Friday, December 2, 2011

Apa perasaan korang kalau...

Apa perasaan korang kalau tau rakan-rakan seopis yang sama-sama gelak, sama-sama makan, sama-sama minum, sama-sama bertepuk tampar, yang dapat dengan sengih-sengih minta tolong itu dan ini, yang senyum meleret, yang bersalam dan mendoakan kesejahteraan pada setiap pagi sebenarnya adalah rakan-rakan yang menikam kita dari belakang. Yang sebenarnya ingin menjatuhkan kita pada setiap masa dan keadaan. Setiap masa memikirkan bagaimana nak melihat kita jatuh.

Hmmmm..... apa perasan korang ada orang bagi tau ada orang di opis mengatakan ko gila kuasa di pejabat. Apa pa perasan korang apabila ada orang bagitau ko belagak mengalahkan ketua unit (satu jawatan yang tiada dalam struktur organisasi yang dicipta bagi memuaskan hati beberapa pihak). Apa perasan korang jika ada orang bagitau ko tak layak berada di opis kerana ko tak pandai buat kerja. Apa perasan korang apabila dibagitau ada GERAKAN HENDAK MENJATUH serta MENGELUARKAN ko daripada organisasi ini.

Pergh..... salah apa agaknya aku ini. Ntahle.... kalu korang pernah baca n3 aku tahun lepas, perkara sebegini berlaku lagi. Kekadang aku terfikir besarnya dugaan yang Allah berikan kepada aku dan aku harap ini ialah penghapus doa (kifarah yang telah aku lakukan).

Kekadang aku tertanya-tanya naper jorang x suker dengan aku padahal aku tak pernah kacau orang. Aku buat kerja aku. Aku buat kerja yang orang bagi kat aku. Aku tak pernah bantah kerja yang orang paksa aku buat. Kekadang aku balik lambat sebab nak siapkan kerja itu padahal orang laen lamer dah sampai umah. Aku tak pernah bising kerana pada aku setiap kerja yang aku terima ialah amanah yang Allah berikan. Apa yang aku buat ialah demi nama baek organisasi yang melibatkan stake holder yang ramai. Ibu bapa, murid, guru, masyarakat dan KPM serta JPN. Adakalanya aku balik sampai pukul 2.30 pagi demi kerja yang aku rasa sbenarnya bukan kerja aku. Tapi aku buat gak sebab kalu tak dibuat, yang buruk ialah nama organisasi aku sendiri. Ntah ler....

Tapi yang sedih sekali ialah apabila yang bunuh aku ialah orang yang suatu masa dulu satu unit dengan aku. Yang tak suka ialah orang yang bawa aku masuk ke organisasi aku. Yang nak bvuang aku ialah orang yang asyik mintak aku siapkan kerja yang dia tak mampu buat. Yang sindir2 aku ialah satu masa aku ngekor bontot dia sebab dia minta tolong aku. Yang mengiyakan semua fitnah pasal aku ialah orang yang suatu masa dulu di bibirnya ialah perkataan "Boleh tak kau tolong saya....". Yang benci aku sekarang ialah suatu masa dahulu aku pernah bermasam muka dengan orang rumah kerana perlu menyiapkan tugasannya padahal dia sudah berlunjur di rumah ketika aku dengan tak mandi masih di pejabat ketika azan Isya' berkumandang di corong masjid.

Mungkin benar kata orang rumah aku ini ialah kafarah ke atas aku kerana selalu mengenepikan dia dan membiarkan dia keseorangan di rumah. Dan kalau boleh aku tak nak ini berlaku kerana bak kata Maria, sebab aku terlalu mahu bekerja tidak seperti orang lain, ini menyebabkan orang tak suka akan aku kerana cara aku bekerja seakan2 hanya macam aku sorang sahaja yang rajin bekerja di opis. Ntah ler..... kalau itupun salah..... maka benarlah kata isteri rakan baik ku yang tinggal di Sungai Petani bahawa orang Melayu tak suka orang lain rajin bekerja tetapi suka kkalau suma orang malas supaya kita akan dilihat sama sahaja di mata boss.....

Ya, Allah jauhkan aku daripada sifat riak ini ..... dan ya Allah berikan aku petunjuk agar ko menjadi aku orang yang terbaik di mata Mu.

No comments:

Post a Comment