Saturday, May 5, 2012

Bercuti Ke PD - Part 1

Jet Ski tengah lap dua tiga kali sebab x der orang nak naik

Ntah ler, sebenonye minggu ni kena balik kampung kat Kuala Kangsar cam biasa nak kena kemas rumah mak mentua. Tetiba orang umah ajak pi Port Dickson sebab dia kata nak bercuti kat sana. Nak celebrate birthday dia sebab last week maser birthday, dia kena jaga budak tahun 5 dan 6 perkhemahan unit beruniform. Ikutkan malas nak pergi sebab aku baru jer balik dari Port Dickson minggu lepas kena bagi ceramah berkenaan prosedur murid bukan warganegara untuk bersekolah di Malaysia dan perkara-perkara yang berkaitan dengan PIBG. Tapi....kalu nak balik kampung pun tak besh gak sebab next week aku dah kena pergi ke Ipoh untuk mesyuarat pertukaran. Hmmm...kalau dapat bercuti kat Ganu atau Teluk Cempedak best ler gak. Anyway, dah orang umah nak support everything, jadi aku pergi ler jugak.

Suasana nak Maghrib kat tepi pantai.
Rupa-rupanya Port Dickson this weekend jam teruk. Ntah dari maner semua manusia bersepah kat Port Dickson. Semua hotel ngan resort full booked. Patutlah, minggu ni ada International Jetski dan ada apa ntah karnival termasuk lah karnival membersihakn pantai. Setelah berputar dan berabis duit untuk mencari hotel, akhirnya kami menyewa kat Ocean View Resort. Actually terdapat banyak lagi bilik kosong. Studio untuk weekend dia charge RM 150 manakala orang umah sewa apartment dua bilik RM230. Pergh...pemandangan mengadap laut lagi. Tersangat cantik cuma maser matahari turun aku sibuk menyemak assignment adik aku sampai terlupa nak tengok rembang matahari di ufuk barat ketika dia turun.

Nampak tak ungka atas pokok??
 Satu yang besh tentang apartment ini walaupun sebesar-besar bangunan apartment ni, cuma kami sahaja yang tinggal. Pergh...seram wo. Tapi yang beshnyer rumah yang kami sewa ni tentu kepunyaan somebody sebab semua buku yang ada dalam umah dia jenis akademik. Dia plak peminat novel bahasa Inggeris termasuklah readers digest. Rumah kemas dan yang beshnyer terdapat beberapa cd instrumental yang aku rasa harganya dalam lingkungan RM180 kalau pesan kat Readers Digest.

Pengunjung yang sedang menikmati air pasang.
 Cuma yang tak beshnyer apabila nak pi makan malam. Dah ler jam teruk, makan mak ai tak sedap langsung. Lambat dah ler satu hal, makan punya ler ???? Kalau ader skala Likert; daripada 5, aku bagi satu. Telur dadar masin giler, air dia berbau maung, cam raser air laut yang disuling. Tom yam out, kem tom (ntah apa benda; budak yang tulis menu pun tulis dalam bahasa Thai ).Nyamuk punyer ler meriah naik pijar kaki dan yang paling aku hangen ialah rasa makanan dia buatkan lidah aku pijar. Rasernyer dia gunakan kunyit serbu terlalu banyak sampai naik pijar lidah. Anyway aku puji nasi putih dia sebab rasa nasik putih ....Ha2

No comments:

Post a Comment