Monday, January 16, 2012

Health Screening...

Beshnyer dapat menangguk ikan cam dulu, maser raya 1432H
 Malam ni start pukul 10.00 pm aku dah mula puasa. Puasa daripada makan tapi boley minum air masak sahaja. Esok pagi aku ambil keputusan nak buat Healt Screening kat BP Healthcare Group Rawang. Tadi dah pergi tanya prosedur cara nak buat Health Screening dan dia maklumkan ada dua Pakej; Pakej 1 = RM 130 manakala Pakej 2 = RM 630. Oleh kerana esok gak aku kena bayar duit premium insurans kesihatan RM 1900, jadi aku raser aku akan ambil Pakej 1 sebab duit tidak mengizinkan. Alhamdulillah, minggu ni aku baru je dapat claim perjalanan menghadiri Taklimat Pengundi Pos PRU 13 yang diadakan hujung bulan Disember 2011. Tambah lagi RM 100 je.

Tokey ikan tengah memilih ikan untuk dijual.
 Dalam Pakej 1 tu nanti, darah akan diambil sebanyak 5ml; banyaknyer. Kata staff BP, result akan dapat dalam 2 -3 hari. Mereka akan call untuk bertemu dengan doktor yang akan menerangkan hasil Health Screening tersebut. Dalam pakej itu nanti, mereka akan check Full Blood Pictures, Renal Function Tests, Liver Function Tests, Hepatitis B Screening, ABO Grouping & Rhesus, Rheumatid Factor, Lipids Profiles, Urine Analyses, Urine Microscopies, VDRL, Blood Glucose dan Free T4. Jangan tanya aku tentang apa menatang yang depa nak check tapi aku tak tau sama ada aku bersedia atau tidak untuk mengetahui keputusannya nanti. Most probably, aku nak tambah dua lagi test iaitu CEA dan CA 19-9 ( Detecting any tumour markers di Colon, Lung and pancreas.


Ikan talapia yang sedap kalu dikukus dengan halia... emmmm
 Sebenornya aku tak terniat pun nak buat pemeriksaan kesihatan ni. Orang rumah dah banyak kali suruh pergi kerana dia risau aku semakin kurus dan cengkung. Memang pada mulanya aku tak kisah sangat sebab aku sekarang dalam diet dengan mengurang kadar pengambilan nasi. Tapi cuba bayangkan, setiap kali jumpa orang; tiada lain perkataan yang keluar daripada mulut mereka, napa kurus, sakit ke, napa cengkung, baik ko buat pemeriksaan, tak cukup makan, dah x lawa cam dulu le sebab terlalu kurus. Baru-baru ni aku timbang berat aku dah turun 10 kg. Ada staff sepejabat baru-baru ni turun dekat 15 kg; apabila buat pemeriksaan, doktor beritahu kandungan gula dalam badannya terlalu amat tinggi. Dia dah kena ambil ubat. Akhirnya, aku tewas apatah lagi dalam mesyuarat di Gombak tadi, semua PK menasihati aku pergi buat pemeriksaan. Takper lah kot, mungkin aku boley detect kenapa aku kurus. Harapnya bukan kerana penyakit lain tetapi disebabkan aku tak ambil nasi.

Anjing yang tempang ni dah tak der, mana dia pergi ya???
Insya Allah, esok aku akan pergi dan buat pemeriksaan kesihatan. Semoga Allah memberikan aku keputusan yang terbaik. Aku ingin seperti dahulu, dapat belajar dan bekerja dengan baik dan tidak menyusahkan orang. Aku mulai rasa, kalau kita dah tidak sihat, orang dah tak berapa suka kita sebab kita banyak mengganggu  sistem kerja pejabat. Sekolah susah nak berurusan, pelanggan susah nak kena datang dua tiga kali dan banyak kerja berlambak di atas meja dan orang umah sentiasa dalam keadaan risau. Apa yang penting, apabila kesihatan semakin terjejas, prestasi kerja kita juga akan terjejas. Apa yang selama ini kita buat, terpaksa dikurangkan. Kekadang terfikir, alangkah beshnyer kalu dapat pergi menangkap ikan kerana aku suka sangat suka tengok ikan berenang dengan bebas di dalam kolam. 

Tetapi kekadang aku terlupa, sebebas manapun si ikan, apabila sudah sampai masa, Allah akan gerakkan manusia mengambil tangguk dan dia terpilih dan akhirnya tinggallah rakan lain di kolam untuk meneruskan kehidupan dan engkau akan pergi buat selama-lamanya....

No comments:

Post a Comment