Sunday, July 13, 2014

Ramadan Kareem

Ini air kat Vietnam, penting sangat kerana risaukan tahap kebersihan air paip mereka.

Diam-tak diam, hari ini dah masuk 15 Ramadan. Alhamdulillah, saya diberikan kesihatan yang baik bagi menjalani ibdah puasa pada bulan ini. Walaupun pada mulanya terdapat kerisauan kerana sejak bulan Februari saya mengidap sakit dalam perut.... agaknya gastrik kot. Nanti saya berkongsi dengan rakan-rakan pengalaman mengalami serta cuba mendapatkan rawatan sakit perut tersebut.  Alhamdulillah, doa setiap hari agar Allah permudahkan urusan berpuasa dengan menghilangkan sakit tersebut diperkenankan oleh Allah.


Bersyukurlah, kat Malaysia air mineral masih lagi dijual bawah RM2.00

Dalam bulan puasa ni, air adalah amat penting apatah lagi bulan pose kali ini, hanya dua kali sahaja hujan turun. Itu pun dapat tahu hasil pembenihan hujan. Orang kata ini disebabkan oleh El Nino. Entahlah. Kalu solat Tarawikh kat surau, nak tunggu selesai, air peluh meleleh kat paha, ketiak dah macam air terjun.  Pada yang tak suka minum air, anda kena minum gak sebab terbaca kat paper, kurang air akan menyebabkan batu karang senang terbentuk. Dan ada sekali tu tengok kat TV Al Hijrah, siri talk show yang pada waktu pagi; Dr yang ditemu ramah maklumkan  bahawa kita wajib minum banyak air. Penanda arasannya ialah, pastikan air kencing yang kuning bertukar menjadi jernih selepas kita berbuka puasa.

Nampak sedap kan... tapi sejak perut kena gastrik; tengok jer ler. Lagipun saya pun bukannya makan pedas.

Alhamdulillah, azam untuk mengurangkan ke bazar Ramadan masih terjaga. Setakat ni, baru tiga kali pergi. Sekali tu sebab nak menghayati suasana bazar di sebelah opis, sekali tu pergi sebab nak meraikan budak pelatih industri yang ayahnya berniaga di bazar dan sekali yang akhir tu sebab orang umah teringin nak makan murtabak. Dengar macam-macam cerita pasal bazar. Member seopis dua tiga hari berak-berak, adik pompuan sampai seminggu laki bini cirit birit dan member depan meja kat opis cerita, on the way balik singgah beli lauk kat bazar Ramadan, sampai umah buka plastik nak hidang, semuanya basi.  Ikutkan hati kata dia nak pusing balik nak tonyoh kat muka peniaga; tapi mikirkan nak pusing dekat 15 km, hmmmm tak yah ler kata dia. Tugas dia, whassap kat member nama kedai dan lokasi agar kawan- kawan tak terkena.


Tengok member baik saya makan, seb baik sudu tak boley makan.

Macam biasa, rutin berbuka. Minum susu omega dengan kurma 3 biji, terus solat Maghrib dulu. Lepas tu baru makan. Setakat ni, baru sekali kami makan nasi, itu pun masa pi umah mak. Layan gak nasi sebab mak hanya masak nasi. Kebiasaannya, kami makan kuih, mi atau cokokok ikan bilis. Start puasa ari tu berat badan 82.7 kg, setelah sekian lama tak menimbang. Berat giler, padan ler nak naik tangga dah tak larat.  Semalam timbang berat dah jadi 80.6 kg.  Ok gak. Tapi berat saya sebenarnya 78 kg jer.....hmmm banyak lagi nak kena kurangkan ni.

SEMOGA TAHUN NI DAPATLAH SAYA BERTEMU DENGAN MALAM LAILATULQADAR !!!