Sunday, October 23, 2011

RETRO... Siri 1

He..... he.... he.... Semalam aku balik ke rumah di Sungai Choh untuk menyelongkar gambar2 lama aku. Siapa sangka jumpa banyak gambar yang aku nak kongsi ngan sesaper yang bacer blog aku ni.

Ini gambar aku maser aku baru dilahirkan. Masa ni mak aku tengah pantang. Pergh comey giler tu. Selama ni aku hengat ni gambo abang aku yang sulung. Gambar ni kena crop dulu sebab mak aku tak pakai tudung, kang satu dunia tengok aurat dia. Mak aku kata aku lahir yang paling berat dalam kesemua adik beradik.... 7.5 lb. Entahler...kalu ikut kg sekarang ntah berapa. Patut ler aku skrang maintain 75 - 79 kg. Nak ikut berat lb (pounds) kot. Emmmm.... naperlah mak tak bagi gambor ni maser aku kecik dulu. Maser aku kcik semua orang kater aku anak apek sebab aku sepet dan putih (pergh...) macam anak Cina. Ada kawan abang aku kata aku dijumpai di tong sampah .... pergh jorang langsung tak nak kawan ngan aku. Aku pun nangis kuat2. (Maser dulu pun dah tau buang anak kat tong sampah ker???) Tapi sakit ati sb kna kater aku anak angkat, anak Cina masih trase sampai skrg ma...Kalau lah mak bagi gambar ni kat aku dulu, sure aku ada bahan bukti untuk menangkis semua tuduhan tu. Kalu korang nak tau, aku lahir kat Spital Taipin, Perak. Tapi pasal ape mulut aku nganga dalam gambar tu....nampak sgt daripada kcik dah muler nak praktis bercakap....Tlinga maintain besor dan tanda2 botak dah klihatan sejak kecil.

Menurut kata mak aku, ayah sayang kat aku maser kecik2 dulu sebab maser aku dalam kandungan, aku slalu buat hal. Nak dijadikan cerita, maser aku 8 bulan dlm kandungan; aku buat hal. Mak aku rasa dah nak bersalin jadi dia requested kat boss ayah aku panggil ayah aku balik. Dia masuk hutan kat Grik maser tu. Nak tak nak, dia kena balik dan tempat dia digantikan oleh Sarjan Hassan Basri. Dia sampai je umah, mak aku tak jadi nak bersalin dan yang sedihnya, semua platun ayah aku termasuk Sgt Hassan Basri yang ganti ayah aku kena ambushed dgn komunis dan semuanya terkorban. Kata mak, aku anak yang baik sebab ada instinct yang ayahnya dalam bahaya dan buat2 nak bersalin awal. Kalau tidak, dah tentu kami dah lama tak de ayah.
Ini gambar aku maser aku 1 tahun. Seorang anak askar akan dipaksa meniarap macam askar gak.Tapi korang perasan tak telinga aku agak besar. Dulu maser kat sekolah, cikgu cakap telinga besar tanda budak pandai, dengar kata dan mudah tangkap pelajaran. Mana taknya, bila cikgu cakap kat depan,semua ajaran cikgu akan dilantun masuk daripada cuping ke dalam gegendang dan ditafsir ke dalam otak. Pada masa ni aku diarahkan memakai lampin kain bagi mengelakkan kencin bertabur di atas meja tukang gambar sebab maser tu mana ada pampers. Anyway ... aku comey gak maser kecik dowh.....



Gambor ni aku raser diambil oleh pak cik aku yang kerja kat TNB. Dia giler kamera maser tu. Kalau tak salah maser raya, ayah aku kat hutan dan pak cik aku beraya kat Andre Line, Taiping. Taman Andre Line ni kat penjara Taipin dan 2 - 3 km dari pekan. Tengokle style zaman dulu bergambo, mesti ada pokok bunga di tengah. Abang aku yang gelak sangat tu ntah pasal aper. Aku maintain steady ala2 model filem sex sebab sloa sbelah kiri dah tersingkap. He3...


Ini gambo aku nagn abang aku, ngan aweks aku dan dgan ntah saper yang aku tak ingat sebab maser ni umur aku 3 tahun. (Perasan tak perut aku boncit, ntah2 ader cacing kot???) Dah ler patern baju macam kek coklat.... pergh lapor plak tengok baju aku. Berdasarkan cara pakaian kami, sejak dulu sudah terdapat pergaulan bebas tanpa disedari tetapi maser tu iman masih maintain walaupun aweks memakai sloa pendek. Apa yang aku ingat tentang rumah / taman ni ialah :

1. setiap mlm ada mamak naik kereta sorong jual mi mamak yang dimasak dengan tungku arang.
2. aku akan menangis macam nak kloa anak tekak kalu mak tak amek kat dalam kelambu bila bangun tido waktu pagi.
3. aku suka ook kat longkang blakang umah dan satu hari sekor ayam telah mematuk #$%^& aku dengan skuat hatinya maser aku ook kerana dia ingat yang berjuntai kat depan tu ialah cacing. Emmm.... nasib baik selamat sampai skarang. Bengong punya ayam...
4. setiap petang mak aku akan pi belajo menjahit baju tapi shingga skrg dia hanya berjaya buat satu je Baju Melayu aku yang senget bhg hadapan.
5. bila ayah pi hutan, mak mesti masak bihun dan bihun dan bihun dan bihun. Nak mudahkan kerja dia menyuap, dia akan terbalikkan kerusi rotan kat depan rumah. Aku ngan abang aku anggap krusi tu macam kereta kuda. Jadi kami kena dok dalam keter kuda dan senang mak nak suap. (Patut ler sampai sekarang aku gemor no makan behon)...
6. di taman ni aku hampir mati. Aku ikut abang aku pi maen longkang lepas hujan. Aku terglincir dalam longkang dan dibawa air deras. Aku dapat capai tepi longkang tapi badan masih dalam longkang. Korang bayang, abang aku bley gelak tengok aku dalam longkang. Pergh....busuk hati punya abang, bukan nak selamatkan aku, dia sajer nak tengok aku mati lemas. Ala....dia jealous tgk aku hensem daripada dia ler tu. Sebab tu aku sgt takut biler tgk air ...trauma (He3 standard ler trauma sejak kejadian tu .... tapi ada orang trauma apa ntah ... naek cable car pun takut)..


Ni gambor aku ngan abang aku kat Taman Tasik Taipin. Kan aku dah cakap, abang aku tak suka aku, dia sajer nak cuba bunuh aku.... adik punya ler nak selamatkan diri, dia boleh henjut buaian tu kuat2. Aku ni dah ler penakut. Lihatlah vandalism telah berlaku sejak zaman dahulu lagi. Sikap tidak menghargai hak orang awam tergambar di muka abang aku Ha2.....dia dulu belagak, tak nak maen ngan aku... amek kau aku kutuk ko dalam blog aku...

Ini gambor maser aku pi beraya. Kalau tak salah kawan ayah yang amek gambor ni. Baju raya ni warna pink. Maser ni tadika, aku kelihatan mulai sepet dan tak de saper nak maen baling selipar ngan maen getah ngan aku. Pergh... salahkah aku berwajah Cina maser kecik ....hu3. Dulu maser kecik, orang slalu tanya naper muka aku tak samer ngan adik beradik laen, aku tak pandai jawab tapi aku bantai nangis. Yang aku ingat, ayah slalu jawab bila kawan dia tanya, pandai bancuh ... aku pun tak paham maksud dia cakap macam tu (maser tu la, skrg baru paham). Sekarang bila besar, orang tanya....naper dalam semua adik beradik ko sorang je takde @ dalam nama ayah ko ...... Ntah ?????







No comments:

Post a Comment