Wednesday, October 5, 2011

Ke Port Dickson - Part 2

Kelihatan bot pensel yang x der saper nak naek.

Hari ini aialah hari kedua aku menginap di hotel ini. Pagi td aku bangun banyak kali, Sejuk sangat aircond tapi malas nak bangun, malas nak jalan dan malas nak tutup ac. Saya smuanya malas (cis, mcm pernah dgr je orang buat statement). Pg ni tak der saper yng masuk ke bilik ni, maknanya aku dok sorang2. Besh sgt. Agaknya depa bacer kot blog aku mlm tadi jd tak der saper nak masuk. Member satu opis ngan aku pun sanggup tak nak dok ngan aku wpun dia sampai pagi tadi. Dia dah siap2 letak nama dia kat bilik laen. Ntah ler, rasanya dah kat 2 - 3 minggu ni nampaknya dia cam tak brapa suka ngan aku. (ops... tak bley bersangka buruk ngan orang)....



Keadaan air yang tenang. Agaknya ada buaya kot sebab pepatah
Melayu ada cakap, laut tenang jangan disangka tiada buaya
.

Dah tak de kawan, asyik tgk laut je. Rasa cam nak turun bawah, nak jalan kat tepi pantai, nak pi mandi kolam ke, nak pi gym room, nak pi bilik karaoke; semuanya tiba2 menjadi malas. Dok kat dalam bilik, tengok laut dan bayangkan kalau tetiba ada Tsunami serang kat bawah. Ya Allah, harap-harap. Selisih malaikat 44, kata orang. Kalau le ada tsunami, mesti hancur kereta Vios aku.... Mak ai, dah le bayo bulan-bulan mahal.


Dari jauh kelihatan doktor-doktor tgh balik slepas 3 hari mereka bermesyuarat di sini.
Mesti besh mereka dapat balik ke umah masing-masing.

Rasa-rasa petang ni nak pergi round-round pekan PD. Ingat nak pi kedai Al Ikhsan, nak cari kasut joging. Ingat nak cari kasut sebab rasanya badan dah mula nak berat. Apatah lagi dari semalam asyik makan dan makan dan makan dan makan. Tapi .... bila masuk jer bilik .... emmm buka lap top jer dah malas nak gerak. Apatah lagi tak de kawan nak diajak jalan-jalan. Anyway, besh gak dok kat dalam bilik, buka lap top, dok kat depan tingkap di tingkat 8 sambil pandang laut. Pergh, sambil menaip dok layan macam pejabat korporat. (Ceh, macam dalam drama swasta ASTRO).

Ni lah suasana tepi pantai pada waktu pagi.
Nasib baek cantik walaupun air laut surut.

Ari ni rasa nak muntah bila dari pagi sampai ke malam asyik meneliti senarai masuk dan senarai keluar guru yang mohon pertukaran bagi Januari 2012. Dari pelepasan Antara Negeri, Dalam Negeri dan stand by untuk pertukaran Dalam Daerah. Masalahnya, kita kena belek semua borang pertukaran secara on line sebab nak tau masalah guru-guru. Bila baca, rasa macam nak gelak pun ada. Mana taknya, buat alasan macam budak kecik jer. Tapi kadang kala gelak gak. At least boleh release gak stress. Tapi kalau cikgu tu tau alasan pertukaran dia yang tak munasabah tu digelakkan, mesti depa bengang.


Ni le view yang paling aku suka tengok dari atas bilik.
Macam besh je kalau dapat bercanoe kat dalam teluk buatan ni.


Tapi ada satu yang aku perasan ialah kat hotel ni tak de orang sangat. Yang ada pakej kumpulan JAKIM dan kumpulan Kursus Wakaf dari Putrajaya. Patut ler sejuk ac kat hotel ni sebab kami dikelilingi oleh orang-orang beriman sahaja. Mesyuarat JAKIM rasanya dipengerusikan oleh Dato' Mufti Perak Harussani. Rasa mcm nak pi salam je dan amek gambo tapi malu. Emmmm, kalau dapat amek ngan dia. lepas tu letak kat desk top, mesti orang tabik kat aku. Ceh, nampak macam orang beriman je. Sah terpancar cahaya keimanan di muka selepas bergambar ngan Mufti Perak.

Ha...ha...ha....

No comments:

Post a Comment