Wednesday, December 8, 2010

REDEPLOYMENT 2010 (Siri 1)

Redeployment satu benda yang amat ditakuti oleh stiap guru kat Malaysia ni. Cayalah cakap aku, sanggup bertaruh potong jari cikgu tu kalu dia kata suka ya amat sangat dengan perkataan tersebut. Selangor sekarang tengah sibuk dengan benda ni. Sekolah menengah dah berlangsung dan dah penuh pun JPS dengan wajah-wajah duka dan geram cikgu2 dan cikgi2. Aku yang terlibat untuk daerah aku langsung tak terasa bersalah kepada cikgu tu.... napa ya????

Sebab :

1. aku redeployment kan cikgu TESL tu ke sekolah depan umah dia.
2. dia duduk kat batu 17 dan sekolah tu kat batu 16.
3. aku dimaklumkan dia pernah 2 kali mintak pindah ke sekolah tu tapi tak berjaya.
4. cikgu tu tak yah sengsara tiap2 pagi kena rentas pekan Rawang (yang jam maha dahsyat) untuk bekejar ke sek.
5. yang penting daerah aku yang terlibat hanya sorang (he...he...he...)
6. sebenarnya ada beberapa orang lagi tapi aku sorokkan sebab sian tengok kalu diaorang kena pindah ke daerah Gombak - Selayang plak tu.

Didoakan agar cikgu tu tak marah kerana stakat ni aku x dengar dia komplin lagi dan aku berdoa agar dia redho dengan "pertukaran paksa" tersebut dan yang paling penting aku tak menganiaya rakan-rakan.

Sebagai balasan atas perpindahan tersebut, kalu dulu dia kena pergi sekolah 25 km dgn bayaran COLA RM100 sbulan maka mulai 1 Disember 2010, dengan hanya 1 km jarak rumah - sekolah, COLA dia sekarang RM 300. Untung RM 200.

RM 300 x 12 bulan = RM 3600
RM 3600 x 5 tahun = RM 18000

berbanding duduk kat sekolah sekarang; untuk 5 tahun dia akan hanya dapat RM6000.

BON VOYAGE TEACHER!!!

7 comments:

  1. Tahniah kepada Encik yang telah menyenangkan hati guru tersebut dari kena travel jauh kepada yang dekat. Begitu la caranya kalau nak hantar cikgu ke tempat yang memerlukan guru. Dalam kes saya, saya ini dianggap malang sebab saya dihantar jauh dari sekolah saya. Dulunya di Subang Jaya, tetapi redeployed ke Sabak Bernam. Sedih tp saya ni ikan bilis saja, xmampu nak melawan. Saya turutkan jugak ke sini, suami terpaksa tinggal berasingan. Untuk keselamatan anak anak saya, ibu ayah saya terpaksa datang menetap dengan saya di tempat baru ini. Saya sedih guru yang masih single ditukarkan ke sekolah yang dekat dengan rumah saya, walhal saya yang berkeluarga terpaksa ke sini. Saya sedih COLA saya akan dipotong dari 300 ringgit kepada 100 ringgit sedangkan sara hidup saya meningkat. Kelim pindah saya ditolak atas alasan PPD Petaling Perdana takde duit. So, saya rasa semuanya dah terbeban ke atas diri saya. Saya sedih dengan tindakan JPS dan PPD ke atas saya. Teraniaya! Sekolah baru jauh berbeza dengan sekolah lama. Disiplin sangat teruk. Saya sendiri takut nak menegur, takut dibaling kerusi atau dirosakkan kereta. Itulah nasib guru seperti saya yang tiada pembelaan.

    ReplyDelete
  2. Sabar le cikgu .... saya nak komen pun tak tahu nak cakap apa. Kalau cikgu nak tau, maser kami nak buat redeployment, ada pegawai yang tak lalu makan. Saya yang nak redploy cikgu saya yang sorang ni pun mohon petunjuk daripada Allah. Paling takut menganaiaya orang. Tapi yang pastinya, bulan Mac ni lagi saya perit sebab ada 16 orang lagi yang akan mengikut cikgu BI ni, satu sekolah yang sama. Semoga pengetua memilih guru-guru yang benar-benar ingin berpindah dengan rela hati .... amin.

    ReplyDelete
  3. bagusnya klu semua pegawai berhati perut mcm encik. sy pn mangsa redeployment ke sabak bernam dr puchong. skrg sy bercuti tanpa gaji 3thn..krn mcm2 masalah yg timbul slps kejadian ini. pnjg klu sy nk cerita pon...hingga sy terlibat dlm kemalangan kereta dgn anak saya yg bermumur 2thn lbh ketika itu. sy dh x rs ingin ke alam sekolah lg. lgpon rmai sgt admin2 & cikgu2 d sekolah yg gila pangkat hgga sanggup&suka menganiaya org lain spt sy. bila difikirkan smula, sy mmg x menyangka nasib sy & rezeki sy sbg guru tputus begini. sy xtaw kemana hendak menagdu. sy utamakan kebahagiaan family dr sibuk mencemerlangkan anak murid. anak sy hnya mnum ribena sj utk meneruskn kehidupan stress nya smasa bsama sy di sabak bernam. hgga kurus keding badannya. makan x nak & hanya ribena sj yg diinginkan. sy sgt2 stress..krn family jd kucar kacir. hgga sy wat solat hajat&istikharah utk mbuat pilihan utk bcuti tanpa gaji.

    ReplyDelete
  4. XXX ... Sabak Bernam tu x teruk, tp mmg kwsn kampung. Blh jimat $ klu dok sana tp klu dh mcm2 internal prob timbul better dun stay away frm ur family

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ni boleh terbuka post ini dan ternampak luahan hati cikgu...camner ya sekarang...

      Delete
  5. mcm mne sy nk apply redeployment..sy bru posting kat ppd ptaling utama,tp gb skola tu xde tolak ansur..ugut utk xnk sahkan jawatan..sy nk apply skola lain,tp ppd yg sama..

    ReplyDelete