Tuesday, October 25, 2011

BENGONG...BILA TAK SABO!!!!!


Hari ini, aku diarahkan menghadiri mesyuarat di jabatan. Semuanya berkaitan persediaan akhir tahun 2011 dan persediaan awal tahun persekolahan 2012. Sambil tu, terdapat gak mesyuarat bagi meraikan mereka yang telah, sedang dan akan bersara sepanjang tahun 2011 ni. Tengah mesyuarat, hujan turun dengan maha lebat dan tetiba atas lap topku terdapat titisan air hujan. Pergh.... bocor bilik mesyuarat ni. Siaannya, asyik betulkan sekolah shingga bilik mesyuarat sendiri bocor tidak terbela.

Akhirnya apabila hujan reda, maka berlari-lari kancillah aku menuju ke kreta Viva aku yang setia menanti dalam kebasahan. Jam menunjukkan pukul 2.15pm. Perut punya lah berkeroncong bukan lagi irama indie, bahkan dah ikut irama Kitaro. Lapo giler tu dowh .... Jadi amek keputusan, kang lalu ikut PLUS (kali ni x nak ikut Guthrie), singgah kat Mc Donald sambil isi minyak kat Petronas lepas tu pi solat Zuhur kat R n R Sungai Buluh sambil cari sloa kat Al Ikhsan. Pergh .... rancangan jahat punye ler banyak....tersusun rapi. Call org umah, tanya nak Mc D tak???? X NAKKKKK ..... kata dier sebab MC D tolong orang Israel. (Pergh..... insaf sejak dua menjak dia panggil wakil orang Palestin bagi ceramah kat sekolah dia.) Ok....jimat duit aku!!!!!

Dengan selamba, aku memutarkan steering mengarah ke PLUS. OMG..... kloa je dari TOL, kereta dah tak bergerak.Pergh....menyesal ikut jalan ni. Menganga kat dalam Viva yang tak bergerak dengan prot yang dah bertukar irama kepada irama rock. Pergh..... keputusan drastik perlu dibuat..... tukar haluan, pusing ke Shah Alam balik ikut Bukit Raja. Emmmm..... palagi, bagi isyarat terus kloa barisan.

Dengan senyum berlagak dan takburnya, aku melintasi beberapa buah kereta sambil melemparkan
senyuman. Sebaik sahaja aku menaiki jejambat menghala ke Klang, barulah aku perasan bahawa "jam" tu hanya melibatkan 0.5 km sahaja. Ada masalah kat selekoh, slepas tu jalan clear seclearnya. Mak datuk.... saper lah ajar pi kloa dengan takburnya menuju ke Klang...... Arghhhhhh!!!!!

Apa nak buat, terpaksalah menuju ke Klang. Emmmmm.... sebaik shj melepasi simpang ke Setia Alam, tetiba jalan "jam". Kreta terhenggut2. Alamak, "jam" la plak. Amekaw, nak lepas kat sana, dapat "jam" yang baru. Hu.... hu..... hu..... tak de kerja cari kerja. Burger Mc D semakin mencair daripada minda. Selepas terhenggut2, lepas gak Tol Bukit Raja. Yahoo!!!!

Kita merancang, Allah juga merancang. Masuk je Shah Alam, tersengguk2 plak kat pintu masuk UiTM Shah Alam orang balik dari konvokesyen sidang pagi. ARGHHHH......" JAM" LAGI! PERUT AKU LAPO!!!! Sabo.... Sabo ..... Sabo...... Akhirnya berjaya keluar daripada Shah Alam pukul 3.00 pm. Benti kat R n R Elmina, solat Zuhur dan kendian makan 2 ktol Pau dengan Milo Tarik dgn Aimineral. Pergh..... hilang saket prot.

At last sampai kat umah pukul 4,45 petang. Kensel cadangan nak pi Shahzan Inn Bukit Fraser untuk bermalam sempena cuti Deepavali. Agaknya Allah buat semua ni sebab aku nak cabut awal ke Bukit Fraser kot???? Tapi nasib baek tak bayo lagi....

Jadi pengajaran yang dapat diamek pada kali ini, kalu nampak "jam", kena banyak bersabo. Orang yang x bersabo akan jadi seperti Lebai Malang. Last2 burger entah ke mana, minyak habeh banyak, jalan makin jauh dan..... jumpa banyak lagi "JAM". Hampeh.....


No comments:

Post a Comment