Monday, January 14, 2013

Al Fatihah - Kematian 2

Sebaik sahaja aku selesai solat jenazah isteri rakan ku di Sabak Bernam, tetiba aku terperasan ada banyak miscall yang masuk dalam henpon aku. Ini mesti abah ni. Apalah yang dier nak ni. Aku pun pi kat beranda masjid dan terus menghubungi abah.

"Naper bah...?"

" Aaaa...nak bagitau kat ko, Azhar dah tak der. Dia meninggal accident kat Putrajaya pagi tadi"

Terkejut aku dibuatnya. Majlis ziarah isteri kawan belum selesai tetiba dah dapat panggilan yang baru. Termenung aku sekejap sebab tak tau nak buat apanya. Lama-lama terfikir plak idea. Aku terus call boss maklumkan bahawa aku minta EL sebab aku ingat tak nak masuk ke opis sebab nak sambung lawat jenazah Azhar; jiran aku.

No comments:

Post a Comment