Monday, September 12, 2016

Bihun, ketapi lama dan ETS

Pagi ni aku bertolak balik dari  Kuala Kangsar jam 7.40 am menuju ke Tanjung Malim. Esok dah nak kerja so kena balik ler pagi ni.

ETS hari ni sampai on time. Lega sb turun je ke platform cuma kena tunggu dalam 5 minit. Itu pun tetiba ETS dah ada kat depan mata. Tak ada pengumuman cam selalu baggitau keretapi is approaching platform. Dah ler keretapi senyap. Teringat suatu masa dulu masa kecik2. Kami selalu kena naik ketapi setiap bulan nak pergi Kuala Lumpur. Masa tu adik duduk di Hospital Kuala Lumpur sampai setahun. Mak temankan dia. So hujung bulan, bila dapat gaji jer, bak mesti bawa kami naik ketapi.

Zaman tu, tiket ketapi keras giler. Kecik dan kloa dari satu mesin. Kami selalu naik ketapi dari stesen ketapi Taiping. Ketapi datang dari Butterworth. Setiap kali ada ketapi nak lalu stesen ketapi, station master akan turun dan naikkan satu alat. Kata ayah, alat itu yang akan betulkan landasan sama ada ketapi akan ke platform 1 atau 2. Jadi setiap kali station master betulkan alat tu, aku dan abang akan bergegas angkat beg ke tepi landasan. Tapi yang tak bestnya, yang lalu ketapi barang yang bawa simen atau barang2 kilang. Itulah kerja kami setiap kali station master betulkan alat tersebut. Yang peliknya ayah tahu plak bila masa dia akan bangun untuk angkat barang. Dulu aku takjub tgk ayah, setiap kali dia angkat barang mesti ketapi sampai. Dulu2 aku anggap ayah macam superman, dia tahu jer bila ketapi nak sampai. Hebat kan...

Hmmm.... Dah besar baru aku tau. Patut ler dia tahu sebab dia tahu pukul berapa ketapi akan sampai kerana waktu dah ada kat tiket dan satu lagi, setiap kali ketapi passenger nak mai, station master akan bersedia dgn satu beg kecik yang bergelung. Dia akan hulur kat drebar ketapi dan drebar akan sauk. Rupanya itu ialah kebenaran utk driver melalui.stesen mereka.