Wednesday, October 26, 2011

Statement Apartheid



Malam ni aku surf internet ...emmmm .... Facebook. Tengok mana tau ada yang add atau ada berita terbaru tentang rakan-rakan. Tiba2 ternampak gambar ni. Ntah saper punya tapi tengok cam besh sajer jadi aku ambik dan paste kat blog aku. Kepada tuan punya gambar ni, terima kasih atas lukisan anda yang macam nampak cantek tapi statement di bawah tu cukup menikam jiwa. Makan dalam dowh...

Ntahle, sejak dua menjak ni raser tak besh pergi ke opis. Maklumlah sebuk sangat pi mesyuarat merata tempat, sampai tak tau gossip terbaru di pejabat. Apabila dibagitau, mak ai .... statement yang bagi aku berunsur ala-ala apartheid telah tersebar. Ntah cam mana orang yang terpelajar boleh release statement. Apapun, kalau boleh aku tak mau berprasangka buruk tentang pereleasan (pergh word baru) statement yang telah melukakan hati-hati rakan sepejabat.

Mulai sekarang, semua staff sokongan tidak dibenarkan makan bersama dengan pegawai. Pergh.... statement apa ni. Statement yang ingin membezakan manusia dengan manusia. Apa sebenarnya yang ingin diutarakan, adakah staff sokongan tidak sama taraf dengan pegawai; pegawai mesti dipandang tinggi kerana mereka mempunyai ranking yang lebih. Kenapa perlu taraf yang perlu dipersoalkani tetapi bukan sikap pergi makan-makan. Ntah tak faham aku dibuatnya.

Bukankah lebih baik yang dipentingkan ialah sikap kakitangan (pegawai @ staff) yang makan yang terlalu lama. Tak salah nak makan dan bukannya pergi makan-makan. Apa bezanya makan di luar yang sekejap dengan melepak lama-lama di pantri. Bukankah manis jika semua kakitangan diperingatkan agar tidak keluar secara beramai-ramai, makan sambil berborak-borak, makan sambil baca paper, makan di luar radius yang dibenarkan dan digalakkan makan di pantri pejabat. Beli makanan di luar atau makan sebelum waktu pejabat daripada mengeluarkan statement yang boleh menjarakkan sikap setiakawan serta kejelekitan antara kakitangan. Bukankah setiap orang di pejabat ini mempunyai hak serta kepentingan masing-masing.

Pernahkah kita mendenggar cerita bagaimana pada suatu hari berlakulah satu persidangan tubuh badan manusia. Semua orang merasakan diri hebat, mata kata tanpanya, manusia tidak boleh melihat keindahan. Otak kata tanpa dia manusia akan menjadi bodoh. Jantung mengatakan tanpa dia, manusia tidak akan mendapat oksigen yang cukup dalam tubuh badan. Tangan dengan ego berkata tanpa dia, manusia tidak boleh mengambil apa-apa. Telinga mencelah dengan mengatakan dia juga penting kerana dengan kewujudannya, manusia boleh mendengar lagu dan suara.

Dalam persidangan tersebut, semua yang berada di bahagian atas pinggang berasakan diri mereka begitu amat berharga dan mempunyai taraf yang tinggi daripada yang lain. Mereka terus mengambil ketetapan untuk tidak berkawan dengan dubur kerana taraf yang rendah dan tidak mempunyai kelas sama sekali. Hanya tempat untuk mengeluarkan najis.

Emmm...... dubur hanya tersenyum apabila mendengar kata-kata sombong daripada anggota tubuh badan yang lain serta redho dengan penghinaan yang diterima olehnya. Esoknya, dubur mula berhenti bekerja demi untuk menunjukkan betapa bahawa dia ialah bahagian yang paling hina dan tiada harga diri langsung. Dia pasrah dengan kata-kata nista yang diterima....

Cuba lihat jika tangan pun malas nak pegang steering
kereta semasa memandu balik ke Kuala Kangsar....

Keesokannya.... lusanya .... dan tulat..... dubur duduk dengan senang hati. Tak bekerja dia sudah tiga hari. Tuan punya badan sudah jadi libang libu.... mau taknya....tiga hari tak berak. Baring ke kiri tak boleh, baring ke kanan tak selesa; seperti ada yang menyengkang kat dalam perut. Dubur masih lagi relex. Perut semakin sakit, kepala menjadi pening, mata menjadi kuyu, mulut dah malas nak makan dan bercakap serta tangan dah malas nak menyuap. Perut semakin senak dan terpaksalah pukul 3 am menghantar sms kepada pak cik untuk tolong menghantar minyak angin. Perut telah dilumur minyak panas, air tin dah bertin minum (ubat gastrik hospital ada tapi tak nak makan), namun dubur masih relex.

Tolonglah dubur.... tolonglag bekerja seperti biasa. Kami dah tak sanggup lagi menderita tak boleh nak oook. Senak lain macam dan usus sudah terasa sendat. Mencangkung sudah, duduk pun sudah namun tuan punya badan masih gagal untuk oook. Dubur masih gak relex. Dubur ... maafkan kami. Kami menyesal kerana telah melukakan hati kamu. Barulah kami tahu walaupun kamu hanya tempat untuk membuang najis dan #$%^*, namun kamu mempunyai banyak sumbangan kepada rakan-rakan yan lain. Dubur tidak menjawab tapi hanya tersenyum. Baiklah, kita berdamai; lalu dubur mencetuskan idea kepada otak untuk menyuruh kaki menghala ke arah kain pelikat. Tangan mengambil kain pelikat lalu memakainya. Tuan punya badan pun menjerut perutnya dengan ikatan yang paling kuat dengan menggunakan kain pelikat.

Dan akhir sekali, dubur pun mulai bekerja dengan memberikan rasa untuk mengoook dan selamatlah segala isi perut keluar setelah tersimpan beberapa hari sehingga menyebabkan tuan punya badan begitu lapar dan berjaya menghabiskan dua bungkus nasi lemak dan kuih muih. Berdasarkan cerita ini, sudah pasti pengajaran yang boleh diambil ialah jangan memandang hina pada sesiapa juga di dalam organisasi kita...

No comments:

Post a Comment