Friday, January 13, 2012

Datang bagai ribut, pergi bagai siput ...

Hari Selasa yang lepas, petang aku terpaksa balik awai. Badan dah tak sihat. Batuk smakin menjadi2. Perut dah mula cramp. Malas dah nak stay kat opis sebab for sure orang dah bosan dengar sore orang asyik batuk jer. Dada makin letih batuk. Dah ler batuk bunyi melengking-lengking. Member sebelah meja dah sound, pehal ngan batuk ngko. Pergh.... tak sronok plak sebab takut aku disseminate virus plak kat member2 satu opis. Sound member, minta tolong punch, aku cabut lepas waktu rehat. Sampai umah, geledah smua ubat dalam fridge, akhirnya aku makan ubat yang dah expired.

Esoknya hari Rabu amek keputusan malas nak pergi opis. Badan tak larat. Dah tak bleh jalan. Jadi aku baring jer. SMS bos, hmm langsung x balas. Terfikir, salah no hp dia ker. Slalunya kalu dia sms suh buat kerja, no tu gak yang dia pakai. Ni, bagitau aku sakit dan minta cuti, langsung tak berkuit. Bunyi pun tak, ok pun tak. Marah ke, bagi cuti ker, langsung x der response. Hmm.... mulalah dalam hati ada prejudis. Oh... kalau ko nak su.. (Besalah syaitan..)


Dari pagi sampai petang, baring, tidor dan baring. Orang umah ader koku plak.
Malam tu pi lah ke sebuah Pusat Perubatan $%^&* kat tempat aku. Klinik ada banyak tapi aku suka pi tempat tu sebab macam spital. Lama gak menunggu. Apabila dipanggil jer, doktor perempuan ada kat dalam. Ya, @#$%, sakit apa. Apa yang boleh saya bantu sambil matanya memandang ke arah hand set sambil berbalas text. Hmm.... sakit punya pasal malas aku nak pikir. Janji aku boleh minta MC nak sambung cuti. Aku beritahu penyakit aku dan nama ubat. She was very surprised when I prescribed my own medication. Hmmm..... how do you know all your medication. Dr, ini penyakit dua tahun lepas.

Aku tahu aku akan kena kalau aku suka mandi malam. Dr lama dan pakar Homeopathi dan pakar iridiologi yang pernah scan bijik mater aku bagi tau aku ada masalah peparu (tu yang aku paste gambar peparu). Dr. Dharan kat Rawang pernah bagitau peparu aku ni lemah apatah lagi keturunan aku ramai yang ader asma. Kalu ikut sejarah routine, aku ni suker mandi malam. Kat asrama dulu maser kat Seremban dan maser aku study cikgu dulu, kalu habeh buat assignment atau stress, aku akan mandi dan hobi aku dedulu mandi pukul 2 am, tak lap badan dan trus pi tidor. Maser aku buat degree dulu pun samer. Habeh kuliah pukul 11.00 malam, aku akan sampai umah pukul 12.30 malam. Lepas makan nasi, aku akan mandi dlm pukul 1 am. Every night; tu yang peparu aku dikatakan agak lembab, ntah ler - lap ngan kaen x bley ker kalu lembab....

Kater pakar akuapuntur plak maser dia sarankan aku buat akuapuntur
kat celah ibu jari ngan jari telunjuk (tu ader aku tunjuk tempat kena cocok ngan jarum akuapuntur kat gambor sebelah).... pergh... sakit jangan cakap, macam kena first jab injection kat "punai" maser kena sunat dulu. Lepas tu tangan lenguh. Dia cakap kalu lenguh satu tangan, maknanya peparu aku tak sihat; jadi maser dia tanya, cikgu tangan lenguh tak, aku cakap tak [nak jaga kemaskulinan aku], cuma kat tempat cucuk tu sajer sakit. Pergh dia senyum, tu tandanya peparu tak sihat. Ya ke....? Cikgu, saya cucuk jarum ni kat saraf yang kawal peparu cikgu, kalu sakit sangat maknanya cikgu tipu le tangan tak rasa lenguh .... Ahak3... kan dah kantoi. (Moral of the stories = jangan suker tipur pakar akuapuntur).

Cuma kali ni batuk dah slalu sangat, campur plak dengan selesema, perut dah raser cramp. Oh ya berbalik ngan kisah doktor tadi, dia tanya nak ubat tu, nak ubat ni, ader setengah yang aku nak dan ader setengah yang aku tak nak. Dapat Mc dua hari. Pi kat bahagian farmasi, dia hulur bil.... Mak ai.... RM 95.40 banyaknya. Aduyai, padahal semalam aku tipu org umah aku. Aku minta dia belikan Gamat Healin yang harga RM 128.00; aku cakap aku tak cukup duit. Jadi dia tambah duit dier .... hmmmm malam tu aku kena balik .... harga ubat punyalah mahal padahal aku tahu ikutkan harga ubat tak sampaipun RM20 kalu aku beli kat farmasi sebelah. Tak perlah, harga bagi MC dua hari.

Malam tu, balik daripada pusat perubatan, aku minta orang umah tolong hantar ke opis yang jauhnya dalam 40km. Sebabnya aku rasa serba salah, nak kena pulang buku adik aku sebab dia nak peksa. Dia dah nak buat revision. Jadi kena pi gak opis malam tu. Dalam maser yang samer aku kena hantar MC kat bos. Tinggalkan atas meja member meja sebelah dan surat apply cuti rehat on Friday. Ingat nak belanja orang umah makan Char Kuey Tiaw malam tu tak jadi sebab org ramai sangat. Maknanya, this week I'm going to rest at my home for 5 days. Puhh... sangat beshnyer.

 

Soknya aku, aku text boss bagitau aku dapat MC dua hari dan nak apply cuti rehat Jumaat. Still no reply hummm.... seb ler, aku bantai tido. Dia nak marah ke tidak, approve cuti ke tidak, aku tetap nak cuti. Saper suh x reply .. bisik hati aku yang bengang. Masalahnya, aku ingatkan dapat tido dengan selesa apabila tengah bercuti tapi hp berbunyi mengalahkan aku kat pejabat. Orang tu telefon nak minta pindah, tanya pasal borang, tanya pasal syarat, tanya pasal prosedur, tanya macam mana nak isi borang, tanya pasal nak tambah guru dan ntah apa lagi perkara. Cuma yang aku sedih apabila mereka akan mulakan dengan, saya telefon opis tadi tapi orang yang angkat telefon suruh telefon encik. Dia bagi no hp ni. Hmmm.... aku tersentak, pehal plak member opis bagi no hp kat semua orang. Walhal sesetengah soalan tu member boley setel kat opis tanpa merujuk kat aku. Pergh.... hati mulai terasa sentap. Member seopis tak taukah aku tengah cuti sakit. Tak consider ke member nak berehat.....


Lama kelamaan hati ini menjadi sejuk sebab aku mulai muhasabah diri sendiri. Apa salahnya aku memudahkan kerja orang; mungkin nanti Allah akan mempermudahkan kerja aku. Yang pastinya, setiap kali mereka telefon, mereka akan tanya encik di mana. Tengah mesyuarat ker? Aku akan jawab tengah cuti sakit dan mereka akan akhiri dengan "Insya Allah, saya doakan encik akan lekas sembuh," Bukankah doa orang terhadap kita akan  didengar oleh Allah. Alhamdulillah aku tersedar juga daripada sikap ego dan sombong aku. Lewat petang, telefon semakin berkurangan dan aku boleh melelapkan mata. Dan aku raser badan semakin mulai kuat sedikit. Dan pada hari itu, aku tidak pergi ke Kuala Langat dan alhamdulillah kerja ini diganti oleh Fakhrul, suami doktor yang baik hati ... (next week aku nak belanja dia sarapan pagi sebagai balasan kebaikan hatinya menggantikan tempat aku).

Letih gak dalam masa 3 hari dengan berbaring sahaja. Dalam masa berbaring di rumah sambil menonton televisyen, membuat assignment bfund, menjenguk fb (boleh sempat chatting ngan ex-students), aku mulai terasa kehilangan rakan-rakan seopis. Rakan2 yang sebumbung dengan aku, yang sama2 sebilik dengan aku dan sekementerian dengan aku. Rakan2 yang sama melayan parents, sama2 menguruskan guru dan rakan2 yang selalu bergelak ketawa. Tapi, sehingga ke hari ketiga aku di rumah, aku asyik ternanti2 sebarang text sms yang bertanya khabar. Lupakah mereka kepada aku. Pergh, baru tak sihat sehari dua, aku mulai kehilangan rakan2 tetapi adakah mereka juga terasa begitu. Apabila perkara sebegini berlaku, kekadang akan membuat kita berfikir kedudukan kita di mata rakan2. Kadang2 kita akan mulai menilai sejauh mana keberadaan kita di opis dan siapa kita sebenarnya di mata rakan2. Hmmm.... peristiwa ini yang mulai mengajar aku kembali kepada landasan sebenarnya. Arghh... bukankah aku sering berkata bahawa tidak semua yang kita harapkan akan kita dapati. Maknanya, aku hanya pandai berkata2 tetapi tidak mempraktikkan kerana selama 3 hari hanya sibuk menanti orang bertanya khabar terutama orang atasan yang selama ini mem*&^%$#kan aku (ahh... bunyi seakan mengungkit namanya). 

Tidak, inilah realiti kerana semasa di universiti, aku belajar organizational behavior namun itu semua di atas kertas. Aku belajar suatu perkara, if you want to be the best manager, you should entertain your subordinate as your asset not as a liability. Tetapi di dunia nyata, itu terlalu ideal. You sakit, that's your own business. Hmm....

Hari ketiga, cuti dibatalkan. Aku harus ke Shah Alam. Hasrat untuk meminta kawan menggantikan aku diketepikan kerana aku tau, selagi maner kamu tak terlantar, usahakanlah sendiri. Kasihanilah diri sendiri daripada mengharapkan orang lain untuk mengasihani diri anda. Percayalah memang benar, kawan ketawa, pergh... bersepah tapi kawan menangis... helo bro, lu laplah air mata lu sendiri....


Dalam perjalanan ke Shah Alam, hp berbunyi 

"Salam, apa khabar? Dengar tak sihat yee... dah gi klinik ke? Harap jgn lupa makan ubat."


Akhirnya aku terima juga tanda ingatan daripada rakan sepejabat. Oh, ada juga rakan mengingati aku. Dan hari ini aku terima satu lagi text daripada rakan seopis ,


"Tq tn sory ganggu semoga cepat sembuh jgn lupa makan ubat dan rehat. tq.


Terima kasih  atas ingatan dan semoga Allah memberi aku kekuatan dan kesembuhan. Benar kata nenek aku di kampung, sakit ini datang bagai ribut dan akan pergi bagai siput. Terima kasih sakit, kerana kau telah mendewasakan aku untuk mengenal erti suatu kehidupan.

No comments:

Post a Comment