Monday, December 17, 2012

Pertukaran Guru 1 Januari 2013 - Part 3


Sebenarnya hari ini aku rasa geram yang amat sangat. Geram pada seorang cikgu ni. Dia seorang yang berjawatan di sekolah. Seperti yang korang tahu (yang tak tahu lepas ni aku akan bagitau) bahawa mana-mana guru yang berjawatan di sekolah, mereka boleh memohon pertukaran pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu e-GTukar dubuka seperti guru akademi biasa. Permohonan mereka menggunakan borang pertukaran secara manual.

Borang mereka perlu dihantar ke PPD; kemudian PPD akan hantar ke Unit Sekolah Menengah, kemudian borang itu akan dihantar ke Unit Naik Pangkat (sekiranya dalam negeri). Permohonan guru akan diajukan kepada daerah yang dipohon dan sekiranya ada kekosongan, maka bolehlah guru ini bertukar. Pada dasarnya, setiap sekolah, setiap daerah; sebarang kekosongan seboleh-bolehnya mahu sebarang kekosongan akan diisi oleh guru di dalam daerah tersebut.

Berbalik kepada cikgu ni; daripada tahun lepas dia asyik nak tukar. Alhamdulillah tahun ini baru dia sanggup nak hantar borang. Alasan dia trauma nak memandu....kay fine. Selepas dia hantar, kejap-kejap dia telefon. Aku terpaksa pujuk dia agar bersabar kerana jika ada rezeki, insya Allah dia akan dapat juga.

Minggu depannya dia call :

*  Dah dapat ker permohonan saya?
*  Cikgu tak boleh bantu untuk usahakan saya dapat berpindah sekolah?
*  Tak bolehkah dicepatkan, saya dah malu semua orang tahu saya nak berpindah ( Padahal saya selalu  
     nasihatkan anak buah, jangan heboh nak bertukar sebelum dapat pegang surat pertukaran; kang malu)
*  Bila ya, saya dah malas nak buat perancangan 2013 sebab saya confirm dapat tukar.
*  Bila ya....saya dah tak sabar nak pindah ke daerah itu sebab saya dah jemu di sekolah sekarang. Lebih 
    daripada 10 tahun.
*  Pindahkan saya ke sekolah mana2 janji dapat balik ke daerah ini sebab umah saya dekat.....

Dah jadi perangai aku, rasa tak seronok kalau tak dapat bantu orang especially orang pompuan sebab mngenangkan yang adik dan mak aku pompuan gak. JADI, setiap kali jumpa orang JPN, aku akan pujuk mereka, desak mereka, paksa mereka untuk bantu guru ini   

Alhamdulillah, pagi tadi staf aku bagi surat pertukaran cikgu tu. Tak sabar nak bagitau cikgu so aku telefon sekolah minta bagitau dia yang dia dapat tukar. Lega sebab akhirnya dapat membantu cikgu balik ke daerah dia dan tak perlu drive jauh-jauh lagi.

15 minit kemudian .....(telefon berbunyi masa aku nak masuk elevator)

Cikgu XYZ....
Yap....
Siapa ni....
Saya cikgu  ABC
Ok cikgu tahniah sebab cita-cita nak bertukar dah Allah perkenankan.
Hmmm Cikgu XYZ, saya nak bagitau yang saya tak nak bertukar ke sekolah tu. Saya nak sekolah yang lain boleh tak..... Boleh tak Cikgu XYZ bantu saya bagitau JPN yang saya nak ke sekolah lain?

Arghhhhhhhhhhhh........

Kalau korang jadi aku, stress tak???????????? Terima kasih belum dapat tapi dia dah nak suruh aku carikan sekolah lain..........Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..............

 
 
 

No comments:

Post a Comment