Saturday, December 5, 2015

apabila terima musibah, bersyukurlah....

Malam ni saja nak berkongsi dengan tuan2 apa yang saya hantar kat member2 satu sekolah dengan saya base kpd cerita sebenar...

Hari ini belajar satu perkara, stiap benda yg Allah beri pasti ada hikmahnya.
Sampai ke kg ptg tadi, badan belum lagi hilang penat memandu; ketika membelek hp, anak saudara yg berlari terlanggar hp lalu melayang terhempas ke lantai langsung padam. Stlh diambil, cuba dihidupkan gagal. Darah mula menyirap. Dalam minda, duit lagi. Nak marah, budak tu dah cabut lari.
Buka blkg, kloakan bateri dan cuba hidupkan.
Pergh nyala spt biasa. Tetiba perasan, hp yg sudah sbln nada dering tidak boleh digunakan, tlh kembali spt biasa walhal ramai pakar cuba membantu membetulkan dan kedai hp minta ditinggalkan sminggu dua utk dibaiki.
Alhamdulillah, sesungguhnya besar rahmat Allah.
Kesimpulan daripada cerita ini ialah:
1. Kalau berlaku apa2 tragedi dalam diri kita, jgn lekas marah tetapi hendaklah bersyukur.
2.  HP GB skrg dah ada balik nada dering.
Dan akhir sekali
3.  Kalau hp tn2 slps ini ada masalah, jgn lekas hantar ke kedai atau tukar yg baru; minta anak saudara tolong hempaskan ke lantai dan insya Allah hp akan baik semula.
😎😎😎

Tak duduk kat PPD lagi...

Mungkin ramai tak perasan kot lama saya tak menulis dan saya dah tak bersembang pasai urusan pertukaran guru.  Rasanya dekat 1 tahun lebih.  Semua ini bukan kerana saya dah malas tapi sbenarnya dah amat sibuk dgn kerja2 baru di sekolah.

Bebenonya saya sekarang dah balik ke sekolah.  Balik ke sekolah asal sebelum saya maauk ke PPD. Dia tak diam hampir 10 tahun saya berkelana di PPD dan akhirnya kembali ke tempat asal.  Rasanya setelah berkali2 mohon utk balik ke sekolah tidak dilayan, namun masa kita ada projek nak diselesaikan; arahan tukar telah berkuatkuasa.

Saya tinggalkan PPD mulai 21 Novembee 2014 dan sehingga entri ini ditulis, saya telah berada selama 1 tahun 14 hari do sekolah.  Ada sesetengah pembaca yang secara personal minta bantuan saya tentang pertukaran, mana yang saya boleh bantu saya akan bantu.  Tetapi tak banyak yang boleh dibantu kerana saya dah lama tinggalkan medan pengurusan guru dan sistem sekarang lebih advance dengan menggunakan sistem trafic light.

Malah bukan sahaja pembaca yang terkeliru malahan ada cikgu2 di daerah saya masih ingat yang masih bertugas di PPD dan meminta tolong.  Tu lagi dahsyat sb dah dua pegawai bertukar tempat saya tetapi ada yangasih tak tau. Nak kata pelik tak pelik, nak kata tak pelik rasanya pelik ler jugak.

Apa pun, lepas ni cerita saya akan lebih berpihak kpada ilmu pengurusan yang rasanya itulah yang saya belajar dari diplona, first degree, second degree dan sambung NPQEL. Hmm....  Harap2 pandangan serta tulisan saya akan membantu siapa sahaja yang terbaca blog saya dan yang baik diambil sebagai perkongsian manakala yang tak baik, baca sahajalah buat mengisi masa lapang.

Friday, October 16, 2015

JUMLAH PELAWAT :

Saya tried jenguk kat jumlah pelawat sehingga kini, pukul 3.51 am 17th October 2015...jumlah yang telah melawat :

Keseluruhan  : 5468 (Fullamak....kalau buat rumah terbuka Hari Raya maknanya ramai gak yang dah datang melawat).
Kalau satu orang lawat bagi singgit...dah banyak gak duit saya dapat.

Antara perincian negeri yang pernah melawat :

Malaysia  4659
USA       403  (pergi pun tak pernah, tapi Nasi Goreng USA ada ler order selalu)
Australia  55
Singapura  15
India      4
Frech      4  (Ca va monsieur?)
German     3
Brazil     3
Indonesia  59
Belgium    57
China      44
Rusia      26

Dan banyak lagi negara lain yang datang melawat. Belarus pun ada...
Depa faham ke apa yang saya tulis or might be mana yang rajin akan copy dan paste kat Google Translator.

Kalaulah salah seorang pengunjung blog ni orang kaya, tetiba dia masukkan duit dalam account sebagai wasiat sebelum dia meninggal....perghhh.... maklumler Ringgit Malaysia tengah rendah ni. 


LAMA BENAR TAK MENULIS.....

Rasanya....dah lama benar saya tak menulis.  Last entri pun tahun lepas. Malas benar nak menulis padahal apa yang terlintas di otak ni, di hati ni, di benak ni bersimpang siur macam kenderaan berebut nak pi kerja awal pagi.

Ntah camner pagi ni, boleh terjaga dan menjenguk blog ni.  Bayangkanlah.....berbulan-bulan rumah tak dijenguk, dah macam-macam benda ada kat dalam.  Rupanya ramai yang pos soalan dan pertanyaan tak berjawab.  Sesaper yang ada bertanya, dan saya tak balas; maaf ya.  Jangankan membaca, buka blog pun tidak. ... Rasanya ini semua angkara telegram dan Whatsapp ler ni.

Naufal pun dah sambut birthday...


Korang bayangkan, last masa saya tulis, si Naufal ni langsung tak der kat dunia ni, sekarang dah besar panjang. Anak sulung adik perempuan.  Budak ni saya panggil vacuum cleaner .... ngeh...ngeh....ngeh (Mak dia tak tahu).  Pusing merata satu rumah. Bawah meja, dapur, atas tangga, bilik air, ruang tamu dan dapur.  Seluar dia habis kotor dengan habuk lantai.  Sebab tu saya panggil dia vacuum cleaner.

Rasanya, sudah tiba masa nak mula menulis semula.  Menulis ni hobby masa sekolah menengah.  Bila dah lama terhenti, rasa macam stress ler plak..... Sesekali menulis, boleh gak mengisi masa lapang dan berkongsi apa sahaja pada sesiapa yang membaca.  

Ehhh.... lupa nak tengok, berapa ramai orang singgah kat blog ni ya????