Friday, January 29, 2010

Budak Tak Baligh

Keh... keh... kiok. Tiba-tiba my ex-class mate hantar gambo ni kat aku. Mak ai rasa macam nak nangis sebab dulu aku mana ada duit nak beli gambar. Ayah mesti tak layan dan aku tak tau kepentingan membeli gambar masa kat sekolah. Ni gambar masa kami tahun lima 1981.

Ingat, kalau anak korang dah bergambar kat sekolah dan dia merengek nak beli, korang belikan le. Gambar yang korang ingat tak berguna akan menjadi sweet memory oooo. Padahal gambar tu regenya 60 sen je.
Depan : Cikgu Y, Pn. Khatijah Long, En. X, GB yang garang Allahyarham Kamaruddin, Hj. Z, Cik Yap (guru kelas aku - pun garang. Satu salah matematik, satu buku kena koyak) dan Pn. Katemi Jemangin - cikgu sejarah yang suaranya macam halilintar - korang tau dia ni mak saper; mak Minarwan Nawawi - pemain hoki yang masuk sehati berdansa yang masuk iklan gigi palsu).

Pompuan : __, Norhaidah Rais (dia nyanyi lagu Hettyn Koes Endang masa concert year six), __, Patricia Audrey Low (bapak dia meninggal masa kami tahun 5 - dia nangis depan aku teresak-esak sebab dia cuma dapat 4A 1 B masa penilaian darjah lima), __, ___, __ binti Johari (pergh; nama bapak dia aku ingat plak), __, Elizabeth Cheah (dia budak pandai tapi selalu tolong aku), Nurul Hafizah (aku suka tengok tocang dier, macam baby doll, rumah dia dua tingkat), __, Maizura (anak cikgu, selalu dapt no 1, budak ramai minat kat dia, termasuk aku. Tapi bila budak giatkan aku dengan dier, aku nangis, bodo le aku ni. Bapak dier Kapten kot), __, __, __.

Jantan : Shahrudin (Shah black - dia satu sek ngan aku kat Smban. La ni dia lecturer kat Fak Pend. UiTM Shah Alam), Tajudin (dapat 5A - mana ntah dia pegi, kata dulu dia study kai UIA), __, __, Ramdzan (dia duduk kat depan umah aku skrang, tak sangka plak aku ngan dia pernah satu sek dulu. Tak salah aku dia datang jap je), __, Patrick Lim (pandai gak budak Cina dan dia suka bertugas dgn aku prefect, sebab tu aku masa kecik dipangey apek), __, Hishamuddin (boring, asyik dia dapat no 1, bapak dia dresser, the only one yang dapat MRSM, kami masa tahun lima pelik sebab dia masa darjah 4 dah ada misai dan berbulu, dia ni baligh awal kot, dia kata dia ada rahsia nak cita kat aku tapi sampai skrg tak cerita, dia head boy sek aku), Thiru (selalu menangis sebab orang suka main nama dia Tiru), Zakry Abadi (dia ni belagak ooo sebab umah dia ada mesin basuh, aku pun jakun masa tu sebab tak pernah tengok mesin basuh), nama dia luper tapi dier ni kawan baik aku, Cute boy (the most handsomest boy in the world - naper jorang suka panggil aku apek masa kecik ha?), __, Rashidi (pandai ngaji, no 1 dia, aku no 2 - dia pi SMAP LAbu dan pi UIA), __, __.

Bestnyer kalu dapat berkumpul dan borak dengan diaorang ...

Politik Pejabat

He.. he ... he... Hari ni aku tewas. Aku kalah dalam mainan politik pejabat dan aku disingkirkan dengan cara paling halus dan terhormat. Mereka berjaya menyingkirkan aku daripada organisasi dengan cara paling hebat. Percaturan yang cantik dan aku terperangkap antara bishop, queen, king dan pasti tidak lama lagi aku akan kena check mate.

Dulu masa kawan aku buat thesis master dia berkaitan politik di dalam organisasi, aku pelik. Ada ke??? Tapi apabila kena pada batang hidung, baru tau....Oh, inilah orang kata sebagai politik pejabat?

Mana bloh aku berada di dalam organisasi yang hebat itu tanpa sebarang post. Budak tadika kemas pun tau kalau sebelah cikgu dia ada seorang yang berdiri di tepi meja tanpa ada kerja. Mesti dia tanya, cikgu, tu saper?

Dia dulu cikgu kamu tapi sekarang cikgu dah ambil kerusi dia. Sekarang cikgu adalah cikgu kamu. Tak pe murid-murid, kita belajar macam biasa, biar bekas cikgu kamu berdiri diam-diam kat sebelah bekas meja dia dahulu.

Itu tamsilan je... macam aku. Mereka dah masukkan orang dalam post aku, lepas tu suruh aku pegang post aku. Funny... funny... funny; tak pernah dibuat orang. Kalau ikut hukum wasiat, wasiat terakhir akan menidakkan wasiat lama...

Jadi apa lagi .... chow le dari situ. Ko tak tau malu ke????

Monday, January 25, 2010

Napa ada manusia begini ....

Pelik betul aku kat opis aku. Aku rasa semua orang yang dipilih ke opis aku ni mesti orang yang hebat-hebat sebab bukan senang nak duduk kat opis ni. Tapi bila aku tengok office mate aku ni, aku pelik + tension + geram + stress. Bukan tak cakap, bukan tak sindir, bukan tak tegur; semua dah buat tapi macam tu gak. Kerani kat office aku cakap, mungkin dia rasa dia bos, atau dia memang dari kecik begitu atau memang dia kat umah semua benda wife dia buat kot. Arghhhhh.... aku tension betul. Mana tak tension, cubicle aku kerja ni betul-betul depan pantri.

1. Napa ha, bila dia makan kat pantri, baik sudu, baik cawan, baik pinggan; semuanya dia tinggalkan atas meja makan. Senangnya dia hidup. Dulu kalau ada bibik, dia le buat semua. Kadang2 dia merungut gak kat aku. Masalahnya, bibik kerja sampai pukul 3 pm. Lepas tu tinggal le atas meja. Bila aku tegur dia jawab senang; kalau ko nak basuh, basuh, kalau tak biar le kat situ.

2. Napa ha, bila dia beli nasi lemak ke, mi ke, nasi goreng ke, lepas makan bungkusan tu dia tinggal atas meja. Lipat bungkus nasi lemak, letak sudu atas bungkusan supaya kertas jangan terbang, basuh tangan dan sambung pi kerja. Argh... saket mata aku.... Kekadang, polistrin box pun dia tinggal...

3. Napa ha, kalau dia rajin sket, dia angkat pinggan mangkuk ke sinki tapi dia letak dalam tu saje. Kekadang sampai busuk sebab hari Sabtu dan Ahad tak kerja. Yang tensionnya aku sebab bau busuk tu masuk kat dalam cubicle aku.....

4. Napa ha, kalau dia dah makan kat pantri, kuah lauk, sambal, tumpahan air minuman atau serpihan kuih atau biskut dia tak nak lap. Kang bila aku terajin nak buat filing atau urus bahan kat pantri, habis berminyak kat atas surat-surat. Orang nampak macam aku tak profesional makan sambil buat kerja. Ergh...

5. Napa ha, dia selalu rajin beli air kat luar. Dia haus kot? Memang le haus, aku tak kisah sebab itu memang telah ditentukan Allah. Tapi ..... napa dia suka campak straw dengan plastik minuman dalam sinki. Sian kat dia, tak boleh bezakan antara sinki dengan bakul sampah..........

6. Napa ha, dia suka sangat ambil tooth pick. Aku tak kisah le kalau dia nak ambil, itu sudah lumrah alam. Bagaimana nak guna usah le tanya sebab suma dalam opis aku ni dah pergi kursus etiket. Kekadang tak jumpa lidi, dia guna hujung penutup pen atau klip kertas... Itu aku tak kisah, hak dia. Tapi.... napa lepas selesai tugasan, semua benda tu dia campak merata. Atas sinki, dalam pinggan, dalam gelas minuman, atas meja makan, atas rak susun pinggan dan yang paling aku GERAMMMMMMMMMMMMM ada dua tiga kali bila dia tinggal atas meja aku, kat sebelah key board aku dan aku siap terpegang masa buat kerja ......

Macam mana aku nak buat ya..... aku dah letih hidup dengan orang sebegini........ Aku rasa dah banyak aku dapat dosa kering kerana mengata dia kat belakang. Dulu aku tak kisah sangat sebab aku rajin kemas pantri tapi lama-lama aku rasa bodoh sangat; rupanya aku punya kerja kat opis ni, supervisor cum maid dia, hampeh btoi .....

Monday, January 18, 2010

Anak Angkat (Siri 1)

Pening kepala ni...

Ko nak anak tak?
Ini ada orang nak buang anak, ko nak tak???
Hoi, aku dapat line yang ada orang tak sanggup nak jaga anak dier?
Hang nak baby tak, ada orang miskin nak tolak anak dia kat sesapa yang nak anak dia. Tapi hang kena bayar sket la kat parents dia...
Aku nak minta tolong hang sket le, nak minta selamatkan akidah budak. Ada orang kat taman aku nak bagi anak dia kat couple bukan Islam....
Ish... ni lah budak zaman sekarang, dah 'main' sebelum kawin, mengandung dah mengelabah. Sekarang dah tau nak letak mana baby tu... Emmm ... apa kata ko ambik...

Ni lah ayat yang selalu aku dengar dan kekadang membuat aku migrane. Orang yang cakap tu senang je angkat bibir atas dan bawah. Mereka ingat nak ambil anak angkat ni macam nak beli cili boh kat pasar. Nak masak mi goreng, cili habis pi beli.

Nak mabil anak angkat ini banyak cabarannya; apatah lagi apabila kita nak ambil satu zuriat yang bukan daripada darah daging kita. Kita mestilah sedia mental dan fizikal kerana membela anak orang lain. Mungkin orang melihat mereka yang takde anak ni desperate sangat sehingga kalu ada anak kucing tepi jalan dah melompat satu kampung.

Maybe my statement looks quite arrogant but it is reality. Bukankah setiap baby itu suci, manakala ibu bapanya nanti yang akan mencorakkannya menjadi majusi, nasrani dan sebagainya. Ni nak ambil sorang baby, nak masuk dalam keluarga kita, bukan setakat kita berdua tetapi dia akan berada dalam lingkungan keluarga dua buah keluarga lain dan mempunyai banyak keluarga lain. Persoalannya, adakah keluarga yang lain akan menerima seadanya.

Membela anak angkat ini bukanlah bersifat sementara macam kita pinjam buku cerita. Right after you finish read the, book, you have to return it to the library. Ada date line yang kita kena patuhi. Kalau best, kita pinjam, dan pinjam dan pinjam dan pinjam. Extend the due date. Tak best, ari ni pinjam, esok pulangkan balik.

Ini baby, kejap nanti jadi budak, next change becomes teenager and then dewasa. Bolehkah kita pinjam daripada familynya and then we return it back if we feel we are not suit with that child???

Frankly speaking, I'm not ready yet to addopt any child to be a part of my family because I knew that my own family also will not agree with this suggestion. Insya Allah, one day when I feel that there will be no baby voice will appear in my house; masa tu boleh difikirkan.

Yang nyata, both of us pernah solat hajat dan minta pada Allah, kalau benar kami akan mempunyai anak melalui darah daging kami, berikanlah mimpi supaya kami dapat melihat wajah baby dalam mimpi.

Allah itu maha adil dan berkuasa... the f0llowing week, both of us mimpi ada baby laki kat umah kami....

I knew Allah is fair to everyone; cuma kita sahaja yang harus berdoa dan berdoa.

Sunday, January 3, 2010

Napa malas nak up date blog ya???

Ntah??? Dulu masa aku nak mula buat blog, orang gelakkan aku. Ko mana ada masa... Aku dengan sombongnya jawab, kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih.

Mana ada orang nak baca ko punya blog...
Aku cakap le, sapa plak yang nak suruh orang lain baca. Aku anggap blog ni macam diary aku, cuma dia ditulis di alam maya. Orang umah aku pun aku tak bagi alamat. Hopss sorry.
I told her, my blog is my my privacy. Boss aku kat opis nak minta alamat pun aku tak bagi. Tak bleh beb, sebab dalam blog ni le kita nak kutuk orang ke, kutuk orang rumah ke atau kutuk apa-apa je, but you must have your own responsibility and accountability for whatever article written.

Ikutkan dulu aku ni rajin gak menulis. Kat sekolah dulu, pernah dapat tempat johan menulis cerpen cerita agama peringkat Negeri Sembilan. Tempat kedua pertandingan menulis cerpen peringkat SBP, tahun 1987. Tapi yang aku tak bleh lupa, khas untuk ambil hadiah pertandingan tu, simpan duit scholarship. Biasiswa Kecil Persekutuan, sanggup tak makan sebab nak beli baju kemeja Biru jenis Padini. Ooop, sloa tak de, I've to borrow from Bad Leng (thanks Bad for lending me your blue trousers eventhough your trousers tu btoi-btoi hanging - atas buku lali. ). During my school year, aku bukannya anak orang loaded. Every month, my father will sent money order, paling banyak pun RM 25. Itule yang aku rolling untuk hidup selama sebulan, (nanti aku cerita siksanya hidup aku kat asrama sehingga sekarang ia membentuk aku menjadi manusia yang paling kedekut dalam dunia - kata orang umah aku) He... he... he cakap gitu sebab everytime makan kat luar, dia je kena bayar, aku tukang kira ang then merungut kedai tu cekik darah. Aku cakap le, orang umah aku tak hisap rokok, sebab tu dia kaya. Nanti dia senyap le, lagipun aku pun tak hisap rokok tapi aku suka beli magazines or books (bacanye tidak).

Back to the memory.... Malam tu dressing gila le sebab selalunya kami kalau dinner, kena pakai baju Melayu warna biru, sloa hitam (yang baunya mak ai) pasai aku hanya ada satu baju Melayu biru dan satu sloa hitam. Kalau nak basuh pun kena basuh hari Khamis sebab malam tu selalunya tak yah pakai baju biru (pakai baju Melayu dengan kain pelikat) sebab makan sebelum Maghrib, nak baca Yassin da...

Rupanya malam tu baru aku tau aku kalah dengan budak "Katak". Hadiah disampaikan oleh Pengetua "KataK" (dulu kami panggey depa Katak - pasal aper jangan tanyer sebab senior pun panggey gitu, so aku pun ikut gak) Aku dengar dia dapat duit RM 300. Aku naib johan, dapat RM 250.00 dan tempat ketiga dengarnya RM 200.00 - budak STF. Balik bilik, buka le kotak hadiah, korang tahu aper isi... kotak underwear Depi. Tkjot aku dibuatnya, aku pun pi tanya cikgu " " (lupa plak nama dia). Dia cakap, penganjur cabut lari dan tak nak bayar hadiah pemenang. Johan yang dapat tu pun guna duit dia. Budak STF tak dapat datang, jadi selamat le. Mak ai terduduk aku dibuatnya, hancur lebor harapan. Sampai sekarang duit tu tak pernah aku tengok batang hidung. Ingat nak ganti balik duit biasiswa yang aku gunakan sebab tu le duit nak buat makan sepanjang SPM.

Malam tu, dengan poyonye, aku pun basuh le baju Padini kesayangan ku (beli kat Wisma Punca Emas - ada lagi ke bangunan tu). Aku jemur kat belakang Blok D (Bendahara). Balik sekolah esok, lebor. Hangen satu badan aku dibuatnya, ada kutu rembat baju yang pertama kali dalam hidup aku beli (rega RM 49.90) mahal beb tahun 87.

Tapi akhirnya aku tau gak sapa yang rembat, ntah betoi atau tidak aku tak tau. Katanya masa check kat Immegresen di L terbang Subang, budak-budak yang sekapal dengannya ternampak banyak baju, sloa (termasuk baju aku) dalam beg dia. Mak ai, dari Blok Temenggong bleh menyusur kat blok Bendahara; jauh tu. Aku tau ni pun lepas member aku sampai kat Sarawak tulis surat kat aku. Tak pe le aku halalkan, mungkin dia nak bagi kat ayah dia atau abang dia. (Dengar khabo dia sekarang kat oversea; keje PTD; kat kedutaan).

Anyway, tahun 2004, tahun manis aku. Bila drama aku terpilih oleh pihak Astro sebagai drama raya. Ok le, dapat gak belakon sebagai artis cameo dalam drama Hari Raya. Dapat le kloa dalam 15 saat ... he... he... he. Salah satu syarat yang perlu aku patuhi jika aku nak bawa balik hadiah kemenangan berjumlah RM 10, 000. Mewah beb;

Oleh sebab aku dah dapat 10k, aku halalkan le duit yang patut aku terima tahun 1987. Halal!!!


CIRI-CIRI ORANG BERMOTIVASI

Hari ini aku berkemas rak buku, susun fail, buang mana-mana bahan yang tak boleh digunakan. Tiba-tiba aku terjumpa suatu bahan yang ingin dijadikan sebagai bahan motivasi sempena tahun baru :

Sentiasa awal dan bermotivasi,
Sentiasa bersemangat,
Sentiasa tekun dan rajin,
Sentiasa positif dan optimis,
Kenal potensi dan kehebatan diri,
Sentiasa cekal dan tabah,
Sentiasa memperbaiki diri dan keadaan,
Sentiasa menghasilkan kerja cemerlang,
Sentiasa bersyukur,
Sentiasa berdoa,
Sentiasa bertawadhu.

Saturday, January 2, 2010

X DE BABY (Siri 1)



Petang semalam mem aku menangis sampai bengkak mata. Sian kat dier tapi aku buat macho tak layan dier. Dier nangis sambil solat sampai doa. Langsung tak nak jemaah Maghrib dengan aku. Ni sumer pasal gambar kat atas...

Biaserler, tahun 2010 ni, kami dah kawen kat 14 tahun tapi baby aku pi main kat syurga dengan baby lain tak reti-reti nak turun. Dia syok main kat syurga kot. Aku ni tak kesah sangat sebab dah lebih satu dekad. Masalah problemnyer, ada kutu mana kat surau tempat ayah aku jemaah sudah racun sama dia. Ader ke dia suruh ayah akur pi paksa kami pi jumpa dengan satu bomoh kat Pasir Panji kat Ipoh. Aku ni malas btol nak pi berubat, buka sombong tapi dah letih pi merata. Ayat sumanyer samer.

Yang peliknya kali ini, depa kata mungkin orang umah aku ader menyimpan syaitan atau pelesit kat dalam badan. Sebab tu baby kami tak nak turun-turun. Aku masa dengar tu diam je, malas nak dengar benda-benda yang menghiris perasaan. Orang yang lihat senang je cakap, orang yang menanggung ????

Aku ni kalu nak pilih orang mesti tak suka pilih orang yang mengubat orang yang ada unsur buz. Jadi bila ayah aku hulur kad perniagaan bomoh tu, aku dah sentap. Orang alim selalunya tak suka heboh ilmu, barulah serasi ubat. Apabila aku tengok tajuk kad tersebut ....

"Ghost Buster" pergh.... dia ialah sorang penangkap hantu. Macam seekers kot ... Langsung aku teringat satu cerita yang aku minat dulu ...

" Its something strange, in your neighbourhood, who do you wanna call

GHOST BUSTER !!!

Perghhhh... tu pasal aku tak nak pi sana.....

Azam Tahun Baru 2010

Soalan klishe yang orang akan tanya....Boring plak aku dengar. Kalau tak pun, mrk akan tanya Azam 2009 dah habis ke???

Kalau aku, ntah. 2009 ader ke berazam. Aku pun tak ingat. Tapi dah ada blog sendiri, baik aku tanam azam 2010. Mana tau, dengan tercatatnya azam kat blog ni akan menjadi motivasi....

Emmmmm apa ya azam tahun ni????

1. Aku mesti grad gak master aku by hook or by crook. Mesti 'lawan' supervisor, kalau tak bila aku nak grad. Aku dah tak sabar nak salam YDP Agong... Aku suka kat dia sebab dia muda, isteri Agong kali ini pakai tudung, dia nampak baik, jiwa muda sebab join pertandingan berkuda.

2. Aku kena pastikan tahun mak dengan ayah aku dapat pi haji. Tahun ni aku tak begitu provoke pi wpun mereka dapat panggilan dua hari sblum pergi. Kerja gila maser tu. Tapi kali ini aku rasa mak aku dah ready kot.

3. Aku nak pastikan aku berjaya menubuhkan pusat latihan yang aku idam-idamkan wpun aku tau orang sinis kat aku. Mana tak, aku buka pegawai latihan tapi gatal nak buat pusat latihan. Yang penting, aku ini buat sesuatu yang dapat meningkatkan keilmuan guru-guru di daerah ini.

4. Aku nak kurang bercakap, mengumpat orang, lawan cakap bos, melagakan orang, malas, suka tengok crita Indonesia masa kat pejabat pada sebelah petang, well managed kat dalam cubical, up to date semua kerja dan fail, dan dipandang orang sebagai orang yang matured dan educataed dan bukannya pak lawak kat opis. Nak cakap dengan kadar yang perlahan agar dihormati oleh orang lain.

5. Sementelah nyawa aku dah pendek lagi setahun, aku mesti berubah. Mesti rajin sembahyang pada awal waktu, jangan malas solat, rajin bangun solat tahjud (malu kat mak mentua, every nite dia akan bangun pukul 4 am tanpa ada culas sejak muda lagi), solat jemaah kat masjid dan kalau tak bleh, wajib jemaah dgn isteri. Tak mau buat banyak doser, takut mati nanti tak sempat ngucap.

6. Aku sentiasa berdoa agar tahun 2010 ini membawa khabar bahagia pada kami. Semoga dia akan hadir di rumah ini setelah 14 tahun rumah ini rindu akan tangisan insan yang bergelar ...

Ni anak saper??? Aku pinjam gamba nak ko jap...

Hepi New Yer!!!!

Sedar tak sedar, dah dua hari Tahun 2010 menjengah. Umur semakin pendek setahun. Aduhhhh... amal masih tak banyak lagi nak bawa balik. Selama dua hari cuti ni, aku tak buat aper-aper, lepak dalam bilik je. Rasa lama plak cuti kali ini. Mana tidaknya, hari Khamis lepas aku ambil cuti, sajer, nak habiskan cuti tahun. Itupun masih berbelas lagi baki. Last year punya 3 carry forward dan 15 aku simpan untuk golden hand shake. Buat bekalan hari tua kalau kerajaan masa tu tak bangkrap. Ni pun gula dah naik 20 sen.

Cuti kali ini, orang umah aku ajak buat kerja gila macam 4 - 5 tahun lepas. Menonton filem Korea secara endurance... 26 jam tanpa kloa bilik. Berenti untuk solat, mandi dan pi solat Jumaat. Filem Boys Over Flowers, orang kata tu crita dah lama tayang tapi orang umah aku tertonton kat TV8. Jadi setiap malam aku tak bleh kloa sehingga 9.30 malam. Kalau dah tkloa, pukul 8.30 mesti ada kat depan TV.

Nasib baik kerani kat opis ada download cita tu; pinjam le dan save dalam lap top. Best giler crita tu, patut orang umah melekat depan TV. Actually orang umah bukannya kaki TV, dia tak minat tengok. Dia kata takut nanti mati depan TV. Tapi kalau crita Korea, kena ubah prinsip sket. Last kami tengok endurance tanpa henti crita orang tertukar anak, Miskin dan kaya tapi akhirnya mati kena kanser. (Biaser ler crita yang meruntun perasaan orang). Crita tu sezaman Winter Sonata.

Ni tadi adik aku hantar mesej suh tgk crita Korea Hot Shoot, best giler katanya. Ni kalu orang umah aku tau, pergh, tangkap tak buat kerja.

Jadi taun baru 2010 kali ini aku sambut atas katil sambil buka lap top. Orang umah aku kata macam kat dalam bilik hotel..... Pergh tak hengat...