Friday, October 28, 2011

AHLI BARU...?????

Minggu lepas, kami mendapat ahli baru. Adik aku baru sahaja mendapat anaknya yang ketiga. Aku dimaklumkan ahli baru ini (bukan dalam gambar di sebelah; tu gambar down load daripada internet) dilahirkan di Hospital Selayang secara cesaerean (maksudnya ikut tingkap). Baby lelaki ini ialah cucu kesembilan dalam keluarga kita orang. Aku dimaklumkan pun daripada sms yang dihantar oleh adik aku. Aku cuma balas tahniah. Itu sahaja... Difahamkan yang adik ipar aku ni dah discaj daripada hospital.

Pelik, daripada kesemua anak buah, aku boleh katakan aku tidak teruja sangat dengan kehadiran anak buah aku ni. Aku tak tau dengan abang dan adik-adik aku yang lain. Sehingga sekarang, aku masih tak pergi melawat anak buah aku yang baru. Aku gunakan alasan yang aku sangat sibuk. Entahle.... mungkin aku rasa malas nak pi melawat sebab aku sendiri pun tak de anak. Tapi anak buah aku sebelum ni aku pi melawat plak .... yang suung 4 orang dan adik aku no 4 dah ada 2 orang lelaki... si ajiq dan si apiy.

Tapi aku rasa aku ada sebab lain kenapa aku bersifat dingin kepada adik bongsu anak buah aku yang kat sebelah ni. Kalau nak ikutkan, tengok muka anak buah aku kat sebelah ini. Ayah kitaorang perasan yang kami buat derk sahaja. Dia sampai kloa statement, "Kalau korang tak suka kat diaorang pun, buat - buatlah melawat anak buah korang". Adik beradik aku semuanya menjadi senyap apabila statement itu release. Most probably my dad realized that nobody visit the new born baby.

Apapun, apa yang aku buat ni bukanlah kerana aku dengki sebab adik aku ada ramai anak tetapi hati ini terlalu sakit terhadap apa yang telah dilakukan terhadap ibu dan famili aku. Nantilah aku ceritakan kenapa aku sakit hati kat adik aku.


No comments:

Post a Comment