Thursday, January 19, 2012

Alhamdulillah

Ni first experience derma darah dan tau aku berdarah O... (Pergh comeynyer aku kat blkang saner..)
Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menempuhi dugaan yang amat hebat iaitu pergi ke BP Diagnostic Centre Rawang. Bayangkan semalaman saya tak boleh tido memikirkan tentang bakal keputusan yang akan dikeluarkan oleh BP Healthcare Group dan apa yang akan diterangkan oleh doktor berkaitan penyakit yang aku alami. Solat hajat dan bacaan Yassin yang dibuat bersama-sama isteri membayangkan hati ini amat pasrah jika Allah menginginkan sesuatu. Stress yang menggila pada waktu pagi dengan rasa nak muntah, bibir yang kering dan senyuman meleret di wajah membayangkan yang saya gagal melawan rasa kestressan yang amat menggila.

Pelikkan, kenapa saya jadi begini? Manakan tidak, saya mulai sakit (demam, batuk, lemah badan, selsema dsb) sejak sebelum krismas. Apabila jumpa orang, semua kata kau smakin kurus dan cengkung. Kau sakitkah? Ketakutan ini semakin bertambah apabila berat badan daripada 82 kg dah menurun kepada 73.2kg. Semua seluar dah terlondeh kerana boleh masuk satu penumbuk. Baju kameja yang dipakai telah nampak tak sesuai. Walaupun rasa bangga kerana mengikut pesanan Lazim (member lama) dengan Aizat (penyanyi) bahawa dengan tidak mengambil nasi akan membantu pengurangan berat badan; tapi hati berasa cuak.
Adik paling bongsu yang kena amek ubat Tiroid seumur hidup...

Manakan tidak apabila rakan sepejabat yang kurang berat badan didapati mengalami diabetis dan dengan selambanya dia menuduh aku juga pengidap diabetis. Ada mulut2 nakal yang mengatakan mungkin ada kanser kot (Nauzubillah). Mak kat Sungai Choh nasihat pergi check, " Pergilah check, mana tau kau pun kena Thiroid gak. Adik ko dulu kurus mendadak, tengok2 ada tiroid. Keluarga belah mak pun ramai yang kena tiroid".Jumpa PK2 di daerah, "Pilah check dik, akak tengok ko dah tak ceria. Selalu batuk, kurus. Mana tau kalau ada penyakit lain". Daripada azam aku nak berdiet.... tetapi persekitaran yang membuat telahan dengan mengatakan aku sakit....akhirnya saya tewas dengan mereka. 

My mind perception was totally changed and turned 360 degrees and believed that I was sick. I felt upset and keep telling myself that I'm sick, I'm sick and my my wife indeed felt the same. I knew, when I told her that people around keep asking me the same questions (including our in laws), for sure at last she is also believed that her husband is sick. She always keep forcing me to see a doctor and provoked her husband and make health screening. I also knew, anything happened, she will be alone without husband and any children (sob...sob...sob...)

No comments:

Post a Comment