Tuesday, January 8, 2013

Pertukaran Guru 1 Januari 2013 - Part 6



 Sekadar nak berkongsi dengan korang perkara di bawah...




Berita Harian bertarikh 12 November 2012 – PERMOHONAN BERTUKAR DITOLAK dan 14 November 2012 – GAGAL BERPINDAH SELEPAS 8 TAHUN MENGAJAR
02 January 2013
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Guru Dedikasi, Ipoh” dan “j-QAF Senior, Sarawak” dalam ruangan Forum akhbar Berita Harian bertarikh 12 November 2012Permohonan bertukar ditolak dan 14 November 2012 – Gagal berpindah selepas 8 tahun mengajar.
 Dasar pertukaran guru adalah seperti perkhidmatan lain iaitu berasaskan kepada keperluan perkhidmatan yang bersandarkan keperluan opsyen ataupun mata pelajaran yang diajar. Pengisian pertukaran juga melihat kepada kekosongan jawatan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) semasa di negeri yang dipohon.
 Selain itu, pemohon juga tertakluk kepada perjanjian semasa menerima tawaran jawatan tersebut. Bagi sekolah rendah, permohonan untuk masuk ke negeri yang tiada kekosongan jawatan dan opsyen tidak dapat diluluskan kerana emolumen (gaji) sesebuah negeri berasaskan kepada ABM yang diluluskan untuk negeri tersebut.
 KPM perlu menimbangkan kebajikan murid-murid mengatasi guru kerana kekurangan guru sesebuah negeri akan menjejaskan pelan tranformasi KPM dan pembangunan modal insan.
 Kedudukan guru sehingga 31 Oktober 2012, negeri-negeri berikut tidak dapat diluluskan kerana tiada kekosongan jawatan iaitu: 
  1. Perlis
  2. Kedah
  3. Pulau Pinang
  4. Perak
  5. Pahang
  6. Kelantan
  7. Terengganu
 KPM memberi pertimbangan sewajarnya dalam memberi kelulusan permohonan guru khususnya bagi kumpulan guru yang menghadapi masalah kesihatan kritikal seperti kanser dan sakit jantung.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

2 comments:

  1. Salam..encik, saya nak tanya tentang tukar sama suka?? adakah boleh dilakukan?? Bagaimana prosedurnya??sekian, terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya tidak ada istilah tukar suka sama suka dalam eGTukar. Ada banyak perkara yang menyukarkan proses ini kerana
      1. Sistem kita tidak memperuntukkan perkara ini.
      2. Adakah opsyen tu yang sama..
      3. Lama berkhidmat dengan rakan yang kita nak tukar

      Delete