Tuesday, October 4, 2011

KE PORT DICKSON - PART 1





Beberapa minit sebelum aku memulakan menaip blog. Cuba bayangkan kalau ada room mate,
mesti dia bising sebab dah pukul 1:30 pagi masih mengetuk lap top.

Pergh, this week kena pergi Port Dickson plak. Cam biasa, aku akan pasti orang yang paling lambat sampai. Mestilah sebab aku ni memang jenis malas kalau kena pergi mesyuarat atau kursus. Mesyuarat pukul 8.30 malam, pukul 8.00 malam aku masih makan kat R n R Dengkil. Makan nasi ayam yang kalu bagi kat ayam pun dia fikir 10x nak makan sebab nasi keras nak mampus.

Orang selalu tanya napa aku malas pi lepak kat hotel; jawapannya cukup senang :

1. bila pi hotel, aku selalu lupa daratan. Makan tak ingat dunia. Kat umah, makan nasi sminggu sekali, kat hotel, sekali ambil nasi macam makan seminggu.

2. aku malas nak kemas baju masuk dalam beg. Jadi aku akan sumbat semua masuk dalam beg. Tapi cuma suku baju jer yang dipakai. Buat penat naik atas bilik je.

Beg pakaian yang aku sumbatkan baju untuk seminggu.

3. sian tinggalkan orang umah tinggal sorang2 kat rumah. Dia takde kawan nak sembang.

4. aku risau dapat room mate yang tak ngam. Paling aku stress nanti kalau dapat room mate yang hisap rokok. Pergh, dibantainya hisap rokok dalam bilik. Aku ni dah la plak jenis alergic kat asap rokok.

5. aku tak bley tengok siri tv yang aku minat. Hotel bagi channel ntah apa-apa. Jadi terpaksalah tengok TV1 padahal last sekali aku tengok TV1 masa sambut raya masa aku darjah satu.

TV LCD tengah tayang citer ntah aper2


6. hobi aku pakai $%#& (ini adik aku si One tau) Ha....ha....ha.... kalau kat bilik sama orang lain mana boleh pakai gitu. Kana bersopan, berkemeja dan sloa slack. Pergh rimas.

7. aku ni jenis suka buat kerja tengah malam. Kang bila room mate nak tido, tak kan nak buka lampu.

8. aku ni jenis org takut gelap. Kalu nak tido mesti ada lampu. Sebab tu mesti buka lampu bilik laen kalau kat umah. Kat hotel tak kan nak buka lampu, nanti room mate tak bley tido. Ntah ler, kalau korang nak tau, bila orang rumah aku pi kursus, atau tak der kat umah, mesti aku buka semua lampu dan pasang tv dan radio sampai pagi. TAKUT! Mana ada, cuma memang sejak kcil itu hobi aku .... ha...ha.....ha.....

9. aku tak suka dok hotel sebab bilik dia besar sgt. Aku dah biasa bilik kecik. Ni tak, besar bilik pun cam besar dapur nagn living hall umah aku. Nanti aku sdih sebab trpaksa bandingkan umah aku ngan bilik hotel. Kalau umah aku tau, mesti dia kecik hati.

10. aku tak suka pi hotel sebab kena kloa duit dulu nak pergi tapi claim ntah bila nak dapat. Dah le jabatan buat jauh-jauh ....

Yang lain banyak lagi..... Kang bila aku ada masa, aku citer napa aku pergi ke PD this week.

By the way, surprisingly aku bley plak update tengah2 malam gini. Emmmm.... cuba bayangkan kalu kita nak hapdet blog dan bilik kita ada room mate nak tido. Sekarang tak de masalahlah sebab malam ni aku tido sorang sb room mate sampai sok pg.


Hu.... hu .... katil 2 besar tapi yang tido hanya sorang.

No comments:

Post a Comment