Monday, November 28, 2011

Profail Personaliti Tajma

21 - 23 November yang lepas ini aku telah menghadiri Persidangan Memperkasa Pengurusan Sekolah Menengah Kali Ke-2 Tahun 2011 di KL International Hotel Kuala Lumpur. Rasanya ini kursus yang bercirikan persidangan yang aku hadiri, sebelum ni kat IAB 25 - 28 Julai (Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Kali ke-18) dan SMK Serendah 9 November 2011 (Seminar Kajian Tindakan peringkat daerah Hulu Selangor). Ntahler, aku rasa macam besh sangat kalu dapat menghadiri seminar dan persidangan kerana dapat input-input baru daripada oleh pihak-pihak KPM ataupun para intelektual.

Penilaian terhadap diri ini ialah :

ASERTIF :

He.... he... he.... aku dapat asertif tinggi (aggresif)

Anda merupakan seorang individu yang aggresif dan tidak mudah mengalah. Anda kurang mempunyai sifat bertolak ansur dengan orang lain terutama sekali apabila berkaitan kepentingan dan pandangan orang lain terhadap diri anda.

ANALITIKAL :

Yang ni pun aku dapat analitikal tinggi. Gelak sakan sebab untuk analitikal tinggi : anda merupakan individu yang sangat peka dan berminat dengan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling anda. Anda suka membuat pemerhatian dan seterusnya menganalisa sesuatu perkara itu dengan terperinci. Anda akan berfikir berkali-kali dan mengkaji baik dan buruknya sebelum membuat keputusan.

KETERBUKAAN :

Yang ini aku hanya dapat 57% dan dianggap sederhana. Dalam level sederhana mengatakan secara umumnya, anda merupakan seorang yang suka bergaul tetapi bergantung kepada situasi dan tempat. Pada suatu ketika anda menunjukkan sikap ingin bersendirian . Anda juga akan memilih rakan yang tertentu sahaja untuk berbual.

KRITIK DIRI :

Yang ini aku hanya dapat 50%. Bila dirujuk, sederhana mencatat "Anda kadang kala merasa rendah diri, bimbang dan rasa bersalah dengan apa yang telah anda lakukan. Ada ketikanya, anda kurang yakin akan berjaya dalam setiap perkara yang anda lakukan".

KEPIMPINAN :

Yang ini jumlah skor aku ialah 90%. Pergh... kepimpinan tinggi.

Anda merupakan individu yang suka mengawal, mempengaruhi dan memimpin orang lain dalam setiap situasi dan tempat. Anda tidak suka berada di bawah telunjuk orang lain. Anda sangat yakin dengan kemampuan diri sendiri.

JATI DIRI :

Emmmm..... ini pun aku dapat 99% (Jati diri tinggi)

Anda merupakan seorang yang sangat tinggi daya ketahanan emosi dan mental. Anda sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu tugas. Anda tidak mudah mengalah dan akan meneruskan tugas sehingga selesai.


No comments:

Post a Comment