Saturday, January 14, 2012
Meja Staff laki vs Meja Staff Perempuan
Maser aku baring2 sambil berehat ketika bercuti sakit, aku pasang radio untuk mendengar radio Sinar. Kat radio tengah dengar DJ Kak Bek @ Hjh Abby Fana sedang berceloteh. Dia bawa isu, antara meja staff lelaki dengan meja staff perempuan, mana yang lebih bersih. Gelak jugak dengan bermacam2 komen. Ada yang cakap, atas meja pompuan ader alat solek, buah2an, makanan dan cermin. Kebanyakan pemanggil memaklumkan bahawa majoriti meja lelaki akan bersepah. Hmmm.....
Aku cukup tak berkenan dengan keputusan undian yang pada hemat aku sungguh tak kena langsung. Pergh... ko ingat orang lelaki ni pengotor sangat ke. Kat opis aku, terdapat meja yang bersih dan terdapat yang ....pergh.... langsung tak boley nak cakap. Punye ler sepah macam itulah hari terakhir buat kerja dan tak kan datang2 lagi....(pergh, aku ngumpat member, kalu depa tau mampus). Ada sesetengahnya cakap, meja yang penuh dan bersepah itu tandanya orang itu bekerja dan tidak makan gaji buta ....?????
Aku tertarik dengan pesanan bekas pensyarah aku, lecturer jemputan ( dia ex-GM sebuah syarikat Courier - kalau tak silap DHL) yang mengajar kami tentang social marketing. Ada satu malam, dia habehkan kuliah sepanjang malam itu untuk berbincang tentang "How manager manage himself? " Dalam perbincangan itu dia memaklumkan bahawa seorang manager yang hebat itu ialah di atas mejanya tidak sebarang barang yang menyemakkan mata. PC and sebatang pen are already enough katanya. PC nak buat kerja; pen untuk sign ataupun buat catatan.
1. Pada dia cukup mudah, stapler nak guna setiap masakah? Kalau tidak, masukkan dalam laci.
2. Nak guna pen hanya sebatang tetapi kenapa berbatang pen diletakkan dalam holder di atas meja.
Menyemakkan mata.
3. Kalau tak nak guna fail, semua simpan di atas rak.
Sebenarnya banyak lagi pesanan beliau. Nanti bila berkesempatan aku akan berkongsi dengan semua orang tetapi aku kena cari buku catatan. Apapun, yang kat atas tu ialah meja aku. Yang banyak ialah gadget pengangkutan awam dan buat pengetahuan semua, aku sekarang dah bertukar hobi daripada menyimpan mug kepada gadget kapal terbang. He3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment