Sunday, July 13, 2014

Ramadan Kareem

Ini air kat Vietnam, penting sangat kerana risaukan tahap kebersihan air paip mereka.

Diam-tak diam, hari ini dah masuk 15 Ramadan. Alhamdulillah, saya diberikan kesihatan yang baik bagi menjalani ibdah puasa pada bulan ini. Walaupun pada mulanya terdapat kerisauan kerana sejak bulan Februari saya mengidap sakit dalam perut.... agaknya gastrik kot. Nanti saya berkongsi dengan rakan-rakan pengalaman mengalami serta cuba mendapatkan rawatan sakit perut tersebut.  Alhamdulillah, doa setiap hari agar Allah permudahkan urusan berpuasa dengan menghilangkan sakit tersebut diperkenankan oleh Allah.


Bersyukurlah, kat Malaysia air mineral masih lagi dijual bawah RM2.00

Dalam bulan puasa ni, air adalah amat penting apatah lagi bulan pose kali ini, hanya dua kali sahaja hujan turun. Itu pun dapat tahu hasil pembenihan hujan. Orang kata ini disebabkan oleh El Nino. Entahlah. Kalu solat Tarawikh kat surau, nak tunggu selesai, air peluh meleleh kat paha, ketiak dah macam air terjun.  Pada yang tak suka minum air, anda kena minum gak sebab terbaca kat paper, kurang air akan menyebabkan batu karang senang terbentuk. Dan ada sekali tu tengok kat TV Al Hijrah, siri talk show yang pada waktu pagi; Dr yang ditemu ramah maklumkan  bahawa kita wajib minum banyak air. Penanda arasannya ialah, pastikan air kencing yang kuning bertukar menjadi jernih selepas kita berbuka puasa.

Nampak sedap kan... tapi sejak perut kena gastrik; tengok jer ler. Lagipun saya pun bukannya makan pedas.

Alhamdulillah, azam untuk mengurangkan ke bazar Ramadan masih terjaga. Setakat ni, baru tiga kali pergi. Sekali tu sebab nak menghayati suasana bazar di sebelah opis, sekali tu pergi sebab nak meraikan budak pelatih industri yang ayahnya berniaga di bazar dan sekali yang akhir tu sebab orang umah teringin nak makan murtabak. Dengar macam-macam cerita pasal bazar. Member seopis dua tiga hari berak-berak, adik pompuan sampai seminggu laki bini cirit birit dan member depan meja kat opis cerita, on the way balik singgah beli lauk kat bazar Ramadan, sampai umah buka plastik nak hidang, semuanya basi.  Ikutkan hati kata dia nak pusing balik nak tonyoh kat muka peniaga; tapi mikirkan nak pusing dekat 15 km, hmmmm tak yah ler kata dia. Tugas dia, whassap kat member nama kedai dan lokasi agar kawan- kawan tak terkena.


Tengok member baik saya makan, seb baik sudu tak boley makan.

Macam biasa, rutin berbuka. Minum susu omega dengan kurma 3 biji, terus solat Maghrib dulu. Lepas tu baru makan. Setakat ni, baru sekali kami makan nasi, itu pun masa pi umah mak. Layan gak nasi sebab mak hanya masak nasi. Kebiasaannya, kami makan kuih, mi atau cokokok ikan bilis. Start puasa ari tu berat badan 82.7 kg, setelah sekian lama tak menimbang. Berat giler, padan ler nak naik tangga dah tak larat.  Semalam timbang berat dah jadi 80.6 kg.  Ok gak. Tapi berat saya sebenarnya 78 kg jer.....hmmm banyak lagi nak kena kurangkan ni.

SEMOGA TAHUN NI DAPATLAH SAYA BERTEMU DENGAN MALAM LAILATULQADAR !!!

Thursday, April 17, 2014

Sekali duit terbang da....

VIOS kesayanganku....

Hari ini saya sambung cuti lagi.  Alhamdulillah, pagi ni kurang sikit sakit perut. Semoga Allah berikan kesembuhan kapada saya.  Jadi hari ni saya lajak ke Pusat Servis Toyota untuk servis 80 000.  Difahamkan kali ini major servis.  Member-member kata kalau major servis ni banyak kena dibetulkan. Semalam call servis center, dia bagitau kena dalam RM 400. Pagi ni dia maklumkan semuanya dalam RM480.00 ok ler, seb baik malam tadi dah kloakan duit RM 1000.

Dalam masa yang sama, adik saya yang kerja di Bank Muamalat dan suami ajak mak, ayah dengan adik bercuti di Cameron Highland. Suami dia dapat apartment 3 bilik di Strawberry Park. Macam best jer nak pergi. Depa pun ajak join sekali.  Ok gak sekali sekala berehat apatah lagi nak recover daripada sakit ni.
Dengar khabar adik dari Shah Alam pun akan join malam ni right after wife dia touch down kat KLIA pukul 4 petang karang. At the same time plak, esok mak dan ayah tak pergi kursus haji jadi sok macam malas plak nak pergi kursus haji.

Lepas peluang nak kejar kabus....

Tengah sedap buat kerja tetiba Zaidi call.  Mak ai.... dia bagitau 4 perkara lagi kena tambah.
1.  Brake pad dah haus.
2.  V - Belt dah merekah
3.  ATF oil kena tukar sebab dah kotor sangat.
4.  Cap dan hose filter air cond dah pecah.

Hmmmm.... encik semuanya RM 1220.80
Hu hu hu hu.... kensel nak pergi Cameron Highland sebab duit dah terbang...... Yang perit lagi sebab 28 April ni road tax dan insurans kereta habis ler plak....

 

Wednesday, April 16, 2014

Eksiden

Pagi ni saya terjaga pukul 5.15 pagi. Perkara pertama yang dicapai ialah hand phone untuk jenguk whassap.  Tersentak apabila ada rakan post berita kemalangan pukul 4.00 pagi. Awalnya mamat ni hantar; tak tido ker atau memang dia sedang bertugas sebagai wartawan meja jenayah.

Dua kali sentak apabila meneruskan pembacaan apabila mengetahui yang mengalami eksiden itu ialah YB Karpal Singh, MP Jelutong.  Mati di tempat kejadian apabila Alphardnya berlanggar dengan sebuah lori yang menukar jalan tanpa memberi isyarat kat PLUS Gunung Tempurung. Dikatakan pembantu peribadinya turut meninggal dunia.

Anak dan pemandunya dalam keadaan parah. Mayat telah dihantar ke Hospital Tuanku Bainun Ipoh.  Beberapa perkara yang terlintas dalam kepala otak ni, 

1.  Bukit Tempurung memakan korban lagi, mengapa ya?
2.  Naper ler YB tak naik flaight jer, kan KL pi Penang tu jauh dan esok paginya dah ada court case?
3.  Mesti Alphard tu dipandu laju dan maybe semua tengah tido dan driver drive sorang2 dan termengantuk.

Apap pun, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perkara ini boleh terjadi. Tapi kalau betul lah pemandu lori itu tak bagi isyarat; memang teruk betul.  Saya sendiri pernah kena seperti hal ini, naik mencicit menahan brek untuk mengelakkan lori dan satu lagi lori treler rosak di tepi lebuh raya. Memang dia pasang lampu amaran tetapi agaknya lampu penuh habuk dan kelipan tidak begitu terang. Mata kita sudahlah kuyu memandu jauh. Seb baik orang umah jerit sebab nampak, kalau idak dedua dah jadi arwah. Bayangkan 100 km/j punya kereta menghentam belakang treler.....

Inilah jarak selamat kalau kita nak memandu...


 

CUTI SEPANJANG MINGGU...

Minggu ni saya bercuti sakan. Hari Isnin hari tu pergi Klinik Kumar; kilinik pakar. Doktor bagi cuti hari Selasa dan Rabu untuk saya melawaskan perut. Setelah di x-ray dan scan, doktor berpendapat simptom yang ada pada perut saya bukan simptom gastrik atau ulser. Dia dia juga scan dan dapati setakat ni tidak ada sebarang stone kat hempedu. Alhamdulillah.

Dia beri ubat supaya saya mengosongkan perut dan berpendapat saya mengalami sindrom usus besar yang malas. Dia ada sebut dalam bahasa perubatan tapi apa ntah....panjang no.  Dia minta saya cuba dengan mengosongkan perut, usus kecil dan usus besar iaitu kaedah nyah toksin.  Nanti hari Isnin datang untuk x ray semula. Dia nak tengok ada tak perbezaan.

Hari ni saya ambil cuti lagi sebab rasa nak relex dan hilangkan stress. Doa saya agar ada perubahan yang Allah akan berikan kepada saya melalui perantaraan ubat Dr. Kumar ini. Sebenarnya rasa senak perut yang rasa kembung ni dah saya hadapi selama hampir 2 bulan. Setiap kali pi hospital, dr on duty cuma beri Magnesium Trisc dan Ratindine sahaja. Perut masih lagi berangin.  Alhamdulillah, dengan ubat yang Dr. Kumar ada sedikit perubahan cuma angin masih banyak lagi keluar secara sendawa.

Esok, saya memang dah minta cuti rehat sebab nak pi servis vios. Mulanya nak pi petang tapi sevice center bagitau 80 000 km; major service. "So sir, you've to come from morning ya...." Major service maknanya duit kena sedia banyak dan dalam masa yang sama minggu depan road tax dan insurance keter vios dah kiok. Mak ai.... banyak nyer nak kena sediakan duit.....

Kalau tau beli keter cam Ajiq, for sure x payah bayo road tax dan insurans...

Sunday, April 13, 2014

Whassap dan Telegram....

Hmmm....naper ler tak ader orang nak whassap saya ni...

Baru saya perasan, antara penyumbang utama kenapa saya kurang menulis di blog ini adalah kerana demam whassap dan telegram kot.  Semenjak dua menjak ni, saya asyik melayang whassap sahaja. Telegram saya dah tutup sebab rasanya dah terlalu banyak membuang masa.

Ada sekali tu, boleh berwhassap dengan member yang nak tunggu flight nak ke Vietnam sampai pukul dua. Sok paginya, maser hantar parents pi Kursus Asas Haji; mata dah tak boleh nak buka langsung.  Apa yang pasti sejak ada dua benda ni, orang pun dah kurang layanz FB.  Orang umah saya pun dah kurang buka FB dia sebab dah banyak group kat dalam HP dia.

Saya ni bukan suka sangat layanz whassap tapi minat jadi silent reader.  Tapi kekadang yang saya hangen apabila ada orang memasukkan kita secara tanpa kebenaran dalam group.  Nak kita left group, dah tak sampai hati jadi ikutkan sahaja. Itu yang letih apabila semua group bersembang, dah naik berat hp kita.  Ada sekali tu, separuh hari tak buka whassap....lebih seribu entri orang hantar.

Tu belum lagi yang setakat hantar jari ler. emoticons ler, hantar he2...sahaja. Paling saya takut kalau ada yang hantar gambar lucah kat whassap. Tak pasal anak buah buka habih mata diorang.  Walaupun dah bubuh pass word, pandai plak depa buka. Ditujunya bahagian gallery.

Yang letih dok bacer satu group ni yang dok cerita nak kawen dua...tiga dan empat. Maka bergaduh ler puak pompuan dan laki dalam group. Sok gaduh lagi....lusa bertengkar lagi. Hmmmm.... nak kawen...kawen ler...cakap berdegar2 kat whassap tapi buatnyer tidak.

Apabila malam Jumaat...maka keluar ler gambor pompuan yang separuh bogel....balik pintu....atas katil...ler dan dengan pelbagai aksi.  Ayat biasa...bang ...malam Jumaat ni bang... jangan balik lewat....aduh...macam bebudak...yang  busannya....semua group hantar yang sama....perghhhh...macam takder benda laen nak hantar kat whassap....

Dah lama saya tak menulis...

Ya Allah, baru saya perasan yang saya sudah lama tidak menulis dalam entri ni.  Sebenarnya banyak idea nak menulis tapi kerja banyak sangat kat opis.  Setiap malam kalau balik ke rumah, rasa lelah sangat. Entahlah, rasanya macam banyak benor kerja yang perlu dilakukan di opis. Apatah lagi apabila musim ISO datang lagi.

Musim pertukaran datang lagi. Kali ni saya berdoa agar ramai yang akan mohon keluar dari daerah saya supaya saya dapat opsyen yang saya inginkan. Terdapat beberapa opsyen yang amat kami perlukan bagi membantu sekolah. Selain itu, dah menjadi kelaziman daerah ini, kalau pengetua sokong, opsyen tidak kritikal serta amat diperlukan di daerah ini; kami akan akan lepaskan keluar.  Kalau tak, rasanya sukar untuk kami lepaskan kerana kepentingan murid-murid adalah keutamaan kami.

Risau, kami lepaskan; daerah / negeri lain terima....sekali pengganti tak ada.  Menganga bebudak nak belajo kerana cikgu tak ada yang masuk.  Beban minit guru akan bertambah dan guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar anak-anak kita. Hmmm....

Kepada mana-mana yang sedang pulun mengisi e-GTukar, selamat memohon dan jangan lupa untuk baca Bismillah dan disertai dengan doa supaya Allah mempermudahkan urusan. Amin....

PASAR DI CAMBODIA MASA MELANCONG TAHUN 2013

Monday, January 27, 2014

Mesyuarat di d'Muara Sungai Dorani.

Dari semalam kami pegawai perhubungan berkampung di resort ini untuk bermesyuarat kali pertama bagi tahun 2014. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En Jo membincangkan pelbagai perkra berkaitan isu-isu berkaitan pethubungan di sekolah. Perghhh....banyak sungguh perkara. Ucapan pengerusi sahaja dari pukul 9.00 am pagi dan selesai pukul 5.00 pm.

Paling banyak yang kami bincangkan berkaitan isu-isu persekolahan murid bukan warganegara. Bayangkan setelah proses pembersihan dan semua sekolah telah alert dengan masalah ini, permohonan untuk murid bukanmwarganegara  meningkat secara mendadak. Difahamkan untuk kemasukan bg tahun 2014 ermohonan melebihi 1400 permohonan.  Itu belum lagi rasanya masih terdapat  murid bukan warganegara yang masih berada di sekolah.