Beshnyer bila dapat tangkap ikan sendiri... La3 |
Hmmm... mula bagi depa makan, lepas tu depa kena makan. |
![]() |
4 ekor ikan talapia yang sedang menunggu giliran untuk disteam. |
Mulai tengah hari Ahad mula mengeluarkan 4 ekor ikan talapia. Dekat 4 jam baru ilang air batunya. Oleh kerana saya yang bernazar, maka orang umah suruh siapkan bahan-bahan. Dia membantu dengan memotong bahan-bahan. Sebenarnya kami memodified resepi yang kami baca di blog-blog resepi dan web resepi. Orang umah yang ajak modify sebab ada beberapa bahan terlupa nak beli.
![]() |
Bahan-bahan yang perlu dicampur ngan ikan talapia. |
Selepas ikan telah dibasuh, letakkan ikan tersebut di atas pinggan arcopol yang dibeli di Pulau Langkawi. Pinggan itu dipilih sebab tahan panas dan ada bunga yang cantik dan sekiranya tak sedap masak, bunga pada pinggan itu akan menaikkan selera. Sementara tu periuk kukus jangan lupa ditenggek atas api. Berguna gak periuk kukus yang hanya digunakan setahun sekali. He3... nak buat apam pun tak reti jadi periuk kukus tu asyik tersimpan dengan baik.
![]() |
Periuk kukus yang bekerja setahun sekali sahaja. |
Ikan yang diletakkan atas pinggan di tabur dengan bahan-bahan. Tapi hasil pemerhatian kami, kami mengenal pasti bahawa cara kami salah. Jadi saya nak sarankan hasil penambahbaikan cara menyeteam ikan tersebut. Kalau tabur semua sayur terlebih dahulu, yang pastinya semua sayur akan layu. Jadi, mula-mula kukus ikan dalam sepuluh minit dengan menaburkan halia dan serbuk perasa sdikit atas ikan dalam dalam perutnya. Selepas sepuluh minit, kluarkan dan tabur bahan-bahan sayuran tadi di atas ikan dan kukus dalam 5 minit lagi. Ha... barulah sayur tak lunyai dan rangup bila dimakan. Jangan lupa daun sup hanya untuk hiasan, jangan masuk awal-awal.
![]() |
Daun sup yang paling aku tak suka. Hmm... pinggan arcopal yang juga akan digunakan untuk diletakkan ikan. |
Yang baju putih tu anak tokey ikan yang loaded dengan duit jual ikan talapia... Ahak3 |
Famili saya sebenarnya memang allergic dengan semua ikan darat. Kami dari kecil tak suka makan ikan darat kerana baunya yang hanyir. Tapi alhamdulillah ikan adik saya ni tak pernah berbau. Pergh... sebenarnya abah dia yang bela tapi dia jaga bahagian marketing. Yang bagusnya, duit jualan semua dia bagi kat ayah. Hmm... beshkan kalu kita ada kolam ikan, bila nak makan ikan terus amek kat kolam. Ha2.... cakap memang mudah sb maser kiter amek kat kolam ikan dah besor tapi maser En Aziz memulakan projek, tak larat kita nak buat.
Bukti kesungguhan tuan punya kolam dengan membina pondok ... |
Anyway, ikan talapia steam yang saya buat telah habis dimakan. Cuma rasanya, anak buah ramai yang tak suka makan ikan steam sebab tak biasa makan steam. Mereka lebih suka makan ikan gorng secara berlada atau 3 rasa. Hmmm.... anyway next time saya akan masak talapia cara goreng lada hijau.... pergh..... sdap giler tu dan kita akan berkongsi cara memasaknya.
![]() |
Inilah rupa ikan talapia steam yang dah stim ... Pergh sdap x ingat. |
Hmmm..... next year I'm going to be the next Master chef Malaysia.
No comments:
Post a Comment