Sunday, October 23, 2011

Cubaan Menulis...















Bangunan KLCC dari jendela bilik hotel aku..



Last week kita orang diminta untuk menghadiri satu mesyuarat yang diadakan di Regency Hotel Kuala Lumpur. Sebenarnya aku yang jadi urus setia jadi akulah tauke kepada mesyuarat tersebut. Ala mesyuarat untuk Kajian Semula Perancangan Strategik 2011 - 2013 dan Perancangan Takwim 2012. Masa aku tengah melayan kerja2 keurusetiaan di belakang bilik mesyuarat; tetiba aku ternampak satu kertas. Rupanya sipenulis sedang cuba menulis untuk dijadikan travelog hidupnya.


Anyway, aku dah janji nak upload dalam blog aku, jadi akupun terpaksalah tunaikan janji tsb :

Nota itu didapati berhampiran ceklat ini..

16-10-11

2106 - Tuan PPD tengah berucap lagi.

2107 - Lebih kurang pukul 2045 tadi Tuan PPD masuk ke bilik Platinum untuk perjumpaan dengan staff PPD & sedikit ucapan kepada staff juga, setelah tuan PPD masuk ke bilik Platinum beliau telah memberi salam . Maka jawablah semua staff dengan panggilan salam tersebut... Sambil itu beliau juga telah berjabat tangan dengan staff lelaki ... hee akan tetapi tersebutlah kisah seorang hamba Allah yang praktikal ni sibuk menderma jogaton & menulis nama serta tandatangannya di atas kad jogaton tersebut (fuhh leka betol). akan tetapi setelah disapa oleh Tuan PPD maka tersedarlah dia dari lamunan jogaton itu heee ... tersenyumlah staff yang terlihat perkara tersebut he2 ha2 hi2 hek5 ha5...


Kesimpulannya jangan kita berani abaikan majikan (bos) atau kelak buruk padahnya heeeeeee .....

Begitulah bunyinya catatan sipenulis yang sedang mula belajar untuk menulis. Daripada gaya penulisan, kelihatan ada unsur2 pendidikan agama kerana gaya penulisan mengikut ala2 kitab2 tua. Mungkinkah si penulis ini pernah bersekolah di sekolah agama.





Inilah penulis yang telah membuat catatan tersebut...


No comments:

Post a Comment