Sunday, November 27, 2011

Tuhan Sedang Berbicara - 2

Korang ingat lagi tak tentang kisah abah aku accident. Kalau tak ingat, refer je kat entri yang sebelum ni. Lama aku berfikir dan berfikir, kenapa semasa abah accident dengan adik, takde siapa yang nak menolong dia. Akhirnya aku mendapat jawapan tersebut. Aku juga pernah menjadi seorang manusia yang tidak berperikemanusiaan. Ingat lagi satu pagi ketika aku terlewat nak ke opis dalam hujan renyai-renyai; kelihatan di satu simpang orang tengah ramai. Rupanya pagi tu ada seorang budak Perodua accident kat simpang tiga berhampiran ngan rumah aku.

Sian budak tu dengan terlentang dan mukanya penuh dengan darah. Baju dah tidak serupa baju. Apabila hampir di kawasan tersebut, kelihatan seorang lelaki dengan berbaju melayu dan kain pelikat sedang menahan kereta yang menuju ke Kuala Kubu Bharu untuk membawa budak Perodua itu namun tiada siapa yang berhenti. Semua meneruskan perjalanan tanpa ada rasa belas ikhsan.

Akhirnya tibalah ke giliran kereta aku. Lelaki itu menahan sambil tangannya menunjukkan ke arah budak Perodua tersebut. Hati berbicara untuk berhenti tetapi dalam berkira untuk berhenti, bisikan syaitan menerjah :

1. banyaknya darah kat muka budak tu...
2. kalau dia mati dalam kereta kau macam mana, kang berhantu pulak kereta kau; kau tak ingat bagaimana abang kau terpaksa menukar keretanya selepas seminggu orang meninggal dalam keretanya...
3. kau sanggup buat report polis kalau dia mati dalam kereta...
4. kang orang pukul kau masa di hospital KKB kerana dia menjangka ko yang melanggar dia
5. kang kereta kau kotor. Dah lah budak tu berguling dalam kereta, hujan bercampur darah, siapa nak basuh kereta....

YA ALLAH.... syaitan benar-benar menghasut aku dengan pelbagai pertanyaan dan akhirnya syaitan berjaya....

Aku tega meneruskan perjalanan dengan membuang perasaan ikhsan kepada budak Perodua, sambil merapatkan tangan menunjukkan tanda memohon maaf sambil menunjukkan arah jam (seakan-akan lewat) ke arah lelaki berbaju Melayu itu yang sedang kemarahan kerana melihat sikap aku.

Ya Allah, Kau maha adil. Apa yang aku lakukan kepada budak Perodua itu akhirnya diterima oleh Abah aku. Tiada siapa pun yang melahirkan rasa kasihan apabila dia dilanggar.

Teringat kata Sarjan Mejar di IPD KKB masa menemankan adik aku membuat repot polis "Sama ada korang langgar ataupun tidak, apabila ada kemalangan, bantulah atas rasa belas kasihan kerana satu hari akan kena pada keluarga sendiri" Marah beliau kepada seorang pemuda yang meninggalkan mangsa di tengah jalan raya.

P/s Aku dapat tahu budak Perodua itu dibantu oleh guru India sekolah berhampiran yang sanggup menukar haluan ke KKB dan membenarkan budak Melayu dimasukkan dalam kereta Honda City yang baru sebulan dibelinya. Argh.... aku dah guna kereta Gen 2 selama 6 tahun pun masih sombong dengan rezeki yang Allah berikan.

No comments:

Post a Comment