Tuesday, October 2, 2012

Bila jiran buat kenduri kawen?????



Minggu lepas 30 September 2012, jiran belakang rumah aku buat kenduri kawen anak bongsu dia. Yang aku tau anak bongsu dia ex-UIA buat accountancy tapi Cuma seskali-sekala balik dan aku Nampak muka dia. Isteri dia dengar khabar orang Tanjung Malim…. Ini majlis kedua yang dibuatnya …yang pertama buat di FRIM anak no 2 – perempuan.
Ni gambo hiasan jer...ni umah sepupu kitaorang kat Jaybee...

 
Kay….yang aku nak citer ni bukan pasal anak dia kawen. Tapi yang aku nak citer ni ialah bagaimana perasaan korang kalu jiran bertemu pintu belakang buat kenduri kawen anak dia, korang boleh tak dijemput. Jeng…jeng…jeng…tak ker pelik…musykil betol aku dibuatnyer. Tapi aku bersangka baek dengan jiran, mungkin dia terlepas pandang or namer kitaorang dah terkloa daripada senarai jemputan kot…..ahak2
"Ha ...alah... uncle ni...x dijemput pi kenduri pun dah nak sentap....panaz..."


Sebenonye kami dah tau yang depa nak buat majlis anak dier daripada jiran2....manakan tidak, anak sulung dia bercerita pada orang ramai maser nak beli nasi lemak kat warung depan rumah. Terkejut gak orang umah biler aku bagitau jiran belakang nak buat kenduri. May be sari dua lagi d epa akan datang menjemput. Tapi sehingga hari Sabtu  a day before majlis, tak der saper datang jemput; depan umah diaorang dah terpacak canopy; aku dah tak senang hati. 


"Naper keluarga abang x jemput jiran belakang rumah ya????"

Tanya pendapat adik aku yang otw ke Kuantan sama ada nak pergi atau rumah jiran tersebut ataupun tidak. Jawapan yang diberikan tidak dapat menenangkan hati kami berdua. Persoalannya....bolehkah kami tetap datang membantu majlis atas alasan mereka jiran ....tetapi aku takut satu....maybe dia memang tak nak jemput kami atas alasan yang dia sendiri tahu....kang kalu kami pergi gak tentu tuan rumah jadi serba salah. Aku plak pernah mendengar ceramah agama bagitau, kalau kita pergi jemputan tanpa dijemput, haram hukumnya.....pergh...
Makan nasi tuan rumah kalau x dijemput haram ....tak mahu ler kalu haram....


Jadi nak menyelamatkan keadaan, pagi Sabtu aku ajak orang rumah chow ke Shah Alam. Actuallynya, maser hari Jumaat tu aku dah tempah Hotel Quality Shah Alam; in case both of us are not invited to the wedding ceremony. Jadi nak mengelakkan jiran2 yang dijemput tertanya2 naperkami berdua tak pergi kenduri dan menimbulkan fitnah; baek kami lepak kat Hotel Quality....selamat keadaan dan at least tak terasa ler hati sebab jiran tak jemput kenduri.....He2 duit pun selamat....ahak2

"Oit...pehal dia tak datang kenduri jiran dier ni....hmmmm mesti jenis tak suka campur masyarakat kot"

Jadi kepada ssaper yang buat kenduri....pastikan jott down senarai jemputan agar jangan sampai ader yang tertinggal especially your neigbours.......

4 comments:

  1. jiran betol2 duduk sebelah umah kami,pon tak jemput kami jugak kenduri sambut anak menantu mereka thn lepas. Khemah dah terpasang 2 3 hari sebelum ari langsung. Kami dapat tahu anak jiran kami nak kawen tu melalui jiran lain. Sampai ke sudah kami tak dijemputnya. Kami sebenarnya ada masalah ngan mereka sekeluarga. anak2 mereka langsung tak hormat kami. bila kami pegi mengadu,dikatanya kami bermasalah. tak suka campor orgla,itu la. dah memang kami jenis homefamily type. nak buat mcm mana. Kami sentapnya sampai ke hari ni. Sampai ke hari ni, kami tak redha dgn perbuatan mereka sekeluarga sebab memalukan kami sampai tahap mcm ni. Dan saya bersumpah sampai saya mati pun, saya takkan redha dengan perbuatan mereka kecuali klu mereka akui kesalahan dan mintak maaf dgn kami. Kami bukannya kemaruk sgt nk makan kenduri diorang,klu letak kad dlm peti surat kami tak kisah. Tapi syg,pakai serban bertingkat2 pon tak tau adab berjiran

    ReplyDelete
  2. Saya pun kena macam tuh minggu lepas..jiran buat kenduri tak jemput kami..tapi dia berasa bangga sebab tak jemput kami..dia bercakap pada jiran2 yg lain Dan hadiri yang datang kendurinya..puas hati aku tak jemput depa mai kenduri sebab depa tuh keluarga babi..kami pun tak tahu apa yang kami telah buat padanya sebelum nih..abah saya bukan jenis suka amik tahu hal orang..saya jarang ada di rumah sebab saya kerja jauh..yang kami tak suka padanya sebab dia suka bercerita merata2 tempat Dan orang pasal keluarga kami..tak Kira la dekat mana pun kat kedai..setiap orang yg datang kerumahnya mesti dia akan bercakap pasal kami..kami dengar sebab kami tinggal depan rumahnya..jiran2 tnya kami kenapa dia tak jemput kami sebab kami jiran depan rumahnya..kami hanya diamkan saja..ada jgk hadirinya parking kereta depan rumah kami kami biarkan saja..kalau dia dah tentu maki hamum sebab parking depan rumahnya..yang saya sangat geram Dan marah dia panggil kami kelurga babi..kami pun tak tahu apa yg kami telah buat padanya sebelum nih sampai dia benci sangat pada kami..saya tak akn redha apa yg dia buat Dan kata pada kelurga saya terutama pada abah saya..saya ingin tahu apakah hukum jiran tak jemput kenduri Dan berniat nak malukan kami sekelurga??

    ReplyDelete
  3. Saya pun pernah . Jiran selang dua pintu dr rumah saya. Tak jemput oklah, myb terlepas kut. Tp yg kelakarnya, lps magrid hntar nasi kenduri yg tk habis.... aku hambik je bila dia ketuk pintu hulur sebekas tp aku tk mkn nasi tu. Aku buang ke dlm tong sampah. Dia ingt kita ni lapaq sgt nasi kenduri dia.

    ReplyDelete