Friday, January 13, 2012

Mahal Na Mahal Kita


Pagi Khamis yang lepas semasa aku sakit, aku dok le tengok TV. Dah tak pegi keje, tonton cerita kat ASTRO. Tetiba tetonton satu citer Filipina yang tajuknya "The True Love". Besh gak citer Philiphine ni sebab citer dia menusuk gak kat jiwa. Tak cam citer Ombak Rindu. Pergh.... giler btoi tengah sakit bley plak layan citer cinta. Pe nak buat, dah terbaring jer kat atas tilam, tengok citer jiwang ok gak. Hmmm.... tu yang buat dalam hati ader taman tu.

Yang besh tu part dialog .... "Sesungguhnya dalam percintaan itu akan ader hati yang terluka. Sama ada kita akan melukai atau kita yang akan dilukai..." Jadi bersedialah untuk itu kerana kita sendiri yang mengejar cinta. Hmmm..... bak kata Iza dalam OR, Cinta itu tidak bersalah tetapi manusia yang yang bercinta itu yang perlu dipersalahkan.

Sebenarnya, semasa menonton citer2 cinta dan menghayati bait-bait indah pelakon yang pastinya diolah oleh penulis skrip mungkin daripada citer khayalan ataupun kisah sebenarnya, kekadang ader kebenarannya. Kekadang tanpa kita sedari, kita sendiri telah melukai hati orang lain dan kita bergembira atas kemenangan kita dalam mengharungi percintaan. Yang menang pasti akan berkokok seakan-akan dialah yang termacho dalam dunia, dan dialah yang paling hebat menjadi rebutan gadis2. Yang pastinya, yang kecewa, yang merana, yang terkena, yang teraniaya, yang berendam air mata dan yang terluka; mungkin hanya Allah teman pencurah raser. Sedar atau tidak, doa diiringi air mata pasti akan membuka hijab doa terus ke pangkuan Allah bagi diaminkan doanya lantas dia adalah orang yang teraniaya.

Nah, setelah berbelas tahun citer itu menjadi lipatan memori; hari ini aku mulai belajar menghayati erti kata2 pelakon itu. Hari ini aku belajar memuhasabah diri sendiri. Pada hari ini baru ingin menjejaki citer2 di balik sejarah yang pasti tidak akan berulang. Adakah dahulu semasa aku berada dipersada, aku juga telah melukakan hati orang2 lain dan doa mereka ini yang mengiringi kehidupan ini sampai biler2. Jika benar inilah ketentuannya, aku redho dan pasrah kerana yang berlalu sudah pasti tidak akan kembali. Yang terluka pasti akan sembuh tetapi parutnya pasti akan tinggal dan pasti akan terungkap kisah lama yang akan kembali berputar jalan ceritanya stiap kali parut itu terpandang.




Kepada yang pernah aku lukai, yang pernah aku sakiti, kerana aku korang terpaksa mengundur diri, kepada korang yang pernah melihat daripada kejauhan ketika aku megah berkepak atas suatu kejayaan, maafkan aku, maafkan aku dan maafkan aku. Aku kini ibarat orang sedang kalah dalam menghitung waktu dalam menanti "cahaya" yang entah bila akan tiba ke pangkuanku.


Benarlah kata Habibah yang aku temui setelah lama berpisah, " Terkejut! Tak percaya! Hmmmm.... kerana abanglah saya berubah menjadi begini kerana saya bukan budak yang abang tolak dahulu, seorang budak Form Two gemuk yang hanya mengharap simpati ....."



No comments:

Post a Comment