Saturday, January 7, 2012

Kemas Kelas


Pagi ni aku ikut orang umah kemas kelas dia. Tahun ni dia kena jadi guru kelas 5 Dahlia. Last sekali dia jadi guru kelas masa kat sekolah lama, Tahun 1 apa ntah. Maser tu aku selalu rajin tolong dia kemas kelas pada hujung minggu. Tahun ni dia jadi guru kelas balik selepas nama dia tak naik lagi jadi Ketua Panitia. Selepas tiga tahun jadi KP, tahun ni nama dia dah tak naik jadi KP, lega aku sebab semenjak jadi KP, aku tengok dia tak reti nak distribute kerja kat anak buah. Semua benda nak buat sendiri, naik tension plak aku tengok.

Pagi ni kami mulakan dengan menyapu sampah-sarap. Pergh... sampah punyalah banyak macam 18 tahun tak pernah sapu. Kepantangan aku aabila tengok dalam meja budak ada sampah. Teringat maser kat sekolah dulu, bebudak aku memang tau prangai aku. No sampah dalam desk atau semua barang aku campak. Aku nak semua meja bersih yang ada cuma buku tulis atau rujukan mereka. Before balik mesti kemas balik sebab nanti budak petang kacau barangan mereka.

Caya tak, bebudak sekolah rendah ni kalau tak check meja mereka, kang ada songkok ler, bekas makanan dah berkulat, stokin ler, spender bekas PJ ler, sluar track dgn baju PJ la..... sampah korang jangan citer. Kalau guru kelas tak alert, sometimes satu kelas bau masam air milo basi dah tumpah dalam meja kelas. One more thing, aku akan buat spot check, tak mau ada sebarang tulisan. Arif wus ere ler, Amin love Lina ler .... kalu aku dapat, sah aku titik tangan.... mak belikan liquid paper suh padam ksalahan, korang buat grafiti plak.

No comments:

Post a Comment