah ni kan, meninggal pagi Jumaat dan semua kerja dipermudahkan untuk dia berjumpa Khaliqnya. Mungkin arwah redho dgn penyakit yang Allah berikan kepadanya dan sebab itu Allah permudahkan segala urusan.

Yang aku takjub sangat apabila mulai pukul 10.30 pagi, orang ramai mulai membanjiri masjid. Macam dah nak solat Jumaat. Ya Allah ramainya orang yang hadir dari seluruh pelusuk daerah dan kampung. Oleh kerana suami arwah pernah bertugas di jabatan; ramai juga orang jabatan yang turun katanya. Hebat ya, agaknya apalah amalan arwah. Kalau nak kira, sekali imbas aku lihat ada 9 baris yang solatkan arwah. Dari kiri dan ke kanan, rapat. Agaknya 200 -300 orang yang solatkan dia.
Jemaah sedang menanti kehadiran jenazah.

Apa yang terharu, apabila van jenazah sampai, aku lihat sahabat aku turun dari dalam kereta jenazah. Dalam hati, aku ingin ucapkan takziah kepada beliau. Tapi apabila dia nampak aja aku; ayat pertama yang keluar daripada mulutnya ialah:

"Ya Allah, sahabat baikku dari jauh pun sanggup datang..."
Jemaah sedang memberi ucap takziah kepada rakanku.

Lidah aku kelu. Aku hanya dapat peluk dia  tanpa mengeluarkan sebarang perkatan. Tapi di dalam hatiku ini aku berdoa agar beliau diberi kekuatan untuk menerima ujian Allah dan semoga arwah isterinya ditempatkan tempat orang yang soleh. Amin ya Allah.

Air mengalir lesu seakan-akan mengerti kesidihan sahabatku....

 

Tuesday, January 8, 2013

Pertukaran Guru 1 Januari 2013 - Part 6



 Sekadar nak berkongsi dengan korang perkara di bawah...




Berita Harian bertarikh 12 November 2012 – PERMOHONAN BERTUKAR DITOLAK dan 14 November 2012 – GAGAL BERPINDAH SELEPAS 8 TAHUN MENGAJAR
02 January 2013
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Guru Dedikasi, Ipoh” dan “j-QAF Senior, Sarawak” dalam ruangan Forum akhbar Berita Harian bertarikh 12 November 2012Permohonan bertukar ditolak dan 14 November 2012 – Gagal berpindah selepas 8 tahun mengajar.
 Dasar pertukaran guru adalah seperti perkhidmatan lain iaitu berasaskan kepada keperluan perkhidmatan yang bersandarkan keperluan opsyen ataupun mata pelajaran yang diajar. Pengisian pertukaran juga melihat kepada kekosongan jawatan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) semasa di negeri yang dipohon.
 Selain itu, pemohon juga tertakluk kepada perjanjian semasa menerima tawaran jawatan tersebut. Bagi sekolah rendah, permohonan untuk masuk ke negeri yang tiada kekosongan jawatan dan opsyen tidak dapat diluluskan kerana emolumen (gaji) sesebuah negeri berasaskan kepada ABM yang diluluskan untuk negeri tersebut.
 KPM perlu menimbangkan kebajikan murid-murid mengatasi guru kerana kekurangan guru sesebuah negeri akan menjejaskan pelan tranformasi KPM dan pembangunan modal insan.
 Kedudukan guru sehingga 31 Oktober 2012, negeri-negeri berikut tidak dapat diluluskan kerana tiada kekosongan jawatan iaitu: 
  1. Perlis
  2. Kedah
  3. Pulau Pinang
  4. Perak
  5. Pahang
  6. Kelantan
  7. Terengganu
 KPM memberi pertimbangan sewajarnya dalam memberi kelulusan permohonan guru khususnya bagi kumpulan guru yang menghadapi masalah kesihatan kritikal seperti kanser dan sakit jantung.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Saturday, January 5, 2013

Program Hari Ahad Pertama 2013

Beshnyer kalu dapat pi joging kat sini...
 Pagi ni sepatutnya kami telah merancang nak pi berjoging kat Bukit Fraser sebab dah lamer tak pi saner. Ader orang pelik kerana aku sanggup meredah beratus km hanya utk berjoging. Sebenonye sesekali dapat berjoging kat saner besh giler. Joging sambil meredah kabus di tepi2 pokok bunga. 

Lensa kamera out sebab berkabus...perghhh....

Still tringat aku pernah tinggal satu hari kat Shahzan Inn, tengah mlm aku buka pintu bilik kat balkoni sambil menghirup kabus sambil berada di bawah gerimis hujan. Tak berbaju sambil pakai boxer.... He2 x dapat pi Korea, kat Fraser pun jadiler.... Seb baek x demam. 
Tempat aku akan berjoging sambil mendaki bukit...

Korang nampak tak kabus sedang bertiup????

One more thing, biler aku pi Fraser, aku nak pi makan nasi lemak kat sebuah gerai sambil minum tea tarik. Pergh aroma nasi yang dibungkus dengan daun pisang, perghh tak hengat. Yg aku tau, dah dua tiga kali pergi saner sebab nak mkn nasi lemak dier sampai tuan gerai dah tau perangai aku. Ader skali aku pi saner, tuan kedai bley plak bagi percuma satu nasi lemak.
Sedapnyer nasi lemak ni.....hmmm...masih terasa aromanyer...
 Tapi apa yang dirancang tak kesampaian sebab tetiba orang umah kensel nak pi Fraser. Hu hu hu frust giler aku dibuatnyer. Anyway aku tak kisah sangat sebab 'prrot aku tgah senak'. Jadi tak pergi tak kesah sgt sb aku bley ler ..... . 
Wakaf ni terletak di depan gerai tersebut.

Hmmm tetiba pagi tadi pukul 5.30 am orang umah sibuk kejut ajak pi solat Subuh kat masjid. Pergh aku sbenonye ader benda laen dah rancang dlm pala otak; tetiba dia ajak pi masjid. Palagi biler aku liat, pkul 5.40 am aku dah kena sekolah dengan orang umah .... He2

Papan kenyataan yang citer pasal beburung kat Fraser....

Sebenonye maser aku post entri ni,  kuliah Subuh sedang disampaikan oleh seorang pensyarah dari universiti maner ntah. Tajuk kuliah dia pagi ni ialah 'Kemelut di Mesir pada masa kini'. Dia tengah menerangkan tentang referendum Munsli Presiden Mesir. Dia citer ttg siksa yang presiden ini hadapi nak bangunkan semula negeri Mesir selepas era Hosni Mubarak; seperti menggubal undang2 syariah, ekonomi yang semakin merudum sehingga perlu meminjam daripada luar, rezab wang yang dah defisit dan kadar pengangguran yang semakin tinggi. Itu yang menyebabkan mereka asyik berdemonstrasi. Kadar jenayah pula yang semakin meningkat.

Bunga ni ntah aper namer dier....



 Lepas balik masjid ni aku ingat nak pi breakfast kat tepi jalan utama dan aku harap tuan punya kedai roti canai tak sibuk nak citer pasal anak dier jer. Lepas tu aku nak basuh kereta yang dah lamer mereka tak mandi. Sekarang dah tak ujan lagi jadi dah boley basuh keter. 

Naper kalu kita tanam kat umah dia tak mau jadi cenggini yer?????

Lepas tu sebelah petang ni aku ingat nak pi lawat member opis yang telah dibedah sebab sakit jantung dan nak ngeteh dengan adik aku sebab dia nak ajak aku bincang pasal next month ader orang nak merisik dier. Malam kang nak gosok baju  kerja sambil tengok AJL 2012. He2... Maka lengkap ler satu hari program aku ari ni.

Orang umah aku suka bunga ni.....
Persoalannyer, biler yer aku boley pi Bukit Fraser ni??????

On the way balik boley mandi kat sini....hmmmm

Thursday, January 3, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Gaya Stress Tahun 2012
Gaya Macho cam En. Aris tengah cari Iza yang nyorok belakang batu tepi pantai...
Dah dekat seminggu tak on line @ bukak blog sebab hujung tahun dgn awal tahun yang hectic giler khinzir padahal khinzir pun tak giler cam tu.... (perghh...kalu kcek2 dulu cakap Bab 1...sah dah kena minyak cak kapak kat mulut). Sekali aku bukak tetiba nampak ader sorang dah jadi member aku....maknanya dah ader 3 orang jadi member.....ahak2. Tengokler...member yang ke-50 aku akan post hadiah misteri....he2