Friday, October 28, 2011

AHLI BARU...?????

Minggu lepas, kami mendapat ahli baru. Adik aku baru sahaja mendapat anaknya yang ketiga. Aku dimaklumkan ahli baru ini (bukan dalam gambar di sebelah; tu gambar down load daripada internet) dilahirkan di Hospital Selayang secara cesaerean (maksudnya ikut tingkap). Baby lelaki ini ialah cucu kesembilan dalam keluarga kita orang. Aku dimaklumkan pun daripada sms yang dihantar oleh adik aku. Aku cuma balas tahniah. Itu sahaja... Difahamkan yang adik ipar aku ni dah discaj daripada hospital.

Pelik, daripada kesemua anak buah, aku boleh katakan aku tidak teruja sangat dengan kehadiran anak buah aku ni. Aku tak tau dengan abang dan adik-adik aku yang lain. Sehingga sekarang, aku masih tak pergi melawat anak buah aku yang baru. Aku gunakan alasan yang aku sangat sibuk. Entahle.... mungkin aku rasa malas nak pi melawat sebab aku sendiri pun tak de anak. Tapi anak buah aku sebelum ni aku pi melawat plak .... yang suung 4 orang dan adik aku no 4 dah ada 2 orang lelaki... si ajiq dan si apiy.

Tapi aku rasa aku ada sebab lain kenapa aku bersifat dingin kepada adik bongsu anak buah aku yang kat sebelah ni. Kalau nak ikutkan, tengok muka anak buah aku kat sebelah ini. Ayah kitaorang perasan yang kami buat derk sahaja. Dia sampai kloa statement, "Kalau korang tak suka kat diaorang pun, buat - buatlah melawat anak buah korang". Adik beradik aku semuanya menjadi senyap apabila statement itu release. Most probably my dad realized that nobody visit the new born baby.

Apapun, apa yang aku buat ni bukanlah kerana aku dengki sebab adik aku ada ramai anak tetapi hati ini terlalu sakit terhadap apa yang telah dilakukan terhadap ibu dan famili aku. Nantilah aku ceritakan kenapa aku sakit hati kat adik aku.


Wednesday, October 26, 2011

Statement Apartheid



Malam ni aku surf internet ...emmmm .... Facebook. Tengok mana tau ada yang add atau ada berita terbaru tentang rakan-rakan. Tiba2 ternampak gambar ni. Ntah saper punya tapi tengok cam besh sajer jadi aku ambik dan paste kat blog aku. Kepada tuan punya gambar ni, terima kasih atas lukisan anda yang macam nampak cantek tapi statement di bawah tu cukup menikam jiwa. Makan dalam dowh...

Ntahle, sejak dua menjak ni raser tak besh pergi ke opis. Maklumlah sebuk sangat pi mesyuarat merata tempat, sampai tak tau gossip terbaru di pejabat. Apabila dibagitau, mak ai .... statement yang bagi aku berunsur ala-ala apartheid telah tersebar. Ntah cam mana orang yang terpelajar boleh release statement. Apapun, kalau boleh aku tak mau berprasangka buruk tentang pereleasan (pergh word baru) statement yang telah melukakan hati-hati rakan sepejabat.

Mulai sekarang, semua staff sokongan tidak dibenarkan makan bersama dengan pegawai. Pergh.... statement apa ni. Statement yang ingin membezakan manusia dengan manusia. Apa sebenarnya yang ingin diutarakan, adakah staff sokongan tidak sama taraf dengan pegawai; pegawai mesti dipandang tinggi kerana mereka mempunyai ranking yang lebih. Kenapa perlu taraf yang perlu dipersoalkani tetapi bukan sikap pergi makan-makan. Ntah tak faham aku dibuatnya.

Bukankah lebih baik yang dipentingkan ialah sikap kakitangan (pegawai @ staff) yang makan yang terlalu lama. Tak salah nak makan dan bukannya pergi makan-makan. Apa bezanya makan di luar yang sekejap dengan melepak lama-lama di pantri. Bukankah manis jika semua kakitangan diperingatkan agar tidak keluar secara beramai-ramai, makan sambil berborak-borak, makan sambil baca paper, makan di luar radius yang dibenarkan dan digalakkan makan di pantri pejabat. Beli makanan di luar atau makan sebelum waktu pejabat daripada mengeluarkan statement yang boleh menjarakkan sikap setiakawan serta kejelekitan antara kakitangan. Bukankah setiap orang di pejabat ini mempunyai hak serta kepentingan masing-masing.

Pernahkah kita mendenggar cerita bagaimana pada suatu hari berlakulah satu persidangan tubuh badan manusia. Semua orang merasakan diri hebat, mata kata tanpanya, manusia tidak boleh melihat keindahan. Otak kata tanpa dia manusia akan menjadi bodoh. Jantung mengatakan tanpa dia, manusia tidak akan mendapat oksigen yang cukup dalam tubuh badan. Tangan dengan ego berkata tanpa dia, manusia tidak boleh mengambil apa-apa. Telinga mencelah dengan mengatakan dia juga penting kerana dengan kewujudannya, manusia boleh mendengar lagu dan suara.

Dalam persidangan tersebut, semua yang berada di bahagian atas pinggang berasakan diri mereka begitu amat berharga dan mempunyai taraf yang tinggi daripada yang lain. Mereka terus mengambil ketetapan untuk tidak berkawan dengan dubur kerana taraf yang rendah dan tidak mempunyai kelas sama sekali. Hanya tempat untuk mengeluarkan najis.

Emmm...... dubur hanya tersenyum apabila mendengar kata-kata sombong daripada anggota tubuh badan yang lain serta redho dengan penghinaan yang diterima olehnya. Esoknya, dubur mula berhenti bekerja demi untuk menunjukkan betapa bahawa dia ialah bahagian yang paling hina dan tiada harga diri langsung. Dia pasrah dengan kata-kata nista yang diterima....

Cuba lihat jika tangan pun malas nak pegang steering
kereta semasa memandu balik ke Kuala Kangsar....

Keesokannya.... lusanya .... dan tulat..... dubur duduk dengan senang hati. Tak bekerja dia sudah tiga hari. Tuan punya badan sudah jadi libang libu.... mau taknya....tiga hari tak berak. Baring ke kiri tak boleh, baring ke kanan tak selesa; seperti ada yang menyengkang kat dalam perut. Dubur masih lagi relex. Perut semakin sakit, kepala menjadi pening, mata menjadi kuyu, mulut dah malas nak makan dan bercakap serta tangan dah malas nak menyuap. Perut semakin senak dan terpaksalah pukul 3 am menghantar sms kepada pak cik untuk tolong menghantar minyak angin. Perut telah dilumur minyak panas, air tin dah bertin minum (ubat gastrik hospital ada tapi tak nak makan), namun dubur masih relex.

Tolonglah dubur.... tolonglag bekerja seperti biasa. Kami dah tak sanggup lagi menderita tak boleh nak oook. Senak lain macam dan usus sudah terasa sendat. Mencangkung sudah, duduk pun sudah namun tuan punya badan masih gagal untuk oook. Dubur masih gak relex. Dubur ... maafkan kami. Kami menyesal kerana telah melukakan hati kamu. Barulah kami tahu walaupun kamu hanya tempat untuk membuang najis dan #$%^*, namun kamu mempunyai banyak sumbangan kepada rakan-rakan yan lain. Dubur tidak menjawab tapi hanya tersenyum. Baiklah, kita berdamai; lalu dubur mencetuskan idea kepada otak untuk menyuruh kaki menghala ke arah kain pelikat. Tangan mengambil kain pelikat lalu memakainya. Tuan punya badan pun menjerut perutnya dengan ikatan yang paling kuat dengan menggunakan kain pelikat.

Dan akhir sekali, dubur pun mulai bekerja dengan memberikan rasa untuk mengoook dan selamatlah segala isi perut keluar setelah tersimpan beberapa hari sehingga menyebabkan tuan punya badan begitu lapar dan berjaya menghabiskan dua bungkus nasi lemak dan kuih muih. Berdasarkan cerita ini, sudah pasti pengajaran yang boleh diambil ialah jangan memandang hina pada sesiapa juga di dalam organisasi kita...

Tuesday, October 25, 2011

BENGONG...BILA TAK SABO!!!!!


Hari ini, aku diarahkan menghadiri mesyuarat di jabatan. Semuanya berkaitan persediaan akhir tahun 2011 dan persediaan awal tahun persekolahan 2012. Sambil tu, terdapat gak mesyuarat bagi meraikan mereka yang telah, sedang dan akan bersara sepanjang tahun 2011 ni. Tengah mesyuarat, hujan turun dengan maha lebat dan tetiba atas lap topku terdapat titisan air hujan. Pergh.... bocor bilik mesyuarat ni. Siaannya, asyik betulkan sekolah shingga bilik mesyuarat sendiri bocor tidak terbela.

Akhirnya apabila hujan reda, maka berlari-lari kancillah aku menuju ke kreta Viva aku yang setia menanti dalam kebasahan. Jam menunjukkan pukul 2.15pm. Perut punya lah berkeroncong bukan lagi irama indie, bahkan dah ikut irama Kitaro. Lapo giler tu dowh .... Jadi amek keputusan, kang lalu ikut PLUS (kali ni x nak ikut Guthrie), singgah kat Mc Donald sambil isi minyak kat Petronas lepas tu pi solat Zuhur kat R n R Sungai Buluh sambil cari sloa kat Al Ikhsan. Pergh .... rancangan jahat punye ler banyak....tersusun rapi. Call org umah, tanya nak Mc D tak???? X NAKKKKK ..... kata dier sebab MC D tolong orang Israel. (Pergh..... insaf sejak dua menjak dia panggil wakil orang Palestin bagi ceramah kat sekolah dia.) Ok....jimat duit aku!!!!!

Dengan selamba, aku memutarkan steering mengarah ke PLUS. OMG..... kloa je dari TOL, kereta dah tak bergerak.Pergh....menyesal ikut jalan ni. Menganga kat dalam Viva yang tak bergerak dengan prot yang dah bertukar irama kepada irama rock. Pergh..... keputusan drastik perlu dibuat..... tukar haluan, pusing ke Shah Alam balik ikut Bukit Raja. Emmmm..... palagi, bagi isyarat terus kloa barisan.

Dengan senyum berlagak dan takburnya, aku melintasi beberapa buah kereta sambil melemparkan
senyuman. Sebaik sahaja aku menaiki jejambat menghala ke Klang, barulah aku perasan bahawa "jam" tu hanya melibatkan 0.5 km sahaja. Ada masalah kat selekoh, slepas tu jalan clear seclearnya. Mak datuk.... saper lah ajar pi kloa dengan takburnya menuju ke Klang...... Arghhhhhh!!!!!

Apa nak buat, terpaksalah menuju ke Klang. Emmmmm.... sebaik shj melepasi simpang ke Setia Alam, tetiba jalan "jam". Kreta terhenggut2. Alamak, "jam" la plak. Amekaw, nak lepas kat sana, dapat "jam" yang baru. Hu.... hu..... hu..... tak de kerja cari kerja. Burger Mc D semakin mencair daripada minda. Selepas terhenggut2, lepas gak Tol Bukit Raja. Yahoo!!!!

Kita merancang, Allah juga merancang. Masuk je Shah Alam, tersengguk2 plak kat pintu masuk UiTM Shah Alam orang balik dari konvokesyen sidang pagi. ARGHHHH......" JAM" LAGI! PERUT AKU LAPO!!!! Sabo.... Sabo ..... Sabo...... Akhirnya berjaya keluar daripada Shah Alam pukul 3.00 pm. Benti kat R n R Elmina, solat Zuhur dan kendian makan 2 ktol Pau dengan Milo Tarik dgn Aimineral. Pergh..... hilang saket prot.

At last sampai kat umah pukul 4,45 petang. Kensel cadangan nak pi Shahzan Inn Bukit Fraser untuk bermalam sempena cuti Deepavali. Agaknya Allah buat semua ni sebab aku nak cabut awal ke Bukit Fraser kot???? Tapi nasib baek tak bayo lagi....

Jadi pengajaran yang dapat diamek pada kali ini, kalu nampak "jam", kena banyak bersabo. Orang yang x bersabo akan jadi seperti Lebai Malang. Last2 burger entah ke mana, minyak habeh banyak, jalan makin jauh dan..... jumpa banyak lagi "JAM". Hampeh.....


Sunday, October 23, 2011

RETRO... Siri 1

He..... he.... he.... Semalam aku balik ke rumah di Sungai Choh untuk menyelongkar gambar2 lama aku. Siapa sangka jumpa banyak gambar yang aku nak kongsi ngan sesaper yang bacer blog aku ni.

Ini gambar aku maser aku baru dilahirkan. Masa ni mak aku tengah pantang. Pergh comey giler tu. Selama ni aku hengat ni gambo abang aku yang sulung. Gambar ni kena crop dulu sebab mak aku tak pakai tudung, kang satu dunia tengok aurat dia. Mak aku kata aku lahir yang paling berat dalam kesemua adik beradik.... 7.5 lb. Entahler...kalu ikut kg sekarang ntah berapa. Patut ler aku skrang maintain 75 - 79 kg. Nak ikut berat lb (pounds) kot. Emmmm.... naperlah mak tak bagi gambor ni maser aku kecik dulu. Maser aku kcik semua orang kater aku anak apek sebab aku sepet dan putih (pergh...) macam anak Cina. Ada kawan abang aku kata aku dijumpai di tong sampah .... pergh jorang langsung tak nak kawan ngan aku. Aku pun nangis kuat2. (Maser dulu pun dah tau buang anak kat tong sampah ker???) Tapi sakit ati sb kna kater aku anak angkat, anak Cina masih trase sampai skrg ma...Kalau lah mak bagi gambar ni kat aku dulu, sure aku ada bahan bukti untuk menangkis semua tuduhan tu. Kalu korang nak tau, aku lahir kat Spital Taipin, Perak. Tapi pasal ape mulut aku nganga dalam gambar tu....nampak sgt daripada kcik dah muler nak praktis bercakap....Tlinga maintain besor dan tanda2 botak dah klihatan sejak kecil.

Menurut kata mak aku, ayah sayang kat aku maser kecik2 dulu sebab maser aku dalam kandungan, aku slalu buat hal. Nak dijadikan cerita, maser aku 8 bulan dlm kandungan; aku buat hal. Mak aku rasa dah nak bersalin jadi dia requested kat boss ayah aku panggil ayah aku balik. Dia masuk hutan kat Grik maser tu. Nak tak nak, dia kena balik dan tempat dia digantikan oleh Sarjan Hassan Basri. Dia sampai je umah, mak aku tak jadi nak bersalin dan yang sedihnya, semua platun ayah aku termasuk Sgt Hassan Basri yang ganti ayah aku kena ambushed dgn komunis dan semuanya terkorban. Kata mak, aku anak yang baik sebab ada instinct yang ayahnya dalam bahaya dan buat2 nak bersalin awal. Kalau tidak, dah tentu kami dah lama tak de ayah.
Ini gambar aku maser aku 1 tahun. Seorang anak askar akan dipaksa meniarap macam askar gak.Tapi korang perasan tak telinga aku agak besar. Dulu maser kat sekolah, cikgu cakap telinga besar tanda budak pandai, dengar kata dan mudah tangkap pelajaran. Mana taknya, bila cikgu cakap kat depan,semua ajaran cikgu akan dilantun masuk daripada cuping ke dalam gegendang dan ditafsir ke dalam otak. Pada masa ni aku diarahkan memakai lampin kain bagi mengelakkan kencin bertabur di atas meja tukang gambar sebab maser tu mana ada pampers. Anyway ... aku comey gak maser kecik dowh.....



Gambor ni aku raser diambil oleh pak cik aku yang kerja kat TNB. Dia giler kamera maser tu. Kalau tak salah maser raya, ayah aku kat hutan dan pak cik aku beraya kat Andre Line, Taiping. Taman Andre Line ni kat penjara Taipin dan 2 - 3 km dari pekan. Tengokle style zaman dulu bergambo, mesti ada pokok bunga di tengah. Abang aku yang gelak sangat tu ntah pasal aper. Aku maintain steady ala2 model filem sex sebab sloa sbelah kiri dah tersingkap. He3...


Ini gambo aku nagn abang aku, ngan aweks aku dan dgan ntah saper yang aku tak ingat sebab maser ni umur aku 3 tahun. (Perasan tak perut aku boncit, ntah2 ader cacing kot???) Dah ler patern baju macam kek coklat.... pergh lapor plak tengok baju aku. Berdasarkan cara pakaian kami, sejak dulu sudah terdapat pergaulan bebas tanpa disedari tetapi maser tu iman masih maintain walaupun aweks memakai sloa pendek. Apa yang aku ingat tentang rumah / taman ni ialah :

1. setiap mlm ada mamak naik kereta sorong jual mi mamak yang dimasak dengan tungku arang.
2. aku akan menangis macam nak kloa anak tekak kalu mak tak amek kat dalam kelambu bila bangun tido waktu pagi.
3. aku suka ook kat longkang blakang umah dan satu hari sekor ayam telah mematuk #$%^& aku dengan skuat hatinya maser aku ook kerana dia ingat yang berjuntai kat depan tu ialah cacing. Emmm.... nasib baik selamat sampai skarang. Bengong punya ayam...
4. setiap petang mak aku akan pi belajo menjahit baju tapi shingga skrg dia hanya berjaya buat satu je Baju Melayu aku yang senget bhg hadapan.
5. bila ayah pi hutan, mak mesti masak bihun dan bihun dan bihun dan bihun. Nak mudahkan kerja dia menyuap, dia akan terbalikkan kerusi rotan kat depan rumah. Aku ngan abang aku anggap krusi tu macam kereta kuda. Jadi kami kena dok dalam keter kuda dan senang mak nak suap. (Patut ler sampai sekarang aku gemor no makan behon)...
6. di taman ni aku hampir mati. Aku ikut abang aku pi maen longkang lepas hujan. Aku terglincir dalam longkang dan dibawa air deras. Aku dapat capai tepi longkang tapi badan masih dalam longkang. Korang bayang, abang aku bley gelak tengok aku dalam longkang. Pergh....busuk hati punya abang, bukan nak selamatkan aku, dia sajer nak tengok aku mati lemas. Ala....dia jealous tgk aku hensem daripada dia ler tu. Sebab tu aku sgt takut biler tgk air ...trauma (He3 standard ler trauma sejak kejadian tu .... tapi ada orang trauma apa ntah ... naek cable car pun takut)..


Ni gambor aku ngan abang aku kat Taman Tasik Taipin. Kan aku dah cakap, abang aku tak suka aku, dia sajer nak cuba bunuh aku.... adik punya ler nak selamatkan diri, dia boleh henjut buaian tu kuat2. Aku ni dah ler penakut. Lihatlah vandalism telah berlaku sejak zaman dahulu lagi. Sikap tidak menghargai hak orang awam tergambar di muka abang aku Ha2.....dia dulu belagak, tak nak maen ngan aku... amek kau aku kutuk ko dalam blog aku...

Ini gambor maser aku pi beraya. Kalau tak salah kawan ayah yang amek gambor ni. Baju raya ni warna pink. Maser ni tadika, aku kelihatan mulai sepet dan tak de saper nak maen baling selipar ngan maen getah ngan aku. Pergh... salahkah aku berwajah Cina maser kecik ....hu3. Dulu maser kecik, orang slalu tanya naper muka aku tak samer ngan adik beradik laen, aku tak pandai jawab tapi aku bantai nangis. Yang aku ingat, ayah slalu jawab bila kawan dia tanya, pandai bancuh ... aku pun tak paham maksud dia cakap macam tu (maser tu la, skrg baru paham). Sekarang bila besar, orang tanya....naper dalam semua adik beradik ko sorang je takde @ dalam nama ayah ko ...... Ntah ?????







Antara Customer & Neighbour...


Malam ini aku geram sebenarnya... Entahle....Kekadang tak paham naper orang boleh berjanji dan tak mudah nak menepati janjinya...

Citernye cukup mudah. Petang tadi aku tergerak nak menelefon sorang Pak Haji yang pandai mengurut. Hati memang berhajat nak mengurut dah lamer sebab sejak dua tiga menjak ni penyakit lamer datang balik. Stiap kali menaip, kalu lamer jer, bahagian belakang ba
hagian kanan akan berasa tersangatlah pijarnya. Kalau kater tukang urut kat Kuala Kangsar, kalu cengitu, ada urat belikat yang tersimpul. Jadi... aku pun menelefon lah Pak Aji tu untuk membuat appointment; Dengan kondipennya, dia mintak aku datang lepas Isya'. Set.... malam ni bley kloa sebab nak pi cari Ah Chin nak bayo utang dia. Siapa Ah Chin .... next post aku citer pasal dier...

Lepas Isya', aku pecut ke rumah tempat dia membuka pusat urutnya (selang 9 buah rumah). Sambil lalu depan umah dia, aku ternampak Pak Aji tu tengah bersembang dengan jirannya (agaknya sebab sambil berdiri kat pagar rumah). Setibanya di rumah tempat dia mengurut orang, aku call dengan harapan dia benti bersembang. Dia cakap tunggu kat situ, nanti dia datang. Aku pun menunggu dengan penuh kesabaran dan kelaparan (sebab x makan lagi - orang kata nak mengurut x bley makan; nanti saket prut). Dari 8.30 pm ke 8.50 pm; Pak Aji masih belum datang. Start enjin, pusing; lalu depan umah dia. Pak Aji maseh sembang ngan jirannya.

Stop balik kat "rumah urut" dia dan call. Emmm.... kejap ya... saya baru balik dan ada kerja hal, kejap lagi saya datang. Pergh ....BARU BALIK?????

9.15 pm .... aku pusing sekali lagi dan klihatan Pak Aji tengah bersembang dan bersembang dan bersembang dangan "JIRANNYA". Aku call dan dia jawab dengan selamba, ok jap lagi saya sampai.

9.30 pm ... aku amek keputusan pusing kat taman tu dan lalu kat depan umah dia sebanyak 5 kali. He is still chatting with his neighbour..... PERGH!!!! Ini sudah lebih....

Hello Pak Aji .... Pak Aji kat maner....
Saya baru shj habis buat kerja, saya datang sekarang (dan daripada hujung talian telefon aku dengar suara dia minta diri daripada jirannya)
Ok, saya datang ni....(sambil terdengar suara dia berjalan)

Emmmm.... Pak Aji, minta maaf le, saya dah nak balik. Saya dah lama tunggu ...
Eh ya ke, saya minta maaf. Malam ni pulak ada kerja (tuttt) - aku tutup telefon sb x nak dia tanggung dosa menipu aku ) - emmm buat kerja kunun, baru balik kunun padahal tangkap borak ngan jiran .......

Cubaan Menulis...















Bangunan KLCC dari jendela bilik hotel aku..



Last week kita orang diminta untuk menghadiri satu mesyuarat yang diadakan di Regency Hotel Kuala Lumpur. Sebenarnya aku yang jadi urus setia jadi akulah tauke kepada mesyuarat tersebut. Ala mesyuarat untuk Kajian Semula Perancangan Strategik 2011 - 2013 dan Perancangan Takwim 2012. Masa aku tengah melayan kerja2 keurusetiaan di belakang bilik mesyuarat; tetiba aku ternampak satu kertas. Rupanya sipenulis sedang cuba menulis untuk dijadikan travelog hidupnya.


Anyway, aku dah janji nak upload dalam blog aku, jadi akupun terpaksalah tunaikan janji tsb :

Nota itu didapati berhampiran ceklat ini..

16-10-11

2106 - Tuan PPD tengah berucap lagi.

2107 - Lebih kurang pukul 2045 tadi Tuan PPD masuk ke bilik Platinum untuk perjumpaan dengan staff PPD & sedikit ucapan kepada staff juga, setelah tuan PPD masuk ke bilik Platinum beliau telah memberi salam . Maka jawablah semua staff dengan panggilan salam tersebut... Sambil itu beliau juga telah berjabat tangan dengan staff lelaki ... hee akan tetapi tersebutlah kisah seorang hamba Allah yang praktikal ni sibuk menderma jogaton & menulis nama serta tandatangannya di atas kad jogaton tersebut (fuhh leka betol). akan tetapi setelah disapa oleh Tuan PPD maka tersedarlah dia dari lamunan jogaton itu heee ... tersenyumlah staff yang terlihat perkara tersebut he2 ha2 hi2 hek5 ha5...


Kesimpulannya jangan kita berani abaikan majikan (bos) atau kelak buruk padahnya heeeeeee .....

Begitulah bunyinya catatan sipenulis yang sedang mula belajar untuk menulis. Daripada gaya penulisan, kelihatan ada unsur2 pendidikan agama kerana gaya penulisan mengikut ala2 kitab2 tua. Mungkinkah si penulis ini pernah bersekolah di sekolah agama.





Inilah penulis yang telah membuat catatan tersebut...


Thursday, October 6, 2011

Petang ni ...



(Sedang termenung memikirkan apa yang akan dibentangkan oleh PM kita petang nanti. Harap2 yang paling besh untuk warga sekolah terutama penambahan jawatan serta peruntukan untuk latihan kepada semua guru)


Tak sabar nak tunggu pembentangan budget petang ni. Apalah yang dimaksudkan Belanjawan Bersifat Transformasi. Belanjawan Mesra Rakyat; Belanjawan Pilihanraya dan Belanjawan Menawan Hati Rakyat Bawahan.

Tapi besh sangat apabila lihat segmen kat Malaysia Hari Ini kat TV3 pagi tadi bagaimana Parlimen bekerja malam tadi. Bagaimana mereka masukkan laporan Belanjawan 2012 yang bersifat EMBARGO mulai pukul 10 malam tadi. Baru tau gak yang pagi ni Parlimen ditutup dan polis akan buat spot check pagi ni. Emmm... tabik btol tengok cara mereka bekerja terutama Setiausaha Parlimen Malaysia (nama dia lupa plak nak catat) tabik btol kat dia.

Sejak kebelakangan ini, pelbagai spekulasi telah dibuat oleh Menteri Kewangan Jalanan (meminjam perkataan member aku Burn). Menteri Kewangan yang melantik diri sendiri... he...he...he....

Antara spekulasi yang letih aku dengar ialah :

1. umur pesara penjawat awam dinaikkan kepada 60 tahun.
2. gaji minima dinaikkan kepada 40%.
3. gaji penjawat awam telah diselaras dan dinaikkan kepada 40%
4. kerajaan hanya setuju menaikkan pelarasan gaji penjawat awam 10% sahaja kerana kerajaan tiada duit.
5, gaji guru diselaras kepada satu aras sahaja berbanding dengan sekarang (1 aras sahaja) - pergh .... yang ini aku paling suka sebab kalau jadi, aku punya gaji tidaklah melanggar dinding.
6. COLA ditarik balik kerana gaji telah dinaikkan.
7. elaun khas akan diberikan kepada semua pemegang Master dan PhD sebagai tanda kerajaan menghargai mereka yang menyambung belajar.
8. tax untuk rokok naik lagi (ini sangat bagus!)

Apapun, kita tengoklah mana satu yang kena petang ini ....

BALIK SELANGOR

Ok, hari ni dah boleh tinggalkan hotel ini setelah
4
hari bersidai kat sini. Letih gak duduk kat sini dengan stress membaca alasan guru-guru yang nak berpindah. Macam-macam alasan dan macam-macam ugutan. Kalau ikutkan hati, memang semua guru yang mohon pindah nak diluluskan dan semua yang mohon masuk nak diterima masuk.

Tapi ....
Daerah aku skrg dah lebih 12 orang cikgu. Kang lebih, 2012 nanti kena buat redeployment lah plak. Yang bengang, tak der satu pun guru opsyen BM, Geog, Sejarah dan ERT yang memohon masuk ke daerah aku. Betol kata orang, kalau dibuat perumpamaan, kalau kita bawa semua guru yang ingin bertukar dan penempatan baru naik katerbang, campak dari atas katerbang; opsyen BM, Geografi, Sejarah dan ERT baru jenguk muka kat pintu dah hilang.

Tapi Kalau opsyen Sains (Fizik, Kimia dan Biologi) dan Matematik, campak ke bawah; dah tertiarap di tanah pun masih tak ada orang yang sanggup nak ambik. Emmm.... pengajarannya, saper yang ada anak, adik, cucu, bakal istri, bakal tunang ke atau sesaper ler, ambik le opsyen yang boleh dipasarkan di sekolah-sekolah.

Kalau tak silap aku, anak mantan timbalan aku; keluaran IPGM - TESL dah dekat 6 bulan masih belum dapat sekolah lagi.

Ok, boss dah nak buat penutupan so kena chow dulu. Petang ni nak balik dan terus dengar Pembentangan Budget for 2012.

MAXIM

Dalam hand phone aku, ada bermacam-macam kata hikmat yang member aku (lecturer kolej swasta) hantar. Apa kata kali ini aku kongsi ngan korang :

Ya, Rabb. Sesungguhnya aku bukanlah hamba-Mu yang terbaik. Dan juga aku bukanlah seorang sahabat yang boleh dianggap sejati. Ampuni kekuranganku, sesungguhnya aku cuba mengatasi kekuranganku demi untuk menjadi sahabat yang terbaik. Ya Rabb, jika ia dalam kesulitan, Kau permudahkanlah. Jika ia bersedih, maka Kau perkuatkanlah dirinya. Sesungguhnya, ia antara golongan yang beriman. Ya Rabb Tuhan yang membolak-balikkan hati, palingkan kami kepada agama-Mu tatkala iman kami lusuh. (6/10/2011)


Other might have forgotten but never can I, the Flag of my country, furls very high, 54 years ago. A nation was searching for a piece of land, now a piece of land searching for a nation.... can anyone help? Independence a precious gift of a god. May we always remain independent ameen. Happy independence day. Merdeka! (31/8/2011)

If my tomorrow never comes , I am sorry for all the things. I might have said for all the things I did or I did not do. If I ever made you feel bad or put you down, if I ever thought I was bigger or better than you. I am sorry everything wrong. (30/8/2011)



Friendship is not something that happens at first sight, it happens when when you start knowing each other and in turn end up needing each other. For every feeling, for everythought and for every moment. Happy Friendship Day.


Ramadhan recipe: a glass of care, a plate of love, a spoon of peace, a fork of truth and a bowl of doa; mix with spices of Quran. Enjoy this meal and happy breakfasting. (1/8/2011)

Dear! As the crescent moon is sighted and the holy month of Ramadhan begins. May devine pour his blessings on you like rain throughout this holy month, recite Quran for blessings be caring about your prayers that merciful will give you more than your heart desires. May Allah bless you with happiness and grace your home with warmth and peace. (31/7/2011)

Wednesday, October 5, 2011

REST

Kena rest jap; nak lunjur kaki sementara break ni. Kang kena masuk balik pukul 2,30 petang (He3 kalau aku tak terlajak - lagipun aku dok sorang; silap-silap boleh terbabas ni).

Petang kang nak kena mengadap lagi. Kami tengah tunggu keputusan pertukaran Antara Negeri. Emmm .... kang kalau aku ada kesempatan, aku akan kongsi ngan korang beberapa transkrip sms yang aku terima sepanjang pertukaran, alasan-alasan yang lawak serta beberapa ugutan yang aku terima sepanjang bulan pertukaran guru.... pergh.... Nak tido dulu sat!

Kasutku

Semalam rasa sedih sangat sebab kasut kesayanganku rosak. Tak sangka masa nak masuk ke bilik mesyuarat, aku telah merentap zip kasut dengan sekuat hati dan menyebabkan zipnya terus tercabut. Hu...hu...hu.... kan dah lawak. Bila jalan je, kasut sebelah kanan tu rasa macam nak tanggal je. Nak tanggal tu tak kisah sangat ler, tapi bila kasut tu rosak masa ni yang cukup malas tu sebab duit dalam bank RM 1300 dah allocate nak kena bayar buat longkang sebelah rumah.Longkang tu kalau tak dibuat, rumah aku dijangka akan roboh sebab air hujan bertangkung dalam longkang dan menyerap melalui celah2. Lama kelamaan rumah aku akan roboh. GILER, kalau roboh, nak duduk mana plak nanti.

Kasut yang dibeli bersempena nak pi konvokesyen UiTM awal tahun ni.
Abang aku cakap macam sampan sebab besar .... ala dia dengki sebab kasut aku mahal.


Kasut ni jenis Lee. Orang kata ini kasut Lee Cooper - jenis sloa jeans yang aku berhajat nak beli tak lama lagi. Blum sempat beli sloa jeans tu, kasut plak rosak. Emmmm... camner nak pi kerja next week ni. Kasut yang kat umah dah uzur sangat... Ni nak kena pi Shah Alam tuk cari kasut lain.... pasal duit no hal kot sebab aku dah tau dgn saper aku nak minta....

Aku nak minta kat seorang budak yang paling baek dalam dunia.... "seorang abang yang sanggup pinjam duit kat bank sebab nak belikan kereta kat adik dia .... He3."

Ke Port Dickson - Part 2

Kelihatan bot pensel yang x der saper nak naek.

Hari ini aialah hari kedua aku menginap di hotel ini. Pagi td aku bangun banyak kali, Sejuk sangat aircond tapi malas nak bangun, malas nak jalan dan malas nak tutup ac. Saya smuanya malas (cis, mcm pernah dgr je orang buat statement). Pg ni tak der saper yng masuk ke bilik ni, maknanya aku dok sorang2. Besh sgt. Agaknya depa bacer kot blog aku mlm tadi jd tak der saper nak masuk. Member satu opis ngan aku pun sanggup tak nak dok ngan aku wpun dia sampai pagi tadi. Dia dah siap2 letak nama dia kat bilik laen. Ntah ler, rasanya dah kat 2 - 3 minggu ni nampaknya dia cam tak brapa suka ngan aku. (ops... tak bley bersangka buruk ngan orang)....



Keadaan air yang tenang. Agaknya ada buaya kot sebab pepatah
Melayu ada cakap, laut tenang jangan disangka tiada buaya
.

Dah tak de kawan, asyik tgk laut je. Rasa cam nak turun bawah, nak jalan kat tepi pantai, nak pi mandi kolam ke, nak pi gym room, nak pi bilik karaoke; semuanya tiba2 menjadi malas. Dok kat dalam bilik, tengok laut dan bayangkan kalau tetiba ada Tsunami serang kat bawah. Ya Allah, harap-harap. Selisih malaikat 44, kata orang. Kalau le ada tsunami, mesti hancur kereta Vios aku.... Mak ai, dah le bayo bulan-bulan mahal.


Dari jauh kelihatan doktor-doktor tgh balik slepas 3 hari mereka bermesyuarat di sini.
Mesti besh mereka dapat balik ke umah masing-masing.

Rasa-rasa petang ni nak pergi round-round pekan PD. Ingat nak pi kedai Al Ikhsan, nak cari kasut joging. Ingat nak cari kasut sebab rasanya badan dah mula nak berat. Apatah lagi dari semalam asyik makan dan makan dan makan dan makan. Tapi .... bila masuk jer bilik .... emmm buka lap top jer dah malas nak gerak. Apatah lagi tak de kawan nak diajak jalan-jalan. Anyway, besh gak dok kat dalam bilik, buka lap top, dok kat depan tingkap di tingkat 8 sambil pandang laut. Pergh, sambil menaip dok layan macam pejabat korporat. (Ceh, macam dalam drama swasta ASTRO).

Ni lah suasana tepi pantai pada waktu pagi.
Nasib baek cantik walaupun air laut surut.

Ari ni rasa nak muntah bila dari pagi sampai ke malam asyik meneliti senarai masuk dan senarai keluar guru yang mohon pertukaran bagi Januari 2012. Dari pelepasan Antara Negeri, Dalam Negeri dan stand by untuk pertukaran Dalam Daerah. Masalahnya, kita kena belek semua borang pertukaran secara on line sebab nak tau masalah guru-guru. Bila baca, rasa macam nak gelak pun ada. Mana taknya, buat alasan macam budak kecik jer. Tapi kadang kala gelak gak. At least boleh release gak stress. Tapi kalau cikgu tu tau alasan pertukaran dia yang tak munasabah tu digelakkan, mesti depa bengang.


Ni le view yang paling aku suka tengok dari atas bilik.
Macam besh je kalau dapat bercanoe kat dalam teluk buatan ni.


Tapi ada satu yang aku perasan ialah kat hotel ni tak de orang sangat. Yang ada pakej kumpulan JAKIM dan kumpulan Kursus Wakaf dari Putrajaya. Patut ler sejuk ac kat hotel ni sebab kami dikelilingi oleh orang-orang beriman sahaja. Mesyuarat JAKIM rasanya dipengerusikan oleh Dato' Mufti Perak Harussani. Rasa mcm nak pi salam je dan amek gambo tapi malu. Emmmm, kalau dapat amek ngan dia. lepas tu letak kat desk top, mesti orang tabik kat aku. Ceh, nampak macam orang beriman je. Sah terpancar cahaya keimanan di muka selepas bergambar ngan Mufti Perak.

Ha...ha...ha....

Tuesday, October 4, 2011

KE PORT DICKSON - PART 1





Beberapa minit sebelum aku memulakan menaip blog. Cuba bayangkan kalau ada room mate,
mesti dia bising sebab dah pukul 1:30 pagi masih mengetuk lap top.

Pergh, this week kena pergi Port Dickson plak. Cam biasa, aku akan pasti orang yang paling lambat sampai. Mestilah sebab aku ni memang jenis malas kalau kena pergi mesyuarat atau kursus. Mesyuarat pukul 8.30 malam, pukul 8.00 malam aku masih makan kat R n R Dengkil. Makan nasi ayam yang kalu bagi kat ayam pun dia fikir 10x nak makan sebab nasi keras nak mampus.

Orang selalu tanya napa aku malas pi lepak kat hotel; jawapannya cukup senang :

1. bila pi hotel, aku selalu lupa daratan. Makan tak ingat dunia. Kat umah, makan nasi sminggu sekali, kat hotel, sekali ambil nasi macam makan seminggu.

2. aku malas nak kemas baju masuk dalam beg. Jadi aku akan sumbat semua masuk dalam beg. Tapi cuma suku baju jer yang dipakai. Buat penat naik atas bilik je.

Beg pakaian yang aku sumbatkan baju untuk seminggu.

3. sian tinggalkan orang umah tinggal sorang2 kat rumah. Dia takde kawan nak sembang.

4. aku risau dapat room mate yang tak ngam. Paling aku stress nanti kalau dapat room mate yang hisap rokok. Pergh, dibantainya hisap rokok dalam bilik. Aku ni dah la plak jenis alergic kat asap rokok.

5. aku tak bley tengok siri tv yang aku minat. Hotel bagi channel ntah apa-apa. Jadi terpaksalah tengok TV1 padahal last sekali aku tengok TV1 masa sambut raya masa aku darjah satu.

TV LCD tengah tayang citer ntah aper2


6. hobi aku pakai $%#& (ini adik aku si One tau) Ha....ha....ha.... kalau kat bilik sama orang lain mana boleh pakai gitu. Kana bersopan, berkemeja dan sloa slack. Pergh rimas.

7. aku ni jenis suka buat kerja tengah malam. Kang bila room mate nak tido, tak kan nak buka lampu.

8. aku ni jenis org takut gelap. Kalu nak tido mesti ada lampu. Sebab tu mesti buka lampu bilik laen kalau kat umah. Kat hotel tak kan nak buka lampu, nanti room mate tak bley tido. Ntah ler, kalau korang nak tau, bila orang rumah aku pi kursus, atau tak der kat umah, mesti aku buka semua lampu dan pasang tv dan radio sampai pagi. TAKUT! Mana ada, cuma memang sejak kcil itu hobi aku .... ha...ha.....ha.....

9. aku tak suka dok hotel sebab bilik dia besar sgt. Aku dah biasa bilik kecik. Ni tak, besar bilik pun cam besar dapur nagn living hall umah aku. Nanti aku sdih sebab trpaksa bandingkan umah aku ngan bilik hotel. Kalau umah aku tau, mesti dia kecik hati.

10. aku tak suka pi hotel sebab kena kloa duit dulu nak pergi tapi claim ntah bila nak dapat. Dah le jabatan buat jauh-jauh ....

Yang lain banyak lagi..... Kang bila aku ada masa, aku citer napa aku pergi ke PD this week.

By the way, surprisingly aku bley plak update tengah2 malam gini. Emmmm.... cuba bayangkan kalu kita nak hapdet blog dan bilik kita ada room mate nak tido. Sekarang tak de masalahlah sebab malam ni aku tido sorang sb room mate sampai sok pg.


Hu.... hu .... katil 2 besar tapi yang tido hanya sorang.