Saturday, January 5, 2013

Program Hari Ahad Pertama 2013

Beshnyer kalu dapat pi joging kat sini...
 Pagi ni sepatutnya kami telah merancang nak pi berjoging kat Bukit Fraser sebab dah lamer tak pi saner. Ader orang pelik kerana aku sanggup meredah beratus km hanya utk berjoging. Sebenonye sesekali dapat berjoging kat saner besh giler. Joging sambil meredah kabus di tepi2 pokok bunga. 

Lensa kamera out sebab berkabus...perghhh....

Still tringat aku pernah tinggal satu hari kat Shahzan Inn, tengah mlm aku buka pintu bilik kat balkoni sambil menghirup kabus sambil berada di bawah gerimis hujan. Tak berbaju sambil pakai boxer.... He2 x dapat pi Korea, kat Fraser pun jadiler.... Seb baek x demam. 
Tempat aku akan berjoging sambil mendaki bukit...

Korang nampak tak kabus sedang bertiup????

One more thing, biler aku pi Fraser, aku nak pi makan nasi lemak kat sebuah gerai sambil minum tea tarik. Pergh aroma nasi yang dibungkus dengan daun pisang, perghh tak hengat. Yg aku tau, dah dua tiga kali pergi saner sebab nak mkn nasi lemak dier sampai tuan gerai dah tau perangai aku. Ader skali aku pi saner, tuan kedai bley plak bagi percuma satu nasi lemak.
Sedapnyer nasi lemak ni.....hmmm...masih terasa aromanyer...
 Tapi apa yang dirancang tak kesampaian sebab tetiba orang umah kensel nak pi Fraser. Hu hu hu frust giler aku dibuatnyer. Anyway aku tak kisah sangat sebab 'prrot aku tgah senak'. Jadi tak pergi tak kesah sgt sb aku bley ler ..... . 
Wakaf ni terletak di depan gerai tersebut.

Hmmm tetiba pagi tadi pukul 5.30 am orang umah sibuk kejut ajak pi solat Subuh kat masjid. Pergh aku sbenonye ader benda laen dah rancang dlm pala otak; tetiba dia ajak pi masjid. Palagi biler aku liat, pkul 5.40 am aku dah kena sekolah dengan orang umah .... He2

Papan kenyataan yang citer pasal beburung kat Fraser....

Sebenonye maser aku post entri ni,  kuliah Subuh sedang disampaikan oleh seorang pensyarah dari universiti maner ntah. Tajuk kuliah dia pagi ni ialah 'Kemelut di Mesir pada masa kini'. Dia tengah menerangkan tentang referendum Munsli Presiden Mesir. Dia citer ttg siksa yang presiden ini hadapi nak bangunkan semula negeri Mesir selepas era Hosni Mubarak; seperti menggubal undang2 syariah, ekonomi yang semakin merudum sehingga perlu meminjam daripada luar, rezab wang yang dah defisit dan kadar pengangguran yang semakin tinggi. Itu yang menyebabkan mereka asyik berdemonstrasi. Kadar jenayah pula yang semakin meningkat.

Bunga ni ntah aper namer dier....



 Lepas balik masjid ni aku ingat nak pi breakfast kat tepi jalan utama dan aku harap tuan punya kedai roti canai tak sibuk nak citer pasal anak dier jer. Lepas tu aku nak basuh kereta yang dah lamer mereka tak mandi. Sekarang dah tak ujan lagi jadi dah boley basuh keter. 

Naper kalu kita tanam kat umah dia tak mau jadi cenggini yer?????

Lepas tu sebelah petang ni aku ingat nak pi lawat member opis yang telah dibedah sebab sakit jantung dan nak ngeteh dengan adik aku sebab dia nak ajak aku bincang pasal next month ader orang nak merisik dier. Malam kang nak gosok baju  kerja sambil tengok AJL 2012. He2... Maka lengkap ler satu hari program aku ari ni.

Orang umah aku suka bunga ni.....
Persoalannyer, biler yer aku boley pi Bukit Fraser ni??????

On the way balik boley mandi kat sini....hmmmm

No comments:

Post a Comment