Monday, January 25, 2010

Napa ada manusia begini ....

Pelik betul aku kat opis aku. Aku rasa semua orang yang dipilih ke opis aku ni mesti orang yang hebat-hebat sebab bukan senang nak duduk kat opis ni. Tapi bila aku tengok office mate aku ni, aku pelik + tension + geram + stress. Bukan tak cakap, bukan tak sindir, bukan tak tegur; semua dah buat tapi macam tu gak. Kerani kat office aku cakap, mungkin dia rasa dia bos, atau dia memang dari kecik begitu atau memang dia kat umah semua benda wife dia buat kot. Arghhhhh.... aku tension betul. Mana tak tension, cubicle aku kerja ni betul-betul depan pantri.

1. Napa ha, bila dia makan kat pantri, baik sudu, baik cawan, baik pinggan; semuanya dia tinggalkan atas meja makan. Senangnya dia hidup. Dulu kalau ada bibik, dia le buat semua. Kadang2 dia merungut gak kat aku. Masalahnya, bibik kerja sampai pukul 3 pm. Lepas tu tinggal le atas meja. Bila aku tegur dia jawab senang; kalau ko nak basuh, basuh, kalau tak biar le kat situ.

2. Napa ha, bila dia beli nasi lemak ke, mi ke, nasi goreng ke, lepas makan bungkusan tu dia tinggal atas meja. Lipat bungkus nasi lemak, letak sudu atas bungkusan supaya kertas jangan terbang, basuh tangan dan sambung pi kerja. Argh... saket mata aku.... Kekadang, polistrin box pun dia tinggal...

3. Napa ha, kalau dia rajin sket, dia angkat pinggan mangkuk ke sinki tapi dia letak dalam tu saje. Kekadang sampai busuk sebab hari Sabtu dan Ahad tak kerja. Yang tensionnya aku sebab bau busuk tu masuk kat dalam cubicle aku.....

4. Napa ha, kalau dia dah makan kat pantri, kuah lauk, sambal, tumpahan air minuman atau serpihan kuih atau biskut dia tak nak lap. Kang bila aku terajin nak buat filing atau urus bahan kat pantri, habis berminyak kat atas surat-surat. Orang nampak macam aku tak profesional makan sambil buat kerja. Ergh...

5. Napa ha, dia selalu rajin beli air kat luar. Dia haus kot? Memang le haus, aku tak kisah sebab itu memang telah ditentukan Allah. Tapi ..... napa dia suka campak straw dengan plastik minuman dalam sinki. Sian kat dia, tak boleh bezakan antara sinki dengan bakul sampah..........

6. Napa ha, dia suka sangat ambil tooth pick. Aku tak kisah le kalau dia nak ambil, itu sudah lumrah alam. Bagaimana nak guna usah le tanya sebab suma dalam opis aku ni dah pergi kursus etiket. Kekadang tak jumpa lidi, dia guna hujung penutup pen atau klip kertas... Itu aku tak kisah, hak dia. Tapi.... napa lepas selesai tugasan, semua benda tu dia campak merata. Atas sinki, dalam pinggan, dalam gelas minuman, atas meja makan, atas rak susun pinggan dan yang paling aku GERAMMMMMMMMMMMMM ada dua tiga kali bila dia tinggal atas meja aku, kat sebelah key board aku dan aku siap terpegang masa buat kerja ......

Macam mana aku nak buat ya..... aku dah letih hidup dengan orang sebegini........ Aku rasa dah banyak aku dapat dosa kering kerana mengata dia kat belakang. Dulu aku tak kisah sangat sebab aku rajin kemas pantri tapi lama-lama aku rasa bodoh sangat; rupanya aku punya kerja kat opis ni, supervisor cum maid dia, hampeh btoi .....

No comments:

Post a Comment