Monday, January 18, 2010

Anak Angkat (Siri 1)

Pening kepala ni...

Ko nak anak tak?
Ini ada orang nak buang anak, ko nak tak???
Hoi, aku dapat line yang ada orang tak sanggup nak jaga anak dier?
Hang nak baby tak, ada orang miskin nak tolak anak dia kat sesapa yang nak anak dia. Tapi hang kena bayar sket la kat parents dia...
Aku nak minta tolong hang sket le, nak minta selamatkan akidah budak. Ada orang kat taman aku nak bagi anak dia kat couple bukan Islam....
Ish... ni lah budak zaman sekarang, dah 'main' sebelum kawin, mengandung dah mengelabah. Sekarang dah tau nak letak mana baby tu... Emmm ... apa kata ko ambik...

Ni lah ayat yang selalu aku dengar dan kekadang membuat aku migrane. Orang yang cakap tu senang je angkat bibir atas dan bawah. Mereka ingat nak ambil anak angkat ni macam nak beli cili boh kat pasar. Nak masak mi goreng, cili habis pi beli.

Nak mabil anak angkat ini banyak cabarannya; apatah lagi apabila kita nak ambil satu zuriat yang bukan daripada darah daging kita. Kita mestilah sedia mental dan fizikal kerana membela anak orang lain. Mungkin orang melihat mereka yang takde anak ni desperate sangat sehingga kalu ada anak kucing tepi jalan dah melompat satu kampung.

Maybe my statement looks quite arrogant but it is reality. Bukankah setiap baby itu suci, manakala ibu bapanya nanti yang akan mencorakkannya menjadi majusi, nasrani dan sebagainya. Ni nak ambil sorang baby, nak masuk dalam keluarga kita, bukan setakat kita berdua tetapi dia akan berada dalam lingkungan keluarga dua buah keluarga lain dan mempunyai banyak keluarga lain. Persoalannya, adakah keluarga yang lain akan menerima seadanya.

Membela anak angkat ini bukanlah bersifat sementara macam kita pinjam buku cerita. Right after you finish read the, book, you have to return it to the library. Ada date line yang kita kena patuhi. Kalau best, kita pinjam, dan pinjam dan pinjam dan pinjam. Extend the due date. Tak best, ari ni pinjam, esok pulangkan balik.

Ini baby, kejap nanti jadi budak, next change becomes teenager and then dewasa. Bolehkah kita pinjam daripada familynya and then we return it back if we feel we are not suit with that child???

Frankly speaking, I'm not ready yet to addopt any child to be a part of my family because I knew that my own family also will not agree with this suggestion. Insya Allah, one day when I feel that there will be no baby voice will appear in my house; masa tu boleh difikirkan.

Yang nyata, both of us pernah solat hajat dan minta pada Allah, kalau benar kami akan mempunyai anak melalui darah daging kami, berikanlah mimpi supaya kami dapat melihat wajah baby dalam mimpi.

Allah itu maha adil dan berkuasa... the f0llowing week, both of us mimpi ada baby laki kat umah kami....

I knew Allah is fair to everyone; cuma kita sahaja yang harus berdoa dan berdoa.

2 comments:

  1. Salam.

    Saya setuju.
    Yang penting masa kita buat keputusan untuk ambil anak angkat, masa tu kita tak boleh ragu-ragu. Mati hidup semula kena rasa redha selalu. Ini berkaitan perjanjian kita dengan amanah yang berat. Saya sendiri sedang mendidik hati agar perlahan2 bersifat terbuka. Amat memerlukan masa.

    Meremang saya baca tentang mimpi.. terfikir macam nak minta tanda juga. Tapi.. [eleh.. takut la tuh... hehe]

    Saya cadangkan mr arain buat label untuk entri. Senang saya cari. Hehe...

    ReplyDelete
  2. Ok, tapi saya masih belajo drpd member.Hari Cik Yah ajar cara tukar lay out pun masih tak clear lagi.

    ReplyDelete