(sambung esok ler... nak tido dulu)
Sunday, January 29, 2012
Saturday, January 28, 2012
Still Based On SSM
Ha3... Dah patut dapat gaji baru ni kalau meja dah bersepah macam ni. |
I read NSTP yesterday and quite surprised when I found article "Civil Servants Pay For Next Month Still Based On SSM". Let me share with others regarding that news :
Kuala Lumpur : The February salary for civil servants will also be based on the existing Malaysia Remuneration System (SSM) following the government's decision to pay salaries under the New Remuneration for the civil servants (SBPA) scheme only after a review, The Finance Ministry said yesterday.
It said in a statement that the differences between SSM and SBPA salaries for January, scheduled to be paid on Jan 31 for civil servants who have opted for the new scheme, could not be implemented as announced on Jan 9.
" The payment of the adjusted salary based on the SBPA scheme will only be made after the review of the SBPA scheme with the date of implementation as Jan 1, 2012, " it said.
The Finance Ministry said the decision was also based on a request made by the Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (CUEPACS).
Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had said that a special committee chaired by former Public Service Department Director General Tan Sri Ismail Adam had been given three months to review and improve the SBPA scheme.
Under the SBPA scheme as announced by Najib in the 2012 Budget, civil servants will receive an annual salary increment of RM80 to RM 320 according to their grade.
Ingat, wpun gaji baru lewat, jangan plak lewat nak punch in. |
Actually I don't mind if the SBPA scheme and the new salary postphone till the committee finished reviewing the new scheme. I do not think that PSD can fulfill all the requirements that CUEPACS requested because whatever new scheme implemented in this world, it is very hard to satisfied each of the civil servants in Malaysia. But cross in my mind, why there is no meeting or discussion set up between government and all civil servants unions in Malaysia before they launched the new scheme. The implication of this situation has reflected that we are still not ready to be established as transformational government that inspired by our Prime Minister. For me, announcing the new scheme and then review before implementing has given the bad name to PSD itself. Orang kat warung kopi cakap "Macam kerja main-main..."
Guru-guru yang tetap mengajar walaupun SBPA ditangguhkan. |
Anyway, to all civil servants who are anxiously waiting for the new salary and the increment that promised to be bank in on 31 Jan 2012, don't worry; you still can get your arrears once they finished review the SBPA because the new scheme still effective from 1 Januari 2012. Always remember, everything happened ada hikmahnya. Allah knows and Allah will give the best for us if we always thanks to Him, the almighty.
Percaya bahawa kerajaan akan mengotakan janjinya kepada kakitangan awam. |
To CUEPACS and PSD, discuss properly and come out with the best result. Chaiyo! Chaiyo!
Ughh... frustnya
Beruk ni sangat pandai setelah diajar dan taat ikut arahan tuannya |
Friday, January 27, 2012
Ikan Talapia"Steam"
Beshnyer bila dapat tangkap ikan sendiri... La3 |
Hmmm... mula bagi depa makan, lepas tu depa kena makan. |
![]() |
4 ekor ikan talapia yang sedang menunggu giliran untuk disteam. |
Mulai tengah hari Ahad mula mengeluarkan 4 ekor ikan talapia. Dekat 4 jam baru ilang air batunya. Oleh kerana saya yang bernazar, maka orang umah suruh siapkan bahan-bahan. Dia membantu dengan memotong bahan-bahan. Sebenarnya kami memodified resepi yang kami baca di blog-blog resepi dan web resepi. Orang umah yang ajak modify sebab ada beberapa bahan terlupa nak beli.
![]() |
Bahan-bahan yang perlu dicampur ngan ikan talapia. |
Selepas ikan telah dibasuh, letakkan ikan tersebut di atas pinggan arcopol yang dibeli di Pulau Langkawi. Pinggan itu dipilih sebab tahan panas dan ada bunga yang cantik dan sekiranya tak sedap masak, bunga pada pinggan itu akan menaikkan selera. Sementara tu periuk kukus jangan lupa ditenggek atas api. Berguna gak periuk kukus yang hanya digunakan setahun sekali. He3... nak buat apam pun tak reti jadi periuk kukus tu asyik tersimpan dengan baik.
![]() |
Periuk kukus yang bekerja setahun sekali sahaja. |
Ikan yang diletakkan atas pinggan di tabur dengan bahan-bahan. Tapi hasil pemerhatian kami, kami mengenal pasti bahawa cara kami salah. Jadi saya nak sarankan hasil penambahbaikan cara menyeteam ikan tersebut. Kalau tabur semua sayur terlebih dahulu, yang pastinya semua sayur akan layu. Jadi, mula-mula kukus ikan dalam sepuluh minit dengan menaburkan halia dan serbuk perasa sdikit atas ikan dalam dalam perutnya. Selepas sepuluh minit, kluarkan dan tabur bahan-bahan sayuran tadi di atas ikan dan kukus dalam 5 minit lagi. Ha... barulah sayur tak lunyai dan rangup bila dimakan. Jangan lupa daun sup hanya untuk hiasan, jangan masuk awal-awal.
![]() |
Daun sup yang paling aku tak suka. Hmm... pinggan arcopal yang juga akan digunakan untuk diletakkan ikan. |
Yang baju putih tu anak tokey ikan yang loaded dengan duit jual ikan talapia... Ahak3 |
Famili saya sebenarnya memang allergic dengan semua ikan darat. Kami dari kecil tak suka makan ikan darat kerana baunya yang hanyir. Tapi alhamdulillah ikan adik saya ni tak pernah berbau. Pergh... sebenarnya abah dia yang bela tapi dia jaga bahagian marketing. Yang bagusnya, duit jualan semua dia bagi kat ayah. Hmm... beshkan kalu kita ada kolam ikan, bila nak makan ikan terus amek kat kolam. Ha2.... cakap memang mudah sb maser kiter amek kat kolam ikan dah besor tapi maser En Aziz memulakan projek, tak larat kita nak buat.
Bukti kesungguhan tuan punya kolam dengan membina pondok ... |
Anyway, ikan talapia steam yang saya buat telah habis dimakan. Cuma rasanya, anak buah ramai yang tak suka makan ikan steam sebab tak biasa makan steam. Mereka lebih suka makan ikan gorng secara berlada atau 3 rasa. Hmmm.... anyway next time saya akan masak talapia cara goreng lada hijau.... pergh..... sdap giler tu dan kita akan berkongsi cara memasaknya.
![]() |
Inilah rupa ikan talapia steam yang dah stim ... Pergh sdap x ingat. |
Hmmm..... next year I'm going to be the next Master chef Malaysia.
Majlis Bacaan Yassin
![]() |
Solat berjemaah ... gambar dapat dalam FB saper ntah |
Malam ni orang umah saya pergi ke sekolah kerana ada Majlis Solat Hajat, jemaah Maghrib, Isya' dan bacaan Yassin bersempena bermulanya program Tahun Enam 2012. Saya tak join walaupun orang umah ajak sebab baru balik dari berjoging di Taman Milinieum. Ramai gak ibu bapa yang hadir dan habis separuh jalan disekat dengan kereta. Alhamdulillah, itulah kehebatan ibu bapa yang mengharapkan Allah memberkati ilmu dan amal nak-anak mereka.
Cuma satu yang saya risau kalau orang umah balik nanti menangis macam tahun lepas. Manakan tidak, tahun lepas sekolah buat program majlis bacaan Yassin untuk calon-calon UPSR 2011. Ada pulak mulut cikgu perempuan (besalah orang pompuan) boleh sound direct kat orang umah; apahal plak datang, awak bukannya ada anak. Lainlah ada anak, seronok lah sket untuk baca Yassin dan solat Hajat. Bayangkan, hati orang rumah saya; nak menantikan majlis selesai kerana dia orang yang dipertanggungjawabkan untuk majlis itu; menantikan majlis itu selesai. Menangislah dia sambil mengaji dan bersolat hajat menahan kepedihan mendengar kata si mulut jahat.
Biler dia balik, mengadu, saya cakap tak per. Saya tak kan maafkan si mulut jahat sehingga dia sedar bahawa lidah dia umpama pedang yang tajam. Pesan saya kepada orang rumah, sabar kerana hanya Allah sahaja yang tahu perasaan dia. Ingat, cikgu tu ada anak dan kita tak tahu, hari kita sakitkan hati rakan; Allah maha adil ... mana tahu lagi 10 atau 20 tahun akan datang. I always keep in my mind, whatever you give, you will get back. So, just wait and see.
Harap malam ni tak ader mulut yang jahat !!!!!
Thursday, January 26, 2012
Cat Kelas
Ingat tak lagi kisah saya kemas kelas tempohari ... ops bukan kelas saya tapi kelas orang umah. Kalau ingat, cuba baca entri yang sebelum ini. Sambungan daripada hari itu, hari Rabu yang lepas saya telah apply cuti untuk bantu dia kemas kelas semula dan cat dinding kelas tersebut. Warna yang dipilihnya warna green macam tulisan wording ni ataupun dalam bahasa percatan ialah "Garden Fantasy". Bermula dari pagi kami mula mengemas dan saya mula mengecat, akhirnya berlakulah perubahan terhadap kelas tersebut.
Ada banyak perkara yang saya tak faham kepada kelas-kelas di dalam sekolah ini semasa saya terlibat kepada dengan pengemasan dan pengecatan. Pergh... bahasa apa yang saya guna ni. Kalau dibaca oleh anak murid mesti mereka gelak. Emmm.... sambung balik kepada kehairanan tadi, kenapa di sebuah sekolah rendah yang terletak di kawasan yang saya anggap kawasan penduduk yang terpelajar dan elit, kebanyakan pintu dan cermin kelas telah tidak ada. Hmmmm.... terlupa pula saya nak ambil gambar kelas-kelas tersebut. Kebanyakan tombol pintu kelas yang masih berpintu pun sudah tercabut walhal kelas itu belum lagi berusia 1 dekad. Mengapa ya? Ganas sangatkah budak-budak sekolah ini sehingga semua pintunya boleh tercabut dan cermin gelangsar semuanya hilang. Kalau cermin jenis nako mungkin saya boleh pertimbangkan kehilangannya.
Sepanjang pengalaman memantau ke sekolah-sekolah, kebanyakan sekolah yang bermasalah dengan fizikal ialah sekolah menengah. Alasan yang diberikan ialah murid-murid leaki suka merosakkan pintu, meja, papan kenyataan dan kerusi. Pernah saya memantau sebuah sekolah menengah di daerah ini, hampir kesemua pintu tandas lelaki di sekolah tersebut telah tidak berpintu. Menerut pengetua, entah berapa kali dibetulkan tapi begitulah perangai anak muridnya. Pantang kawan di dalam tandas, cara nak mengacah kawan ialah dengan menendang pintu ketika rakan tengah oook. Apabila pintu dah tak ada, pandai-pandai lah kamu nak cover mana yang patut ketika nak oook. Itu belum lagi papan kenyataan yang berlubang dan pintu yang dah berlubang. Mungkin pening pengetua fikirkan cara nak memperbaiki fizikal sekolah setiap tahun apatah lagi peruntukan pembangunan untuk sekolah semakin berkurangan saban tahun.
Apapun, banyak perkara yang saya tidak akan menyalahkan murid-murid semata-mata. (Maaf kalau ini agak keterlaluan sebab sepanjang saya bersekolah, saya tidak pernah berada di sekolah yang pintu semuanya hilang - arghh mungkin saya bernasib baik bersekolah di sekolah yang muridnya baik2. Semasa sambung form six di sebuah sekolah di sebuah pekan, masih teringat pengetua boleh menyediakan kerusi untuk murid lelaki duduk dengan alasan boleh digunakan untuk menanti turn untuk ook ketika tandas penuh dan kami gunakan kemudahan yang pengetua berikan dengan sebaiknya wpun pada masa itu cadangan ini dibantah oleh ustaz kerana pada pendapat beliau tandas adalah tempat syaitan dan tidak elok duduk lama-lama di dalam tandas. Rasionalnya memamng benar tetapi saya nampak pada masa itu, tidak ada sesiapa pun di dalam dunia ini suka duduk lama2 di dalam tandas kecuali memang sudah terpaksa. Alhamdulillah, kerusi di dalam tandas terjaga dan saya hairan pada masa itu, semasa kami melawat ke sekolah jiran, tandas mereka, amat memualkan dan boleh mematikan keinginan untuk oook.
Berbalik kepada pendapat saya tadi, pada saya; apa sahaja yang berlaku di sekolah banyak bergantung kepada sikap guru. Adakah mereka menganggap sekolah itu hanya tempat untuk mencari makan atau menganggap sekolahku syurgaku. Satu tagline yang sering saya lihat dipaparkan di dinding sekolah yang hanya ditujukan kepada murid dan bukan kepada semua warga sekolah. Sekadar mengambil kata-kata Kamal Azizi (penganalisi jenayah Malaysia); setiap kejahatan atau masalah jenayah itu berlaku apabila sipelaku merasakan merek mempunyai peluang dan ruang. Setiap kesalahan itu akan berlaku kerana dijemput, atau secara kebetulan dan atau memang dirancang.
Sudah rasmi seorang murid apatah lagi remaja yang sedang naik dan baru belajar nak baligh, darah muda meluap-luap apatah lagi ketika sedang beraweks, menunjukkan kemachoan kepada kalangan gadis2 adalah amat penting supaya saham melambung dan menjadi rebutan melainkan memang semasa di sekolah memang dah set dalam kepala hotak .. sorry for woman, study come first...(pergh... macam tagline saya jer dulu..) Dalam masalah merosakkan harta sekolah, ada setengah murid memang merancang nak buat vandalism sejak dari rumah kerana geramkan guru, ada yang tidak sengaja, elok belajar di dalam kelas, kawan sakitkan hati, tergaduh, tengah gaduh tersepak kerusi lalu patah. Dan yang dijemput ialah apabila papan kenyataan yang tidak diurus dibelakang kelas, murid melihat sakit mata, ada pulak yang dah kopek soft board tersebut dan akhirnya ada pulak kepala giler yang menganjurkan pertandingan dart di belakang dan juga acara menumbuk soft board.
Nah, perkara ini mungkin tidak akan terjadi sekiranya dalam apa jua keadaan dan waktu; guru dan pengawas sentiasa berada di dalam kelas. Kalau guru mesyuarat, pengawas mengambil alih. Kalau pengawas tidak mampu, jangan gila buat mesyuarat setiap pukul dua belas tengah hari. Kebanyakan mesyuarat di sekolah berbentuk mesyuarat melarat. Banyak perkara tak penting dimasukkan di dalam agenda sehinggakan cikgu pagi tak sempat nak hantar anak ke sekolah agama, solat Zohor santak pukul 3.00 pm dan cikgu petang kelam kabut masak sebab nak sampai ke sekolah pukul 11.30 am. (Kan senang buat hari Sabtu tanpa mengganggu waktu P&P) Waktu hujung minggu? Nah itukan berbalik kepada sikap kita.
Kalau setiap masa guru ada di kelas, murid tidak ada peluang untuk melakukan perkara yang melawan kehendak manusia. Kita lebih gemaar berada di dalam staff room kerana boleh menanda buku, boleh bersembang, boleh baca akhbar di pantri, boleh bergossip dengan member sebelah, boleh berbincang tentang kedegilan dan perangai murid-murid di dalam kelas dan rakan tukan menguatkan evidence yang murid itu memang bermasalah tahap gaban. Kelas dibiarkan kosong. Kalau masuk kelas hujung selalu lewat kerana dalam hati sudah melabelkan, aduyai naper ler aku dapat kelas hujung. Kawan yang mengajar kelas hujung sharp maser dah tak sabar nak kloa, next change plak tengak bergerak ke kelas dengan kadar 35km/jam.
Tanpa kita sedari, peluang dan ruang inilah yang membenarkan sekolah dirosakkan oleh segelintir murid kita yang tidak sayangkan sekolah tempat dia mencari ilmu. Keadaan ini menjadi semakin kronik setiap kali habis periksa. Kelas semakin kerap ditinggalkan atas alasan menanda kertas dan silibus dah habis. Hmmm... nasib baik periksa setahun dua kali, kalau dibuatnya setahun 12 kali, pergh... makin hancurlah sekolah.
Itu belum lagi dapat lagi sikap guru yang tak ambil kesah dengan dunia sekitar. Pernah saya pergi memantau sekolah, sambil diiringi pengetua, murid-murid lelaki sedang bersembang di atas meja tetapi di hadapan kelas seorang cikgu sedang membuat kerja apa ntah... bayangkan .... (boleh bayang tak muka pengetua bila ini terjadi sedangkan dia sedang menceritakan ke hebatan pentadbirannya kepada pelawat).
Berbalik kepada sekolah orang rumah, dia memaklumkan bahawa punca pintu tercabut adalah kerana ditiup dik angin. Hmmmm....persoalannya, kenapa guru kelas akhir tak reti nak tutup. Kenapa di sekolah lama saya dahulu, semua guru akhir telah tahu tanggungjawab akhir mereka ialah menutup pintu dan tingkap. (Oit, ko ingat kami ni kuli? - mungkin itu yang akan diungkapkan oleh guru) Mudah jawapannya, minta sahaja setiap murid di tepi pintu dan tingkap tutup dan ketua kelas yang akan menutup pintu hadapan kelas apabila semua murid meninggalkan kelas jika guru merasakan mereka tidak layak menutup pintu. Bukankah mudah dan alasan pintu tetcabut ketika ditiup anging pada hari Sabtu dan Ahad atau cuti dapat dielakkan.
Buatlah undang-undang, kelas paling akhir (bagi sekolah 2 sesi), akan berhenti 10 minit lebih awal untuk mengemas kelas seperti meluruskan meja, menyapu sampah, mengosongkan bakul sampah, memadamkan papan tulis, membetulkan papan kenyataan agar murid yang akan menggunakan kelas tersebut pada sebelah petang atau pagi esoknya akan selesa ketika memulakan kelas kerana bilik darjah berada dalam keadaan kondusif. Sikap kerjasama dan tolenrasi sebenarnya telah dipupuk dalam kalangan murid-murid.
Nah itu hanya sekaadar pandangan sahaja. Pandangan ini timbul setelah saya pergi dari satu kelas ke satu kelas ketika penat mengecat kelas orang rumah. anakan tidak, keadaan kelas yang pada pandangan mata saya amat menjengkelkan kerana setelah 3 minggu kelas telah bermula, lantai kelas tidak boleh dipijak, dalam meja murid macam lori majlis bandar raya, kerusi meja tidak tersusun sebelum kelas ditinggalkan, alas meja guru koyak rabak, bunga atas meja (subsidi kenduri kawin) berhabuk, papan kenyataan masih tidak berusik, jadual bertugas tidak ada, jadual kelas masih mengharapkan jadual printed komputer yang diberikan oleh PK 1 (itupun dah koyak) dan yang paling sedih ialah di papan kenyataan, senarai nama murid 2011 masih terlekat dan kertas pembalut hadiah yang dilekatkan di papan kenyataan kelas yang terkoyak masih terkoyak seakan-akan guru yang keluar masuk ke dalam kelas itu tidak ada perasaan langsung. Bukankah tag line, sekolahku, syurgaku itu sepatutnya diselami makudnya oleh mereka yang berjiwa guru.
Maaf jika kenyataan ini agak keterlaluan tapi saya berani bercakap bukan kerana saya sekarang duduk di atas tetapi saya juga dahulu pernah menjadi guru kelas dan alhamdulillah, semasa saya menjadi guru kelas dahulu, minggu kedua pekara ini telah tidak ada di dalam kelas saya. Jadual kelas telah up di papan kenyataan walaupun rakan-rakan beritahu jangan dulu kerana jadual belum mantap. Apa susah kata saya, tukar sahaja; kita tampal catakan komputer di atasnya. Kalau ditakdirkan jadual bertukar setiap bulan, maka tak yah ler naikkan jadual waktu kelas sepanjang tahun. Dan yang paling penting, kebanyakan kerja menghias kelas dilakukan oleh murid kelas kerana ketika mereka menolong menghias kelas, saya tanamkan sikap sayangkan kelas kerana mereka sendiri yang mengeluarkan peluh untuk mengecat, menampal artikel, memasang kain sebagai pelapik papan kenyataan, memasang alas meja guru dan menggantung langsir.
Ini adalah kerana saya orang yang berpegang teguh kepada semangat "esprit-de-corps". semangat setiakawan dan toleransi kepada organisasi inilah yang akan menjadi sesebuah organisasi itu berjaya. Kalau tidak, tak kan saya sayu melihat beberapa orang murid membawa kain basah ke tapak kelas untuk mengelap tapak kaki di dinding kelas yang mereka cat yang dilakukan oleh murid sesi petang. Mlereka sayang akan kelas mereka kerana mereka tahu bahawa cat itu datangnya daripada duit cikgu kelas tapi peluh yang menitik untuk emngecat kelas itu datangnya daripada tubuh mereka yang ingin belajar dalam kelas yang kondusif.
![]() |
Hari pertama orang umah dapat kelas ni. |
Ada banyak perkara yang saya tak faham kepada kelas-kelas di dalam sekolah ini semasa saya terlibat kepada dengan pengemasan dan pengecatan. Pergh... bahasa apa yang saya guna ni. Kalau dibaca oleh anak murid mesti mereka gelak. Emmm.... sambung balik kepada kehairanan tadi, kenapa di sebuah sekolah rendah yang terletak di kawasan yang saya anggap kawasan penduduk yang terpelajar dan elit, kebanyakan pintu dan cermin kelas telah tidak ada. Hmmmm.... terlupa pula saya nak ambil gambar kelas-kelas tersebut. Kebanyakan tombol pintu kelas yang masih berpintu pun sudah tercabut walhal kelas itu belum lagi berusia 1 dekad. Mengapa ya? Ganas sangatkah budak-budak sekolah ini sehingga semua pintunya boleh tercabut dan cermin gelangsar semuanya hilang. Kalau cermin jenis nako mungkin saya boleh pertimbangkan kehilangannya.
![]() |
Jangan risau, wayar ni tak merbahaya pada memurid. |
Sepanjang pengalaman memantau ke sekolah-sekolah, kebanyakan sekolah yang bermasalah dengan fizikal ialah sekolah menengah. Alasan yang diberikan ialah murid-murid leaki suka merosakkan pintu, meja, papan kenyataan dan kerusi. Pernah saya memantau sebuah sekolah menengah di daerah ini, hampir kesemua pintu tandas lelaki di sekolah tersebut telah tidak berpintu. Menerut pengetua, entah berapa kali dibetulkan tapi begitulah perangai anak muridnya. Pantang kawan di dalam tandas, cara nak mengacah kawan ialah dengan menendang pintu ketika rakan tengah oook. Apabila pintu dah tak ada, pandai-pandai lah kamu nak cover mana yang patut ketika nak oook. Itu belum lagi papan kenyataan yang berlubang dan pintu yang dah berlubang. Mungkin pening pengetua fikirkan cara nak memperbaiki fizikal sekolah setiap tahun apatah lagi peruntukan pembangunan untuk sekolah semakin berkurangan saban tahun.
![]() |
Kenapa budak suka cap tapak kasut kat dinding ha.... |
Apapun, banyak perkara yang saya tidak akan menyalahkan murid-murid semata-mata. (Maaf kalau ini agak keterlaluan sebab sepanjang saya bersekolah, saya tidak pernah berada di sekolah yang pintu semuanya hilang - arghh mungkin saya bernasib baik bersekolah di sekolah yang muridnya baik2. Semasa sambung form six di sebuah sekolah di sebuah pekan, masih teringat pengetua boleh menyediakan kerusi untuk murid lelaki duduk dengan alasan boleh digunakan untuk menanti turn untuk ook ketika tandas penuh dan kami gunakan kemudahan yang pengetua berikan dengan sebaiknya wpun pada masa itu cadangan ini dibantah oleh ustaz kerana pada pendapat beliau tandas adalah tempat syaitan dan tidak elok duduk lama-lama di dalam tandas. Rasionalnya memamng benar tetapi saya nampak pada masa itu, tidak ada sesiapa pun di dalam dunia ini suka duduk lama2 di dalam tandas kecuali memang sudah terpaksa. Alhamdulillah, kerusi di dalam tandas terjaga dan saya hairan pada masa itu, semasa kami melawat ke sekolah jiran, tandas mereka, amat memualkan dan boleh mematikan keinginan untuk oook.
![]() |
Kesan tapak kaki ini yang memenatkan mater memandang... |
Berbalik kepada pendapat saya tadi, pada saya; apa sahaja yang berlaku di sekolah banyak bergantung kepada sikap guru. Adakah mereka menganggap sekolah itu hanya tempat untuk mencari makan atau menganggap sekolahku syurgaku. Satu tagline yang sering saya lihat dipaparkan di dinding sekolah yang hanya ditujukan kepada murid dan bukan kepada semua warga sekolah. Sekadar mengambil kata-kata Kamal Azizi (penganalisi jenayah Malaysia); setiap kejahatan atau masalah jenayah itu berlaku apabila sipelaku merasakan merek mempunyai peluang dan ruang. Setiap kesalahan itu akan berlaku kerana dijemput, atau secara kebetulan dan atau memang dirancang.
![]() |
Yang kat sbelah kanan yang inter frame itu ialah guru kelas |
Sudah rasmi seorang murid apatah lagi remaja yang sedang naik dan baru belajar nak baligh, darah muda meluap-luap apatah lagi ketika sedang beraweks, menunjukkan kemachoan kepada kalangan gadis2 adalah amat penting supaya saham melambung dan menjadi rebutan melainkan memang semasa di sekolah memang dah set dalam kepala hotak .. sorry for woman, study come first...(pergh... macam tagline saya jer dulu..) Dalam masalah merosakkan harta sekolah, ada setengah murid memang merancang nak buat vandalism sejak dari rumah kerana geramkan guru, ada yang tidak sengaja, elok belajar di dalam kelas, kawan sakitkan hati, tergaduh, tengah gaduh tersepak kerusi lalu patah. Dan yang dijemput ialah apabila papan kenyataan yang tidak diurus dibelakang kelas, murid melihat sakit mata, ada pulak yang dah kopek soft board tersebut dan akhirnya ada pulak kepala giler yang menganjurkan pertandingan dart di belakang dan juga acara menumbuk soft board.
![]() |
Jenis cat ini ialah "Garden Fantasy" |
Nah, perkara ini mungkin tidak akan terjadi sekiranya dalam apa jua keadaan dan waktu; guru dan pengawas sentiasa berada di dalam kelas. Kalau guru mesyuarat, pengawas mengambil alih. Kalau pengawas tidak mampu, jangan gila buat mesyuarat setiap pukul dua belas tengah hari. Kebanyakan mesyuarat di sekolah berbentuk mesyuarat melarat. Banyak perkara tak penting dimasukkan di dalam agenda sehinggakan cikgu pagi tak sempat nak hantar anak ke sekolah agama, solat Zohor santak pukul 3.00 pm dan cikgu petang kelam kabut masak sebab nak sampai ke sekolah pukul 11.30 am. (Kan senang buat hari Sabtu tanpa mengganggu waktu P&P) Waktu hujung minggu? Nah itukan berbalik kepada sikap kita.
![]() |
Peralatan mengecat yang terpaksa diangkut ke Aras 4... Uhhh... |
Kalau setiap masa guru ada di kelas, murid tidak ada peluang untuk melakukan perkara yang melawan kehendak manusia. Kita lebih gemaar berada di dalam staff room kerana boleh menanda buku, boleh bersembang, boleh baca akhbar di pantri, boleh bergossip dengan member sebelah, boleh berbincang tentang kedegilan dan perangai murid-murid di dalam kelas dan rakan tukan menguatkan evidence yang murid itu memang bermasalah tahap gaban. Kelas dibiarkan kosong. Kalau masuk kelas hujung selalu lewat kerana dalam hati sudah melabelkan, aduyai naper ler aku dapat kelas hujung. Kawan yang mengajar kelas hujung sharp maser dah tak sabar nak kloa, next change plak tengak bergerak ke kelas dengan kadar 35km/jam.
![]() |
Siap gak menghilangkan cap tapak kaki bebudak dengan warna ijau... |
Tanpa kita sedari, peluang dan ruang inilah yang membenarkan sekolah dirosakkan oleh segelintir murid kita yang tidak sayangkan sekolah tempat dia mencari ilmu. Keadaan ini menjadi semakin kronik setiap kali habis periksa. Kelas semakin kerap ditinggalkan atas alasan menanda kertas dan silibus dah habis. Hmmm... nasib baik periksa setahun dua kali, kalau dibuatnya setahun 12 kali, pergh... makin hancurlah sekolah.
![]() |
Keadaan di hadapan kelas setelah selesai sesi mengecat. |
Itu belum lagi dapat lagi sikap guru yang tak ambil kesah dengan dunia sekitar. Pernah saya pergi memantau sekolah, sambil diiringi pengetua, murid-murid lelaki sedang bersembang di atas meja tetapi di hadapan kelas seorang cikgu sedang membuat kerja apa ntah... bayangkan .... (boleh bayang tak muka pengetua bila ini terjadi sedangkan dia sedang menceritakan ke hebatan pentadbirannya kepada pelawat).
![]() |
Sejuk sket mater memandang warna hijau dalam kelas.... |
Berbalik kepada sekolah orang rumah, dia memaklumkan bahawa punca pintu tercabut adalah kerana ditiup dik angin. Hmmmm....persoalannya, kenapa guru kelas akhir tak reti nak tutup. Kenapa di sekolah lama saya dahulu, semua guru akhir telah tahu tanggungjawab akhir mereka ialah menutup pintu dan tingkap. (Oit, ko ingat kami ni kuli? - mungkin itu yang akan diungkapkan oleh guru) Mudah jawapannya, minta sahaja setiap murid di tepi pintu dan tingkap tutup dan ketua kelas yang akan menutup pintu hadapan kelas apabila semua murid meninggalkan kelas jika guru merasakan mereka tidak layak menutup pintu. Bukankah mudah dan alasan pintu tetcabut ketika ditiup anging pada hari Sabtu dan Ahad atau cuti dapat dielakkan.
![]() |
Harap-harap budak kelas ini menghargai usaha guru kelasnyer... |
Buatlah undang-undang, kelas paling akhir (bagi sekolah 2 sesi), akan berhenti 10 minit lebih awal untuk mengemas kelas seperti meluruskan meja, menyapu sampah, mengosongkan bakul sampah, memadamkan papan tulis, membetulkan papan kenyataan agar murid yang akan menggunakan kelas tersebut pada sebelah petang atau pagi esoknya akan selesa ketika memulakan kelas kerana bilik darjah berada dalam keadaan kondusif. Sikap kerjasama dan tolenrasi sebenarnya telah dipupuk dalam kalangan murid-murid.
![]() |
Border papan kenyataan yang telah ader tangan yang mengopeknyer. |
Maaf jika kenyataan ini agak keterlaluan tapi saya berani bercakap bukan kerana saya sekarang duduk di atas tetapi saya juga dahulu pernah menjadi guru kelas dan alhamdulillah, semasa saya menjadi guru kelas dahulu, minggu kedua pekara ini telah tidak ada di dalam kelas saya. Jadual kelas telah up di papan kenyataan walaupun rakan-rakan beritahu jangan dulu kerana jadual belum mantap. Apa susah kata saya, tukar sahaja; kita tampal catakan komputer di atasnya. Kalau ditakdirkan jadual bertukar setiap bulan, maka tak yah ler naikkan jadual waktu kelas sepanjang tahun. Dan yang paling penting, kebanyakan kerja menghias kelas dilakukan oleh murid kelas kerana ketika mereka menolong menghias kelas, saya tanamkan sikap sayangkan kelas kerana mereka sendiri yang mengeluarkan peluh untuk mengecat, menampal artikel, memasang kain sebagai pelapik papan kenyataan, memasang alas meja guru dan menggantung langsir.
![]() |
Merehatkan urat setelah diserang sinus akibat habuk yang bterbangan |
Ini adalah kerana saya orang yang berpegang teguh kepada semangat "esprit-de-corps". semangat setiakawan dan toleransi kepada organisasi inilah yang akan menjadi sesebuah organisasi itu berjaya. Kalau tidak, tak kan saya sayu melihat beberapa orang murid membawa kain basah ke tapak kelas untuk mengelap tapak kaki di dinding kelas yang mereka cat yang dilakukan oleh murid sesi petang. Mlereka sayang akan kelas mereka kerana mereka tahu bahawa cat itu datangnya daripada duit cikgu kelas tapi peluh yang menitik untuk emngecat kelas itu datangnya daripada tubuh mereka yang ingin belajar dalam kelas yang kondusif.
Monday, January 23, 2012
Arghh, bodohnya....
Pagi ni saya buka e-mel sebab dah lamer tak bukak; banyaknya tapi semuanya spam nak jual ubat kuat la, majalah la, ubat itu dan ini. Hmmm .... bil Maxis pun dah ader. Tapi tak ambik port sangat sebab dah bayor advance. Rasanya dalam RM 150 dan baru tiga hari lepas dah bayar untuk bulan Februari; so tak risau sangat. Most probably advance dalam RM 180.00 tapi down load jer lah. Nak tengok berapa bil bagi bulan ni.
Ehhh...pasal apa ada tunggakan kat RM 500 - ni yang buat hati panas ni. Takkan tersalah masuk duit masa bayar kat Public Bank. Ini sudah mendatangkan kemarahan. Cari bank of statement bulan lepas, ehhhh.... memang dah bayar dan no sama. Ini menyebabkan nak naik hangen musim2 cuti ni. Setelah berpeluh menggeledah dash board kereta Viva, catatan menunjukkan bahawa bil telah disetelkan mengikut tarikh dan tidak pernah ada tunggakan.... Ini tak boleh jadi, kena telefon 123 Maxis.
Tergerak nak belek bil. MAK AI .... Catatan Maxis Mobile Internet menunjukkan penggunaan 90 220 KB = RM 902.20 Ya Allah giler, saper plak pakai internet sampai kat RM 1000. Palagi, telefon 123 Maxis dengan kadar segera. Maka menjawablah si customer service officer :
"Mengikut catatan sistem kami, penggunaan ini daripada telefon Nokia E72 encik"
"Hmm... saya mana ada guna. Lagipun saya tak reti nak pakai internet kat hp. Lagipun saya adalah pelanggan Maxis Broadband, naper plak saya nak guna HP" (dengan nada bengang).
"Mungkin HP encik telah diset, sebaik sahaja SIM Card dimasukkan, dia akan trus detect Internet dan akan terus berjalan. Yang ini kami tak boleh tolong, encik yang kena buat sesuatu dengan HP encik..."
" Jadi apa yang perlu saya buat..."
" Jangan guna atau encik block penggunaan internet tetapi encik tak boleh buat MMS"
" Hu3..."
Bayangkan, saya kena kloa RM 902.20 dan kalau tak silap bulan lepas ada bayor RM 48.00 jadi cincai2 dah kena bayar RM 950 padahal tak pernah gunapun. Arghhh....padahal duit tu bley ...
Kalau beli sloa Jeans dah bley dapat 3 helai.
Dah boleh bayar sebulan duit Vios kesayanganku @
Makan chicken chop di UP Town Bukit Sentosa = 86 kali@
380 biji burger ayam biasa @
6 hari bermalam di Hotel Shahzan Inn @
Dah boley setel utang HP dgn Ah Chin (Upah dia siapkan longkang di luar rumah)
Arghh.... bodohnya aku. Sekarang nak pi tidor sebab stress sgt....
Thursday, January 19, 2012
Alhamdulillah
![]() |
Ni first experience derma darah dan tau aku berdarah O... (Pergh comeynyer aku kat blkang saner..) |
Pelikkan, kenapa saya jadi begini? Manakan tidak, saya mulai sakit (demam, batuk, lemah badan, selsema dsb) sejak sebelum krismas. Apabila jumpa orang, semua kata kau smakin kurus dan cengkung. Kau sakitkah? Ketakutan ini semakin bertambah apabila berat badan daripada 82 kg dah menurun kepada 73.2kg. Semua seluar dah terlondeh kerana boleh masuk satu penumbuk. Baju kameja yang dipakai telah nampak tak sesuai. Walaupun rasa bangga kerana mengikut pesanan Lazim (member lama) dengan Aizat (penyanyi) bahawa dengan tidak mengambil nasi akan membantu pengurangan berat badan; tapi hati berasa cuak.
Adik paling bongsu yang kena amek ubat Tiroid seumur hidup... |
Manakan tidak apabila rakan sepejabat yang kurang berat badan didapati mengalami diabetis dan dengan selambanya dia menuduh aku juga pengidap diabetis. Ada mulut2 nakal yang mengatakan mungkin ada kanser kot (Nauzubillah). Mak kat Sungai Choh nasihat pergi check, " Pergilah check, mana tau kau pun kena Thiroid gak. Adik ko dulu kurus mendadak, tengok2 ada tiroid. Keluarga belah mak pun ramai yang kena tiroid".Jumpa PK2 di daerah, "Pilah check dik, akak tengok ko dah tak ceria. Selalu batuk, kurus. Mana tau kalau ada penyakit lain". Daripada azam aku nak berdiet.... tetapi persekitaran yang membuat telahan dengan mengatakan aku sakit....akhirnya saya tewas dengan mereka.
My mind perception was totally changed and turned 360 degrees and believed that I was sick. I felt upset and keep telling myself that I'm sick, I'm sick and my my wife indeed felt the same. I knew, when I told her that people around keep asking me the same questions (including our in laws), for sure at last she is also believed that her husband is sick. She always keep forcing me to see a doctor and provoked her husband and make health screening. I also knew, anything happened, she will be alone without husband and any children (sob...sob...sob...)
Wednesday, January 18, 2012
Ya Allah, hebatnya mereka....
" ...A general who protects his soldiers like infants will have them following him into the deepest valleys. A general who treats his soldiers like his own beloved sons will have their willingness to die for him."
Quoted from Sun Tzu's Art of War
![]() |
Rasa diri ini bagai pin boling menunggu dijatuhkan... |
Ya, Allah hari ini saya benar-benar terpukul dengan entri yang lepas. Arghhh.... mungkin semasa saya menulis tempohari saya berada dalam keadaan kesakitan, kesunyian serta kesedihan. Ini menyebabkan saya menulis ikut perasaan apabila mempersoalkan rakan-rakan sepejabat termasuk orang atasan. Uhhh... dangkal serta bersifat prejudis terhadap mereka. Memang benar kata orang, apabila kita sakit, kita muda terasa dan mudah kecil hati. Dan pada masa inilah syaitan menjalankan aktivitinya menghembuskan rasa tidak senang kepada rakan-rakan.
Di Aras 2 ini membongkar segalanya... |
Kenapa saya bercakap begitu???
Sebabnya pada hari ini setiap kali bertemu dengan rakan-rakan, mereka semua bertanya khabar. Saya terkesima apabila setiap orang di pejabat mengetahui yang diri ini tidak sihat sehinggakan kakak security pun bertanya khabar. Semua prihatin dengan bertanya sakit apa, dah sihat ke, jangan lupa makan ubat. Apabila saya pergi ke Aras 2, seorang rakan panggil dan bertanya khabar. Sambil bersalaman, saya bertanya, "Eh, ko pun ambil berat tentang hal aku ker...." sambil tergelak. "Yalah, timbalan siap buat pengumuman semasa perhimpunan bulanan lagi."Hmmmm....
![]() |
Tertutup mulut aku jadinya,,,, |
Saya berlari ke atas bertemu dengan rakan di sebelah meja bertanya tentang akan perkara tersebut. Ingin mengetahui kesahihan cerita yang baru saya dengar. Betul katanya. Timbalan mengajak mendoakan ko cepat sembuh dan kami semua bersimpati. Mak ai.... setakat ini saya belum pernah lagi mendengar rakan yang sakit disebut dalam perhimpunan dan didoakan agar cepat sembuh. Arghhhh.... murninya hati rakan-rakan yang telah saya persoalkan kesetiaan dan semangat ukhwah mereka. Ya Allah, Kau ampunkan dosa aku. Rakan-rakan, kerana kebaikan anda semua dipersoalkan dalam alam maya, maka di sini juga saya memohon ribuan kemaafan. Semoga persahabatan kita akan semakin akrab kerana seperti yang yang telah saya nyatakan sebelum ini, kesakitan ini mengajarkan saya akan banyak perkara tentang kehidupan, persahabatan, erti kawan, maksud saudara dan definisi abang dan adik.
![]() |
Hu3... saya malu dengan prasangka saya yang sehuduh wajah ini ... |
Health Screening - 2nd
Tadi saya terima panggilan telefon daripada BP Laboratory memaklumkan bahawa keputusan telah sampai dan esok pukul 2.00 petang dah boleh jumpa doktor yang in charge untuk interprate keputusan health screening yang aku buat semalam.
Ya, Allah berikan yang terbaik daripada-Mu. Berikan berita yang gembira buatku sesungguhnya aku ialah hamba-Mu yang amat lemah. Berikan hamba-Mu ini kekuatan untuk mendengar laporan kesihatan yang akan disampaikan oleh doktor. Berikan hamba-Mu ini kesihatan yang terbaik. Amin, ya Allah.
![]() | ||
Perasaan saya kini rasa tidak tentu hala menantikan hari esok... |
Monday, January 16, 2012
Kenapa aku???
Pergh.... hebat, boleh angkat hotel... |
Ada orang yang terbaca blog aku tegur.... naper guna perkataan aku dan ejaan ikut suka hati. Aku pun cakap yang aku tulis ini untuk aku baca balik bila aku free. Sebab aku ni suka menulis sejak sekolah menengah.
Kan awak ni kan cikgu Bahasa Melayu? Kenapa rosakkan bahasa. Awak ajar murid berbahasa dengan betul tetapi awak merosakkan bahasa. Lagi satu, saya rasa penggunaan aku tu sangat kasar...
Gulp!!!!
Hmmm..... nampaknya ada juga orang yang prihatin. Baiklah, aku akan mulai berubah sedikit demi sedikit dan saya rasa saya akan mulakan dengan saya dan bukan lagi aku......(hmmmm..... tengah berfikir????)
Health Screening...
Beshnyer dapat menangguk ikan cam dulu, maser raya 1432H |
Tokey ikan tengah memilih ikan untuk dijual. |
Ikan talapia yang sedap kalu dikukus dengan halia... emmmm |
Anjing yang tempang ni dah tak der, mana dia pergi ya??? |
Tetapi kekadang aku terlupa, sebebas manapun si ikan, apabila sudah sampai masa, Allah akan gerakkan manusia mengambil tangguk dan dia terpilih dan akhirnya tinggallah rakan lain di kolam untuk meneruskan kehidupan dan engkau akan pergi buat selama-lamanya....
Budak Vietnam...
![]() | ||
Ntah aper-aper budak ni.. |
![]() |
Kan aku dah cakap dia suker berposing... |
Subscribe to:
Posts (Atom)