Wednesday, October 5, 2011

Kasutku

Semalam rasa sedih sangat sebab kasut kesayanganku rosak. Tak sangka masa nak masuk ke bilik mesyuarat, aku telah merentap zip kasut dengan sekuat hati dan menyebabkan zipnya terus tercabut. Hu...hu...hu.... kan dah lawak. Bila jalan je, kasut sebelah kanan tu rasa macam nak tanggal je. Nak tanggal tu tak kisah sangat ler, tapi bila kasut tu rosak masa ni yang cukup malas tu sebab duit dalam bank RM 1300 dah allocate nak kena bayar buat longkang sebelah rumah.Longkang tu kalau tak dibuat, rumah aku dijangka akan roboh sebab air hujan bertangkung dalam longkang dan menyerap melalui celah2. Lama kelamaan rumah aku akan roboh. GILER, kalau roboh, nak duduk mana plak nanti.

Kasut yang dibeli bersempena nak pi konvokesyen UiTM awal tahun ni.
Abang aku cakap macam sampan sebab besar .... ala dia dengki sebab kasut aku mahal.


Kasut ni jenis Lee. Orang kata ini kasut Lee Cooper - jenis sloa jeans yang aku berhajat nak beli tak lama lagi. Blum sempat beli sloa jeans tu, kasut plak rosak. Emmmm... camner nak pi kerja next week ni. Kasut yang kat umah dah uzur sangat... Ni nak kena pi Shah Alam tuk cari kasut lain.... pasal duit no hal kot sebab aku dah tau dgn saper aku nak minta....

Aku nak minta kat seorang budak yang paling baek dalam dunia.... "seorang abang yang sanggup pinjam duit kat bank sebab nak belikan kereta kat adik dia .... He3."

No comments:

Post a Comment