Thursday, October 6, 2011

Petang ni ...



(Sedang termenung memikirkan apa yang akan dibentangkan oleh PM kita petang nanti. Harap2 yang paling besh untuk warga sekolah terutama penambahan jawatan serta peruntukan untuk latihan kepada semua guru)


Tak sabar nak tunggu pembentangan budget petang ni. Apalah yang dimaksudkan Belanjawan Bersifat Transformasi. Belanjawan Mesra Rakyat; Belanjawan Pilihanraya dan Belanjawan Menawan Hati Rakyat Bawahan.

Tapi besh sangat apabila lihat segmen kat Malaysia Hari Ini kat TV3 pagi tadi bagaimana Parlimen bekerja malam tadi. Bagaimana mereka masukkan laporan Belanjawan 2012 yang bersifat EMBARGO mulai pukul 10 malam tadi. Baru tau gak yang pagi ni Parlimen ditutup dan polis akan buat spot check pagi ni. Emmm... tabik btol tengok cara mereka bekerja terutama Setiausaha Parlimen Malaysia (nama dia lupa plak nak catat) tabik btol kat dia.

Sejak kebelakangan ini, pelbagai spekulasi telah dibuat oleh Menteri Kewangan Jalanan (meminjam perkataan member aku Burn). Menteri Kewangan yang melantik diri sendiri... he...he...he....

Antara spekulasi yang letih aku dengar ialah :

1. umur pesara penjawat awam dinaikkan kepada 60 tahun.
2. gaji minima dinaikkan kepada 40%.
3. gaji penjawat awam telah diselaras dan dinaikkan kepada 40%
4. kerajaan hanya setuju menaikkan pelarasan gaji penjawat awam 10% sahaja kerana kerajaan tiada duit.
5, gaji guru diselaras kepada satu aras sahaja berbanding dengan sekarang (1 aras sahaja) - pergh .... yang ini aku paling suka sebab kalau jadi, aku punya gaji tidaklah melanggar dinding.
6. COLA ditarik balik kerana gaji telah dinaikkan.
7. elaun khas akan diberikan kepada semua pemegang Master dan PhD sebagai tanda kerajaan menghargai mereka yang menyambung belajar.
8. tax untuk rokok naik lagi (ini sangat bagus!)

Apapun, kita tengoklah mana satu yang kena petang ini ....

No comments:

Post a Comment